Tuesday, July 22, 2008

Bidadari...

Bidadari 2x
Temanilah resahku
Bidadari 2x
Tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati
Semuanya kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari 2x
Jadilah pedampingku
Bidadari 2x
Jadilah sang setia
Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya disyurga

Sepi?

Mungkin agak lewat untuk mengulas, tapi sekurang-kurangnya saya mengulas, kan, heheheh. Malam penuh makna bila dipelawa untuk menonton cerita Sepi. Bersama 4 orang rakan kami menonton tayangan jam 9 malam. Three individuals in the city learn the meaning of love, loss and loneliness in this romantic drama. Adam, a successful young chef, creates confectionery masterpieces for weddings, yet has still to find his own bride. Then there is Sufi, who each day runs for miles in an attempt to outrun the memories of his dead wife. Finally, there is Ariel, a young playwright who discovers that theatre is a stage of where her past is finally resolved and her future is unveiled. All three strangers are inevitably linked to a single dramatic moment that transforms their lives forever. Secara keseluruhannya saya suka ingatkan kepada para penonton yng tengok cerita ini untuk terima hakikat bahawa ini adalah sekadar cerita. Mungkin berlaku di alam nyata, tetapi ada yang baik dan sebaliknya yang kita perlu jadikan ianya sempadan diri dalam hidup. Ambil pengajaran yang terbaik dan teruskan hidup dengan berlandaskan ajaran agama. Rasanya boleh saya kategorikan bahawa cerita ini adalah antara THE BEST LOVE STORY di MALAYSIA...

Malaysian Economic. Rise or Fall?

Adakah ekonomi Malaysia semakin kukuh atau sebaliknya? Sila baca malumat dibawah;

1. Pada 2 Julai, akhbar New Straits Times memetik Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, sebagai meramalkan kemungkinan pertumbuhan ekonomi negara tahun ini jatuh di bawah paras 5 peratus;

2. Dia meramalkan inflasi bulan lalu (Jun) melonjak naik pada kadar 6-7 peratus akibat kenaikan harga minyak berbanding inflasi bulan Mei pada kadar 3.8 peratus;

3. Beberapa hari kemudian, Reuters memetik Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai berkata ekonomi masih boleh berkembang pada kadar 5 peratus kerana fundamental ekonomi kukuh;

4. Pada 18 Julai, akhbar The Sun memetik Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (Mier), Prof. Emeritus Dr Mohamed Ariff, sebagai berkata bahawa MIER telah menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi daripada 5.4 peratus kepada 4.6 peratus;

5. Firma penyelidikan pasaran modal, CIMB Research melaporkan bahawa pelabur asing telah membuat penjualan besar-besaran menyebabkan harga saham-saham kegemaran pelabur asing seperti MRCB, Gamuda, Air Asia, Media Prima, Bursa Malaysia, Resort World, IJM Corp., SP Setia dan UM Land jatuh hingga 57 peratus di Bursa Malaysia sepanjang separuh pertama tahun ini;

6. Seorang billionaire Cina yang menerajui sebuah syarikat papan pertama Bursa Malaysia menyokong jadual peralihan kuasa Abdullah-Mohd Najib tetapi bimbang dalam tempoh itu ekonomi negara akan mengalami penguncupan (recession) kerana kurang perancangan yang meyakinkan;

7. Seorang usahawan Cina mahu Umno segera pulih di bawah kepemimpinan yang lebih berwibawa dan diyakini pelabur;

8. Seorang tauke Cina yang menerajui sebuah syarikat pembinaan papan pertama Bursa Malaysia meramalkan 60 hingga 70 peratus kontrak kecil sudah dimungkiri (defaulted) kerana kos pembinaan yang melambung dan permintaan ke atas hartanah yang merosot; dan

9. Media massa arus perdana yang patuh kepada pemerintah sendiri telah mula menyiarkan secara terbuka berita penderitaan rakyat jelata akibat kenaikan harga minyak dan kos sara hidup.

Fikirlah sendiri dan bertindaklah segera...

Mercedes Vs Proton Perdana.

Ini petikan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 Julai 2008.

"Kita bukan hendak kata kereta nasional tidak baik tetapi hakikatnya tidak sampai dua tahun digunakan ia terpaksa disenggara kerana beberapa komponen seperti kotak gear rosak," Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said ketika memberikan penjelasan berhubung pembelian 14 kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi baharu anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Bila membaca kenyataan tersebut, saya berpendapat bahawa syarikat Proton haruslah mengambil tindakan segera. Hal ini disebabkan kenyatan tersebut disebut oleh seorang Menteri Besar, bukan orang sebarangan. Lebih-lebih lagi perbandingan tersebut melibatkan maruah kereta nasional Malaysia.

Cuma saya terfikir, di India kenderaan yang digunakan sama ada oleh Presiden atau menterinya ialah kereta nasional negara tersebut, kalau tidak salah saya jenama Tata. Adakah ini juga bermaksud kereta jenama Proton kurang gahnya berbanding kereta berjenama Tata?

New Monthly Allowance for Journalist

Untungnya jika bekerja di syarikat yang kaya-raya. The Star, khabarnya akan menaikan elaun kenderaan bagi setiap wartawannya berikutan kenaikan harga minyak. Menurut kawan yang juga wartawan di akhbar The Star, elaun kenderaan tersebut akan dinaikan daripada RM840 kepada RM1060. Khabarnya syarikat NSTP pun akan menaikan kadar elaun tersebut. Ketika ini elaun kenderaan bagi wartawan NSTP ialah sebanyak RM650 sebulan. Dalam pada itu

Elaun kenderaan dibayar kepada wartawan bagi tujuan pembelian minyak, servis penggunaan kenderaan ketika bertugas. Bagai wartawan asing seperti AP, Reuters, AFP dan banyak lagi elaun kenderaan mereka lebih tinggi lagi kadarnya disebabkan gaji mereka sememangya sudah tinggi malah mencecah puluhan ribu...

Friday, July 18, 2008

Not RM100 dan Bank Negara

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, baru-baru ini menimbulkan di parlimen berhubung persoalan kenapa setelah lapan tahun, wang ringgit denominasi RM1,000 dan RM500 kini boleh ditebus di Bank Negara. Setelah sekian lama dan kini baru boleh ditebuskan. Pasti ada banyak persoalan berhubung keputusan baru ini.

Mengapa perkara ini boleh berlaku? Apa sudah jadi ni? Mengapa lapan tahun? Kumpulan mana yang hendak tukar wang RM1,000 dan RM500? Siapa yang selama ini mempunyai note ringgit RM1,000 dan RM500 dan kini mahu menebusnya? Mengapa Bank Negara membenarkan sekarang? Malangnya usul tersebut ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Mungkin pembaca boleh memikirkan apa-apa jua yang saya fikirkan bila menaipkan maklumat ini...

4.4 juta Tengok Debat Anwar Vs. Shabery

Tahukah anda bahawa Debat anatara Anwar dan Shabery pada 15 Julai lalu telah menarik sebanyak 4.4 juta orang penonton. Menurut DuniaTiger, pecahan kepada jumlah itu ialah TV3 1.902 juta, TV9 1.938 juta, ASTRO Awani 338,000 dan Bernama TV 238,000.

Hal ini bermakna 4.4 juta di seluruh negara mendengar hujjah dan penjelasan Perdana Menteri Sedang Menunggu dan Panglima Perang Paklah. Ini tidak termasuk penonton dari seluruh dunia yang mengikuti siaran menerusi tv internet.

Risky Malaysian

Mulai tahun hadapan, jika perbincangan antara Menteri Luar dan Pegawai Kanan di British tidak berjaya maka rakyat Malaysia yang hendak ke Britain, terpaksalah memohon visa terlebih dahulu.

Sebab pengenalan visa tersebut ialah berdasarkan rekod sebanyak 1,524 orang warga negara Malaysia ditahan kerana melanggar undang-undang negara tersebut. Pelanggaran undang-undang tersebut termasuklah tinggal melebihi tempoh melancong, penipuan kad kredit, bekerja secara haram dan pelbagai lagi kesalahan jenayah yang lain.

Malaysia is one of the 11 countries warned by the British government that their citizens need visas to visit the UK unless they "significantly reduce" the risk they pose. Malaysia is in the good company of Brazil, Namibia, South Africa, Venezuela, Bolivia, Botswana, Lesotho, Mauritius, Swaziland, and Trinidad and Tobago.

Britain's Home Office report identifies bogus passports, criminal acts and terrorism as possible risks posed by visitors. However, Foreign Minister Dr Rais Yatim will be meeting senior British officials in London on Tuesday to present Malaysia's case -- to exempt Malaysians from applying for visa.

