Tuesday, May 25, 2010

Sijil Sakit Haram!


Tiga peratus daripada 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka, demikian menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), yang dipetk oleh BERNAMA.

Jika orang awam membacanya, sekaligus kenyataan tersebut membayangkan betapalah kakitangan awam sehingga terarah ke arah perbutan tersebut. Penulis beranggapan apa yang berlaku pasti ada sebabnya. CUEPACS selaku tonggak harapan kakitangan awam dalam memperjuangan pelbagai perkara berkaitan awam (termasuk bonus), wajar mencari jawapan kenapa hal ini berlaku.

Penulis berkata demikian kerana mungkin ada sebabnya kakitangan awam meminta cuti sakit, dan terpaksa berbohong untuk mendapatkan cuti sakit. Atau mungkin juga ada majikan yang tidak meluluskan cuti rehat yang sudah dimohon sekalian lama.

Pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi situasi ini. Antaranya situasi kerja, atau persekitaran kerja. Penulis sendiri kerap kali diberitahu oleh kakitangan awam, bahawa kerja banyak sekalipun tidak akan menjadi masalah jika persekitaran dan suasana kerja menarik.

Tetapi ada sesetengah jabatan atau agensi kerajaan, ketua hanya tahu mengarah tanpa memahami apa-apa yang diarah. Bila keadaan ini berlaku maka inilah salah satu puncanya berlaku kenapa wujudkan sijl cuti sakit haram.

Seringkali penulis mendengar luahan kakitangan awam, sama ada dalam public forum atau secara bersahaja, tidak ada saluran yang sah untuk kakitangan awam bersuara. Setiap lontaran idea terbatas dengan restu ketua, dan hal inilah yang membantutkan perkhidmatan awam.

Idea bernas kakitangan awam adakalanya tidak sampai ke peringkat atasan kerana dipertengahan jalan disebabkan adanya penyakit PHD, maka disekat. Ini adalah antara realiti yang berlaku dan seringkali kita dengar dan diberitahu.

Justeru, penulis beranggapan ada baiknya CUEPACS membuat kaji selidik berhubung persoalan kenapa angka 3% berlaku kepada kakitangan awam agar ada penambaikan dapat dilakukan pada masa depan untuk kebaikan perkhidmatan awam di Malaysia. Insya-Allah.

No comments: