Wednesday, July 16, 2008

Bila Wartawan dihalang Bertugas...



Alhamdulillah, debat bersejarah semalam dapat berlangsung dengan jayanya walau ada provakasi oleh Shabery yang bersifat kecaman peribadi terhadap Anwar sedikit-sebanyak menaikkan rasa “geram” dan suasana semakin “panas” di Balai Tun Syed Nassir, DBP. Namun, kebijaksanaan penonton dapat meredakan suasana “panas” menjadi reda.

Namun tiada siapa yang menduga perkara yang lain berlaku sebaliknya. Tiga jurugambar dipukul oleh petugas keselamatan ketika mahu keluar dari bilik media massa di tingkat dua bangunan lama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tempat berlangsungnya debat bersejarah isu kenaikan harga minyak malam ini.

Kekecohan berlaku apabila petugas media dikunci dari luar, menyebabkan mereka marah kerana tidak dapat keluar. Kejadian itu berlaku disebabkan pihak media tidak dibenarkan keluar. Difahamkan bilik tersebut dikunci oleh petugas keselamatan untuk memberi laluan kepada tetamu VIP meninggalkan dewan itu terlebih dahulu. Apabila keadaan menjadi kecoh, seorang petugas keselamatan - dipercayai dari pihak penganjur Agendadaily.com - datang membuka pintu bilik tersebut.

Ekoran itu, berlaku pergaduhan antara jurugambar berkenaan dan dibantu oleh petugas yang lain, dengan petugas keselamatan dan rakan-rakannya. Keadaan ini menyebabkan anggota polis datang dan membantu membawa jurugambar keluar dari situ, sehingga ke luar kawasan lobi.

Apabila mereka sampai di luar, dengan diiringi oleh beberapa anggota polis, petugas keselamatan berkenaan meluru dan memukul jurugambar berkenaan. Polis meleraikan keadaan sehingga semua petugas media keluar dari tempat tersebut. Dua jurugambar tersebut dikenali sebagai Khairul Hasnor Mohamad Khalili dari The Edge dan Zulkifli Ersal dari The Sun. Seorang lagi ialah Halim Berber dari SIPA Press dari Perancis. Ketika ditemui, Zulkifli berkata, petugas keselamatan tersebut menendangnya di bahagian perut. Difahamkan mereka mereka membuat laporan polis di IPD Dang Wangi. Turut membuat laporan ialah Hanafiah Hamzah dari Channel News Agency (CNA).

1 comment:

Denanz ... said...

del,dia orang dah tahu press nk bertugas. yg nak halang tu buat apa. saja nk tunjuk lagak la tu. VVIP sebenarnya takde apa2 pun, tak kisah pun, balaci2 ni la yg lebih2.