Rais is taking advantage of the six-month grace period to make things right, before the decision is final. Britain's decision was made on the basis of cases of Malaysians found to be abusing their entry permits and overstaying. Rais said that British Foreign Secretary David Miliband had alerted him during a bilateral meeting in May to the problem. Miliband had said a total of 1,524 Malaysians violated British laws, for offences which included overstaying, credit card fraud, illegal employment and other crimes.

(source:BBC News)

Wednesday, July 16, 2008

Gambar Sekitar Penahanan Anwar










Supporters of Malaysian opposition leader
Anwar Ibrahim hold placards outside the police headquarters where Anwar is being held in Kuala Lumpur, Malaysia, Wednesday, July 16, 2008. Malaysian police arrested Anwar on Wednesday on suspicion that he sodomized a male aide, pre-empting his voluntary appearance at the police headquarters to answer the allegation. Photo AFP, AP & Reuters.

Ayah ditahan- Nurul Izzah

Dad was arrested by the cops whilst on his way to the IPK to give his statement. The cops gave till 2pm for dad to report but still arrested him before the deadline. Dad was on his way back home to have lunch in Bukit Segambut, and then head to the IPK but the cops blocked off the road and arrested him like a criminal. And the cops who arrested him were Special Squad cops with balaclavas!!! Is that necessary!!!

I hope and pray for our nation today. I ask all Malaysians to be calm but strong in this event. I truly do believe our nation’s future rests on what happens in the next weeks.

Please please do not give the authorities any reason to crack down on us. Let us do everything by the book and do what’s right.

And most of all, please pray.

Izzah

Malaysia's Anwar Arrested

KUALA LUMPUR (Reuters) - Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim has been arrested by police, his lawyer Sankara Nair said on Wednesday. Anwar had agreed to meet police later during the day on a sodomy complaint lodged by a former aide, and police had warned they would arrest him if he did not show up. "This is most unbecoming," Sankara told reporters. "We have agreed to come. This is not right."

Anwar's supporters have cast the sodomy allegation as an attempt by premier Abdullah Ahmad Badawi's government to prevent the opposition from gaining ground. "Yes, he was arrested outside his house just before 1 p.m. (0500 GMT)," Ginie Lim, a spokesman for the Anwar's People's Justice Party, told Reuters. "He was not handcuffed but they pushed him into a police car."

Replaying scenes from a decade ago where his rise was snuffed out when he was jailed for sodomy and corruption, the ex-deputy premier is fighting a sodomy complaint as he leads a charge by the opposition to seize power by September. Anwar's arrest is likely to spark more tremors in financial markets, which have groaned under the weight of a protracted political drama that includes allegations of sex and murder against senior politicians.

The stock market was down 0.23 percent to 1,125.03 points by midday. It has fallen about 5 percent since the start of July.

Photo by REUTERS/Bazuki Muhammad (MALAYSIA)

Harley-Davidson Beli MV Agusta, akhirnya...

Pada tahun 2005, dengan persetujuan Abdullah Ahmad Badawi, Proton dipaksa menjual MV Agusta dengan harga satu Euro dan menderita kerugian RM500 juta. Pada 12 Julai lalu, BMW menjual MV Agusta kepada Harley-Davidson dengan harga US$109 juta (RM359.7 juta).

MV Agusta, Italy's legendary motorcycle maker that dominated international racing from the late Fifties to the mid-Seventies, has been bought by the Harley-Davidson group.

The deal, announced yesterday, gives the Americans total ownership of the company for only €70 million (£56 million), including debts of about €45 million.

In 2007, MV produced only 5,819 motorcycles - flashy and expensive status symbols that cost much more than their competitors without, critics say, providing particularly exciting performance.

Tidakkah Badan Pencegah Rasuah atau sebuah suruhanjaya bebas berminat menyiasat kejadian ini?

Muzakarah Umno & Pas?

Selesai debat bersejarah yang berlangsung semalam di Balai Keramat Tun Syed Nassir, DBP. Hari ini timbul isu baru yang boleh dan mungkin juga akan dilaksanakan selepas ini iaitu "Muzakarah Umno & Pas".

Mufti Perlis, Dr Asri Zainl Abidin dipetik Berita Harian berkata, mahu pertemuan itu dibuat atas kepentingan umah dan bukan dengan tujuan mengambil kesempatan politik. Apa-apa jua, sama-samalah kita tunggu perkembangannya selepas ini.

