Tuesday, July 15, 2008

Debat Anwar & Shabery.




Maka selesaikan perdebatan yang ditungu-tunggu sebahagian rakyat Malaysia. Saya mengikuti secara live debat tersebut di Balai Tun Syed Nassir, DBP. Secara keseluruhannya pada saya debat tersebut berjaya menunjukkan kebjiksanaan Anwar Ibrahim berdebat berbanding Shabery.

Bukan prajudis menyokong sesiapa, berdasarkan persoalan yang dikemukan sama ada oleh panel atau wakil yang dibawa kedua-dua pendebat, ternyata Shabery tidak banyak menjawap persoalan. Malah menteri penerangan itu banyak dilihat cuma membawa hujah lain yang lari dari soalan. Yang lebih mendukacitanya Shabery banyak membuat serangan peribadi berbanding menumpukan hujah berkaitan soalan yang diajukan.

Pada soalan yang yang lain, Shabery asyik menjelaskan kenapa wang milik Petronas tidak boleh digunakan untuk menampung subsidi, walhal Anwar tidak mempersoalkan wang milik Petronas, sebaliknya keangan kerajaan yang ditakbir oleh Barisan Nasional.

Dari segi penggunaan masa, pada saya Anwar lebih bijak dan cerdik dalam mengguna dan manfaatkan masa. Disebabkan terbawa-bawa untuk menghentam peribadi Shabery, banyak membuat masa tanpa menjelaskan secata tuntas akan kehendak persoalan.

Pada satu ketika, Anwar dengan kebolehannya berhujah yang sekalian umat Malaysia mengetahuinya, mempersoalkan kepada pihak kerajaan kenapa subsidi kepada rakyat sentiasa dipersoalkan walhak pemberian intensif kepada pelabur asing dan bail-out juga, menurut Anwar adalah seumpama subsidi juga. Hal ini tidak disentuh atau dimatikan hujahnya sama sekali oleh Shabery.

Kesimpulannya secara keseluruhan Anwar mampu memberikan hujah yang bernas manakala Shabery banyak kelihataan cuba melarikan diri untuk menjawap persoalan. Sebagai orang yang belajar ilmu komunikasi, dan mendengar hujah sebagai asas saya membuat penilaian maka saya memberikan kemenangan kepada Anwar Ibrahim sebagai pemenang dalam debat kali ini.

Petikan menarik... untuk direnungkan...

"Percayalah sebagaimana yang saya katakan tadi, dalam kesusahan yang ada sekarang.. rakyat cukup makan." -Ahmad Shabery Cheek

"Bila nak tolong orang miskin, subsidi. Bagaimana tentang prasarana infrastruktur? Berpuluh billion ringgit yang disediakan untuk pedagang-pedagang, untuk industri, untuk pelabuhan, bukankah itu satu bentuk subsidi? Prasarana disediakan dengan jumlah yang besar kita sebut insentif. Tolong rakyat miskin dengan subsidi minyak, kita panggil subsidi. Jumlah nak tampung kerugian PERWAJA, MAS dan pelbagai bill-out, kita sebut bill-out, bantuan menyelamatkan ekonomi. Nak bantu nelayan dan petani dan melayu miskin, namanya subsidi dan subsidi itu namanya cukup negatif dan busuk sekali..."- Anwar Ibrahim

1 comment:

Denanz ... said...

poooraah ... salbery, mana ko tau rakyat cukup makan. gaji ko berpuluh ribu, boleh la cakap. kami ni kais hari ni utk makan hari ni, esok tak tau lg boleh kais ke tidak. ko cakap la sampai bebuih mulut ko tu ... rakyat dah tak boleh ditipu.