Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak. malam ini pastinya ditunggu setengah pihak kerana inilah julung kalinya diadakan debat antara pembangkang dan kerajaan. Pembangkan akan mewakilkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala bagi pihak kerajaan pula akan diwakili oleh Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Semua persiapan sudah tersusun rapi bagi debat ala Presidential Debate Presiden Amerika itu yang dijadual disiarkan secara langsung serentak oleh TV9,Astro Awani dan Bernama TV tepat jam 9 malam ini. Debat ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi Radio 24 (93.9 fm).Pada jam 11 malam ini juga TV3 akan siar semula debat selama satu jam dibawah tajuk " Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak". Satu negara sedang menunggu untuk melihat pendebat pihak kerajaan dan pihak pembangkang menegakkan pendirian masing-masing. Pandang dengar dan buatlah penilaian sendiri.
No comments:
Post a Comment