Bila Wartawan dihalang Bertugas...



Alhamdulillah, debat bersejarah semalam dapat berlangsung dengan jayanya walau ada provakasi oleh Shabery yang bersifat kecaman peribadi terhadap Anwar sedikit-sebanyak menaikkan rasa “geram” dan suasana semakin “panas” di Balai Tun Syed Nassir, DBP. Namun, kebijaksanaan penonton dapat meredakan suasana “panas” menjadi reda.

Namun tiada siapa yang menduga perkara yang lain berlaku sebaliknya. Tiga jurugambar dipukul oleh petugas keselamatan ketika mahu keluar dari bilik media massa di tingkat dua bangunan lama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tempat berlangsungnya debat bersejarah isu kenaikan harga minyak malam ini.

Kekecohan berlaku apabila petugas media dikunci dari luar, menyebabkan mereka marah kerana tidak dapat keluar. Kejadian itu berlaku disebabkan pihak media tidak dibenarkan keluar. Difahamkan bilik tersebut dikunci oleh petugas keselamatan untuk memberi laluan kepada tetamu VIP meninggalkan dewan itu terlebih dahulu. Apabila keadaan menjadi kecoh, seorang petugas keselamatan - dipercayai dari pihak penganjur Agendadaily.com - datang membuka pintu bilik tersebut.

Ekoran itu, berlaku pergaduhan antara jurugambar berkenaan dan dibantu oleh petugas yang lain, dengan petugas keselamatan dan rakan-rakannya. Keadaan ini menyebabkan anggota polis datang dan membantu membawa jurugambar keluar dari situ, sehingga ke luar kawasan lobi.

Apabila mereka sampai di luar, dengan diiringi oleh beberapa anggota polis, petugas keselamatan berkenaan meluru dan memukul jurugambar berkenaan. Polis meleraikan keadaan sehingga semua petugas media keluar dari tempat tersebut. Dua jurugambar tersebut dikenali sebagai Khairul Hasnor Mohamad Khalili dari The Edge dan Zulkifli Ersal dari The Sun. Seorang lagi ialah Halim Berber dari SIPA Press dari Perancis. Ketika ditemui, Zulkifli berkata, petugas keselamatan tersebut menendangnya di bahagian perut. Difahamkan mereka mereka membuat laporan polis di IPD Dang Wangi. Turut membuat laporan ialah Hanafiah Hamzah dari Channel News Agency (CNA).

Tuesday, July 15, 2008

Debat Anwar & Shabery.




Maka selesaikan perdebatan yang ditungu-tunggu sebahagian rakyat Malaysia. Saya mengikuti secara live debat tersebut di Balai Tun Syed Nassir, DBP. Secara keseluruhannya pada saya debat tersebut berjaya menunjukkan kebjiksanaan Anwar Ibrahim berdebat berbanding Shabery.

Bukan prajudis menyokong sesiapa, berdasarkan persoalan yang dikemukan sama ada oleh panel atau wakil yang dibawa kedua-dua pendebat, ternyata Shabery tidak banyak menjawap persoalan. Malah menteri penerangan itu banyak dilihat cuma membawa hujah lain yang lari dari soalan. Yang lebih mendukacitanya Shabery banyak membuat serangan peribadi berbanding menumpukan hujah berkaitan soalan yang diajukan.

Pada soalan yang yang lain, Shabery asyik menjelaskan kenapa wang milik Petronas tidak boleh digunakan untuk menampung subsidi, walhal Anwar tidak mempersoalkan wang milik Petronas, sebaliknya keangan kerajaan yang ditakbir oleh Barisan Nasional.

Dari segi penggunaan masa, pada saya Anwar lebih bijak dan cerdik dalam mengguna dan manfaatkan masa. Disebabkan terbawa-bawa untuk menghentam peribadi Shabery, banyak membuat masa tanpa menjelaskan secata tuntas akan kehendak persoalan.

Pada satu ketika, Anwar dengan kebolehannya berhujah yang sekalian umat Malaysia mengetahuinya, mempersoalkan kepada pihak kerajaan kenapa subsidi kepada rakyat sentiasa dipersoalkan walhak pemberian intensif kepada pelabur asing dan bail-out juga, menurut Anwar adalah seumpama subsidi juga. Hal ini tidak disentuh atau dimatikan hujahnya sama sekali oleh Shabery.

Kesimpulannya secara keseluruhan Anwar mampu memberikan hujah yang bernas manakala Shabery banyak kelihataan cuba melarikan diri untuk menjawap persoalan. Sebagai orang yang belajar ilmu komunikasi, dan mendengar hujah sebagai asas saya membuat penilaian maka saya memberikan kemenangan kepada Anwar Ibrahim sebagai pemenang dalam debat kali ini.

Petikan menarik... untuk direnungkan...

"Percayalah sebagaimana yang saya katakan tadi, dalam kesusahan yang ada sekarang.. rakyat cukup makan." -Ahmad Shabery Cheek

"Bila nak tolong orang miskin, subsidi. Bagaimana tentang prasarana infrastruktur? Berpuluh billion ringgit yang disediakan untuk pedagang-pedagang, untuk industri, untuk pelabuhan, bukankah itu satu bentuk subsidi? Prasarana disediakan dengan jumlah yang besar kita sebut insentif. Tolong rakyat miskin dengan subsidi minyak, kita panggil subsidi. Jumlah nak tampung kerugian PERWAJA, MAS dan pelbagai bill-out, kita sebut bill-out, bantuan menyelamatkan ekonomi. Nak bantu nelayan dan petani dan melayu miskin, namanya subsidi dan subsidi itu namanya cukup negatif dan busuk sekali..."- Anwar Ibrahim

Wajarkah Anwar Bersumpah?


Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah.

Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan?

Jawapan Dr Taha Jabir al-’Ulwani:

Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai ‘Qazaf’ dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:

4. “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:

“11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”.

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”

World`s Oldest Blogger Dies

Seperkara yang bloggers perlu tahu ialah seorang wanita Australia yang dikatakan blogger paling tua di dunia, berusia 108 tahun, meninggal dunia pada 12 Julai lalu di sebuah rumah jagaan orang tua, di Australia. Menurut laporan AFP, Olive Riley, 108, dikatakan meninggal dnia selepas menghantar post terakhirnya berkaitan "a happy song. Menurut profile pada blog dicatatkan bahawa mendiang dilahirkan pada 20 Oktober 1899.

Fuel Price Debate


Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak. malam ini pastinya ditunggu setengah pihak kerana inilah julung kalinya diadakan debat antara pembangkang dan kerajaan. Pembangkan akan mewakilkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala bagi pihak kerajaan pula akan diwakili oleh Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Semua persiapan sudah tersusun rapi bagi debat ala Presidential Debate Presiden Amerika itu yang dijadual disiarkan secara langsung serentak oleh TV9,Astro Awani dan Bernama TV tepat jam 9 malam ini. Debat ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi Radio 24 (93.9 fm).Pada jam 11 malam ini juga TV3 akan siar semula debat selama satu jam dibawah tajuk " Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak". Satu negara sedang menunggu untuk melihat pendebat pihak kerajaan dan pihak pembangkang menegakkan pendirian masing-masing. Pandang dengar dan buatlah penilaian sendiri.

Story from Bangladesh

Semalam, bertempat di Sanggar Za'ba telah berlangsung Dialog Meja Bulat Pra-Belanjawan 2009. Sesi dialog yang pertama seumpamanya bagi membincangkan apakah yang seharusnya ditekankan dalam Bajet 2009. Beberapa orang panel yang terdiri daripada pakar dalam bidang ekonomi dan pelaburan di Malaysia, telah dijemput ke sesi dialog tersebut.

Salah seorang yang menarik minat dan mendorong saya untuk menulis dalam blog ialah Dato` Moehamad Izat Emir, Presiden Persatuan Perdagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA). Menurut beliau ketika dalam rombongan lawatan ke Bangladesh, beliau telah pergi ke sebuah kedai runcit yang dimiliki oleh warga Bangaladesh yang pernah bekerja di Tesco di Malaysia. Berdasarkan perbualan dalam berbahasa Melayu dengan lelaki tersebut, beliau merumuskan perkara seperti berikut;

  • Pemuda bangladesh tersebut pernah bekerja di Tesco di Malaysia
  • Pengalaman selama 5 tahun bekerja di Tesco dibawa pulang oleh lelaki tersebut ke negaranya
  • Menggunakan pengalaman tersebut telah menjadikan lelaki tersebut berjaya dalam prniagaannya runcitnya di Bangladesh
  • Rakyat Bangladesh yang berpegalaman bekerja di Malaysia, "laku" dalam pasaran tenaga di Bangladesh.
Cadangan Dato` Moehamad kepada pihak universiti ialah;
  • Siswa dan siswi yang menjalani latihan pratikal seharusnya juga menjalani pratikal di pasar raya yang banyak terdapat di negara kita seperti Mydin, Carefour, Tesco dan banyak lagi.
  • Latihan praktikal yang dijalankan jangan terbatas kepada jurusan yang diambil garduan semasa di universiti, tetapi harus bersifat umum.
  • Siswa-siswi harus dipupuk agar minat untuk menulis dan mengarang.
Persoalan sekarang ialah kenapa garaduan masih banyak yang menggangur walhal mereka seharusnya ada pekerjaan dan mereka ada ijazah atau sarjana? Saiapa yang membacanya haruslah menjawab sendiri....

Blogging In Malaysia

Sekadar untuk makluman semua. Kajian dalam talian yang dilakukan oleh MSN dan Windows Live yang tertera dalam laporan bertajuk "Blogging Malaysia: A Windows Live Report" memberikan maklumat seperti berikut;

64 peratus blogger di Malaysia adalah kaum perempuan
36 peratus bloggerdi Malaysia adalah kaum lelaki
Blogger di Malaysia yang berusia 25 tahun ke bawah ialah sebanyak 75 peratus
Blogger di Malaysia yang berusia lingkungan 26-34 tahun ialah sebanyak 21 peratus
63 peratus blog dicipta oleh rakyat malaysia adalah untuk tujuan hiburan
49 peratus untuk tujuan eratkan hubungan keluarga
50 peratus menulis berhubung pandangan mengenai apa-apa yang berlaku disekeliling
3 peratus menulis blog dengan bertindak seolah sebagai wartawan.

Sunday, July 13, 2008

RM 8.59 Million and 33 Million Sticks Cigarattes by Malaysians


Perokok di Malaysia membelanjakan RM8.59 juta bersamaan 33 juta batang rokok sehari, demikian menurut Pengarah Jabatan Kesihataan Kelantan, Dr Laila P Mohamed Meeren, berdasarkan kajian yang dilakukan pada 2006

Malaysians spend RM8.59 million on 33 million sticks of cigarettes daily, a Health Ministry survey revealed. Kelantan Health Department Director Dr Lila P Mohamed Meeran said the survey conducted in 2006 showed that youths aged 13-17 formed the bulk of smokers.

"Some 422,710 of the smokers were male while 45,807 were female, spending RM272,132 on cigarettes daily ," she told Bernama here today. More than two million adults in the country are smokers. Dr Lila said the increase in the number of smokers was down to various tactics deployed by tobacco companies in promoting cigarettes, influencing many to 'light up'.

Rasuah Tahap 1

Only Sin Chew Daily seem to have reported the name of the Immigration department director-general who is reportedly detained by ACA for investigations. Wahid Mohd Don ( was alleged to have received a RM250 thousand bribe and is currently detained under section 117 of the Criminal Procedure Code. Sources from ACA told Sin Chew Daily that Wahid was arrested by ACA officials at his home at 8.30pm Thursday (10 July). He had been reported to have taken bribe from illegal prostitution syndicates and illegal foreign workers. It seems the ACA is planning to bring Wahid to the Palace of Justice to extend his detention. Wahid, aged 56, was appointed as Immigration Department Director General in October, 2006.

Belum dibuktikan lagi sama ada Wahid bersalah atau tidak. Tapi apa yang saya nak ketengahkan disini ialah jika "orang besar" sanggup menerima rasuah, bagaimana pula dengan pekerja bahawan yang rata-ratanya gajinya lebih kecil berbanding orang yang di atas. Mungkin wajar saranan Menteri Besar Kelantan agar kenaikan pangkat mengambil kira pelaksaan solat lima waktu dan solat jumaat, sebab dengan bersolat mampu mencegah kita daripada melakukan perbuatan mungkar. Insya-Allah.

Hello Minister!

(Aina paling kanan bersama rakan sekolahnya.)

