Tuesday, July 1, 2008

Road Name?

Saya senyum seorang diri bila membayangkan papan tanda jalan di Pulau Pinang atau Malaysia keseluruhannya menggunkan bahasa jawi, tamil dan mandarin. Yang terbayang ialah pastinya papan tanda itu akan bertambah besar saiznya dan "menarik". Bila sudah lama diperkenalkan maka akan terdapat juga suara-suara agar mencadangkan "kita kena letak tanda nama berbahasa Inggeris juga, untuk kemudahan pelancong di negara ini". Selepas itu, seorang yang melihat dari aspek pelancongan pula akan berkata "bahasa arab perlu juga diletakan sebab negara kita sekarang menjadi tumpuan pelancong dari Asia Barat. Pasti akan ada penyakit baharu dalam kelangan masyarakat kelak iaitu "kepeningan"

Saya tidak faham kenapalah bijak pandai di Malaysia seringkali memperkenalkan idea kreatif yang tidak relevan dan tidak membawa kesan jangka panjang kepada bangsa Malaysia sendiri. Memaidailah kita sudah ada bahasa kebangsaan. Selaraskan. Satu Bahasa Satu Negara. Jikalau hendak memudahkan memadai dengan penggunaan dua bahasa sahaja iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris.

Kenapa saya berkata begitu? Sesekali bersiarlah sambil duduk menikmati kesibukan di KLIA sambil melihat gelagat "pengembara". Pasti anda akan terganggu sebaik sahaja ada pengumuman yang akan berpanjangan kerana di selang seli dengan bahasa mandarin dan bahasa arab. Agaknya jika secara tiba-tiba dan mendadak pelancong dari Peranchis atau Jepun ke Malaysia maka akan ada juga bahasa trsebut di gunakan di KLIA.

Inilah Malaysia, adakalanya kita seharsunya mencontohi yang baik sahaja daripada negara lain bukan bertindak dengan idea kretif kita sendiri tanpa mengambil kira kesan jangka panjang kepada bangsa Malaysia sendiri. Pergilah ke Heathrow Airport, atau France Charles de Gaulle Airport, hanya dua bahasa digunakan iaitu bahasa rasmi dan bahasa antarabangsa, yakni bahasa Inggeris. Mudah-mudahan bangsa Malaysia akan sedar...

Dekan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Ir. Dr. Mahyuddin Ramli

"Rata-rata negara di dunia menggunakan bahasa ibunda dan juga antarabangsa iaitu bahasa Inggeris dan ada juga yang hanya menggunakan bahasa ibunda negara mereka sahaja seperti di Jepun dan Korea.

''Menggunakan bahasa ibunda di papan tanda jalan juga tidak ada cacat-cela, malah orang lain akan lebih menghormati negara kita," tegasnya.

3 comments:

Unknown said...

Jom pergi Muar!Papan tanda jawi besar-besar.

Unknown said...

Setuju ...

Unknown said...

Setuju ...