Seharian
di MPH memang banyak yang diperolehi dan dibeli. Jika hendak dibuat kesimpulan,
maka tidak salah untuk mengatakan bahawa masyarakat sekarang adalah masyarakat
yang membaca dan membeli buku. Sekali gus, boleh menafikan akan hasil penemuan
yang terdahulu yang mengatakan rakyat Malaysia hanya membaca dua helai muka
surat setahun.
Masyarakat
1Malaysia yang berada di MPH semuanya membaca buku. Tanpa membezakan usia dan
bangsa, semuanya khuyusuk membaca buku. Beberapa muka yang aku kenali memang
merupakan pengunjung teta[p MPH di MHP pada setiap hari Ahad. Mereka
mengambil kesempatan menggunakan peluang hari Ahad untuk membaca buku sepuasnya
di MPH pada hari Ahad. Satu hobi yang mengasyikkan.
Sebagai
anak Sarawak yang kerap membelek buku-buku di MPH, timbul juga tanda tanya,
bila lagi penerbit di Sarawak wujud untuk menerbitkan buku? Hal ini kerana hanya
ada buah buku sahaja yang ditemui diterbitkan oleh penerbit dari Sarawak. Yang boleh
dikatakan banyak hanyalah buku yang dicetak oleh pencetak di Sarawak. Kedua
penerbit tersebut ialah Konsultan Minda Interaktif dan Penerbit RS. Bila
berbual soal penerbit, satu perkara yang menarik perhatian ialah perkembangan penerbitan
buku di Semenanjung yang begitu rancak sekali. Tempiasnya turut dirasai oleh
peminat dan pembaca di negeri ini.
Jika
dahulu, selain penerbit DBP, hanya penerbit PTS yang dikenali para pembaca. PTS
boleh dikatakan pencetus fenomena minat membaca kalangan rakyat Malaysia.
Kenapa dikatakan demikian? Sebab PTS telah berjaya merangsang keghairahan
membaca dengan menyelitkan kaedah penyampaian buku bacaan yang ringan, mudah
dan jelas. Itu belum lagi termasuk persembahan grafik buku yang membuat para
pembeli jatuh cinta pada pandangan yang pertama.
Hari
ini, kewujudan penerbit buku yang mirip PTS tapi dengan imej yang tersendiri
umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Malah persembahan reka bentuk buku dan
grafik buku amat menarik sekali. Hal ini belum lagi jika kita bercakap
berkaitan isi kandungan buku yang diterbitkan. Amat menggoda sekali dan boleh
dilabel wajib beli. Kemunculan
penerbit baharu seperti Telaga Biru, PNS, Hijjaz, Mustread dan banyak lagi
telah merangsang perkembangan penerbitan buku, sekali gus memberikan pelbagai
pilihan kepada para pembaca untuk memilih bahan bacaan mereka.
Sebagai
pembeli dan pembaca, sudah semestinya bila bertambah banyak bilangan penerbit
yang menghasilkan buku yang berkualiti, maka itu sudah suatu yang bagus dan menggembirakan. Penerbitan
yang banyak menghasilkan pelbagai pilihan kepada pembeli. Dan sebagai pembeli,
sudah semestinya akan memilih yang terbaik kalangan buku terbitan yang terbaik.
Agar nilai RM yang dibelanjakan, berbaloi-baloi dengan buku yang dimiliki.
No comments:
Post a Comment