Pada penulis, agak sedih bila mengetahui guru tersebut sakit dan menderita menahan kesakitannya. Namun penulis diingatkan oleh guru berkenaan bahawa kesakitan yang dialaminya adalah merupakan satu ujian baginya setelah lama mengharungi kehidupan yang sihat sejahtera. Sampai demikian sekali keyakinan dan kesabaran cikgu!
Dalam pada rakan guru-guru lain mungkin semalam dan hari ini sedang sibuk menyambut dan meraikan hari guru, cikgu berkenaan pula sedang berehat di rumahnya sambil makan pil yang dibekalkan oleh pihak hospital kepadanya.
Mungkin tidak ramai kalangan kita tidak menyedari akan apa itu penyakit Ulser Usus. Kanser usus — Kanser ketiga paling kerap di seluruh dunia. Ia adalah kanser malignan di dinding usus besar yang bermula dengan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan berubah menjadi kanser. Tumor boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan; iaitu antara simptom kanser.
Antara simptom kanser usus ialah berak berdarah, perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis), perut memulas, terasa asyik hendak buang air besar, perut tidak selesa, kembung atau senak; muntah, hilang selera makan dan cepat penat. Pada keadaan serius pesakit tidak boleh buang air langsung kerana pembengkakan pada rektum menghalang laluan najis keluar. Tanda paling nyata ialah apabila jadual buang air besar berubah, cepat penat dan berat badan menurun tanpa sebab. Di kalangan pesakit muda, gejala ini sering disalah diagnos sebagai sakit perut atau gastrik.
Bagaimana mengenal pasti ada darah pada najis?
- Najis diselaputi darah berwarna merah cerah
- Ada ketulan darah bercampur dengan najis
- Najis berwarna kehitaman dan melekit
Gejala pendarahan akut:
- Tiga tanda di atas
- Cepat berasa lesu
- Pening
- Sesak nafas
- Senak perut
- Rasa mahu pitam
- Cirit birit
Gejala pendarahan kronik:
- Semua tanda di atas
- Badan terasa lemah
- Sentiasa berasa penat
- Sukar bernafas
- Pitam
1 comment:
Info yang baik boleh jadi panduan ramai rakan yang membaca atau mengalami sendiri. Terima kasih kerana berkongsi maklumat.
Post a Comment