Friday, July 18, 2008

Not RM100 dan Bank Negara

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, baru-baru ini menimbulkan di parlimen berhubung persoalan kenapa setelah lapan tahun, wang ringgit denominasi RM1,000 dan RM500 kini boleh ditebus di Bank Negara. Setelah sekian lama dan kini baru boleh ditebuskan. Pasti ada banyak persoalan berhubung keputusan baru ini.

Mengapa perkara ini boleh berlaku? Apa sudah jadi ni? Mengapa lapan tahun? Kumpulan mana yang hendak tukar wang RM1,000 dan RM500? Siapa yang selama ini mempunyai note ringgit RM1,000 dan RM500 dan kini mahu menebusnya? Mengapa Bank Negara membenarkan sekarang? Malangnya usul tersebut ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Mungkin pembaca boleh memikirkan apa-apa jua yang saya fikirkan bila menaipkan maklumat ini...

No comments: