Sekadar luahan daripada saya, bukan bermaksud membenci sesiapa, rasanya tak perlulah media arus perdana menyiarkan secara "besar-besaran" berita mengenai kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO. Sebabnya banyak lagi isu yang seharusnya media perdana tonjolkan. Lainlah jika Ezam adalah bekas Presiden Amerika Syarikat. Atau tidak pun, Ezam adalah super hero umpama Spiderman atau Ultraman, yang mampu mengatasi apa jua masalah.
Ezam tak bersalah dalam perkara ini. Yang meloyakan ialah paparan tanpa henti media arus perdana berhubung isu tersebut. Sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung Rukun Negara, saya mengharapkan dengan kemasukan Ezam semula ke dalam UMNO dapat memberi faedah kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.
Gambar ehsan agendadaily.com.
1 comment:
Ada yang tidak kena dengan kemasukkan Ezam ke dalam UMNO.. kalau benar ikhlas dia dah belasah dah Anwar sekarang ni..
Post a Comment