Bila peraturan mengatasi nilai kemanusiaan...akibatnya hanya kerana lambat mendapat tandatangan menteri hasrat seorang anak untuk menatap wajah ayah bagi kali yang terakhir tidak kesampaian. Hal ini yang berlaku kepada adik Aina, anak sulung kepada tahanan ISA, Shahrial Sirin, yang meninggal dunia baru-baru ini. Pada saya hal seumpama ini tidak seharusnya berlaku di Malaysia. Adakah disebabkan birokrasi atau sikap pegawai yang lambat mengambil tindakan, tidaklah diketahui. Yang jelas perkara sudah berlaku. Kecewa bila hal seumpama ini berlaku di Malaysia walhal tidak seharusnya berlaku di Malaysia.

Dear YB Syed Hamid Albar
Home Minister

Re: Aina Mardiah Shahrial, 17

You may not know Aina, she is the eldest daughter of Shahrial Sirin, an ISA detainee. On the afternoon of July 2, about 3 pm, she was admitted into Kajang Hospital. The girl was fighting for her life. The family immediately informed authorities at Kamunting, where her father had been detained for the last 7 years.

Somehow, Shahrial was only told of her daughter's illness at 10.30 am the next day, July 3. Aina's mother made a personal appeal to the authorities at Kamunting to let her daughter be with the dad for the last time. The doctors said Aina had only a few hours of life left, God-willing.

The authorities at Kamunting said they could not release Shahrial. They had to get your signature on the release papers. Yes, YB, your precious signature. Aina's father was finally released at 5pm. It was the longest four-hour journey to Kuala Lumpur. Shahrial got to her daughter's side at 9.45 pm. He was too late. Aina had passed away at 6.20pm without seeing her father.

Thank you, YB, and may Allah bless you and your family.

Tuesday, July 1, 2008

Road Name?

Saya senyum seorang diri bila membayangkan papan tanda jalan di Pulau Pinang atau Malaysia keseluruhannya menggunkan bahasa jawi, tamil dan mandarin. Yang terbayang ialah pastinya papan tanda itu akan bertambah besar saiznya dan "menarik". Bila sudah lama diperkenalkan maka akan terdapat juga suara-suara agar mencadangkan "kita kena letak tanda nama berbahasa Inggeris juga, untuk kemudahan pelancong di negara ini". Selepas itu, seorang yang melihat dari aspek pelancongan pula akan berkata "bahasa arab perlu juga diletakan sebab negara kita sekarang menjadi tumpuan pelancong dari Asia Barat. Pasti akan ada penyakit baharu dalam kelangan masyarakat kelak iaitu "kepeningan"

Saya tidak faham kenapalah bijak pandai di Malaysia seringkali memperkenalkan idea kreatif yang tidak relevan dan tidak membawa kesan jangka panjang kepada bangsa Malaysia sendiri. Memaidailah kita sudah ada bahasa kebangsaan. Selaraskan. Satu Bahasa Satu Negara. Jikalau hendak memudahkan memadai dengan penggunaan dua bahasa sahaja iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris.

Kenapa saya berkata begitu? Sesekali bersiarlah sambil duduk menikmati kesibukan di KLIA sambil melihat gelagat "pengembara". Pasti anda akan terganggu sebaik sahaja ada pengumuman yang akan berpanjangan kerana di selang seli dengan bahasa mandarin dan bahasa arab. Agaknya jika secara tiba-tiba dan mendadak pelancong dari Peranchis atau Jepun ke Malaysia maka akan ada juga bahasa trsebut di gunakan di KLIA.

Inilah Malaysia, adakalanya kita seharsunya mencontohi yang baik sahaja daripada negara lain bukan bertindak dengan idea kretif kita sendiri tanpa mengambil kira kesan jangka panjang kepada bangsa Malaysia sendiri. Pergilah ke Heathrow Airport, atau France Charles de Gaulle Airport, hanya dua bahasa digunakan iaitu bahasa rasmi dan bahasa antarabangsa, yakni bahasa Inggeris. Mudah-mudahan bangsa Malaysia akan sedar...

Dekan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Ir. Dr. Mahyuddin Ramli

"Rata-rata negara di dunia menggunakan bahasa ibunda dan juga antarabangsa iaitu bahasa Inggeris dan ada juga yang hanya menggunakan bahasa ibunda negara mereka sahaja seperti di Jepun dan Korea.

''Menggunakan bahasa ibunda di papan tanda jalan juga tidak ada cacat-cela, malah orang lain akan lebih menghormati negara kita," tegasnya.