Tuesday, July 22, 2008

Mercedes Vs Proton Perdana.

Ini petikan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 Julai 2008.

"Kita bukan hendak kata kereta nasional tidak baik tetapi hakikatnya tidak sampai dua tahun digunakan ia terpaksa disenggara kerana beberapa komponen seperti kotak gear rosak," Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said ketika memberikan penjelasan berhubung pembelian 14 kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi baharu anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Bila membaca kenyataan tersebut, saya berpendapat bahawa syarikat Proton haruslah mengambil tindakan segera. Hal ini disebabkan kenyatan tersebut disebut oleh seorang Menteri Besar, bukan orang sebarangan. Lebih-lebih lagi perbandingan tersebut melibatkan maruah kereta nasional Malaysia.

Cuma saya terfikir, di India kenderaan yang digunakan sama ada oleh Presiden atau menterinya ialah kereta nasional negara tersebut, kalau tidak salah saya jenama Tata. Adakah ini juga bermaksud kereta jenama Proton kurang gahnya berbanding kereta berjenama Tata?

No comments: