“Sebagai seorang askar, saya juga kena bertahan dan tidak boleh cepat mengaku kalah sesuai dengan cogan kata ‘Berani Mati’ jadi saya tekad menghabiskan perbarisan,” tegasnya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah.
The left sleeve of L/Kpl Zamri Md Soot’s uniform was drenched with blood after another soldier accidentally cut his arm with a bayonet during a marching ceremony. Despite the pain and heat, L/Kpl Zamri, who sustained a deep cut, stayed in formation for almost two hours until the end of the Regimental Colours Replacement ceremony at Stadium Darul Aman here yesterday. (The Star 16/8/2008)
Pada mulanya saya tidak rasa apa-apa, cuma tersentak ketika benet tercucuk lengan. Lama-kelamaan bila darah banyak keluar barulah rasa sengal-sengal.” Demikian cerita Lans Koperal Zamri Md. Soot, 29, anggota Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) ketika menceritakan detik dia cedera di lengan kiri akibat tertusuk benet senjata M16 rakannya pada Majlis Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji Rejimen kelmarin.
Syabas dan tahniah kepada Zamri. Pada saya beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah anggota tentera yang sejati. Wajar pihak yang berkenaan memberi perhargaan atas pengorbanan beliau menjaga imej ATM dan Rejimen Askar Melayu Diraja.
3 comments:
nanti dapat la pingat tu, del.
Selamat sejahtera, Saudara Zaid.
Mula-mula sekali, saya tertarik dengan rencana saudara mengenai L/Kpl Zamri. Jelas saudara Zamri seorang yang amat berdedikasi dan teguh dari segi peribadi beliau. Syabas.
Saya sampai ke blog saudara Zaid sewaktu membaca pandangan pelbagai pihak mengenai isu berkait Saudara Saiful dan Saudara Anwar.
Saya membaca komen saudara di blog Azli Shukri dan dalam ramai-ramai yang memberi pendapat, pendapat saudara lah yang paling rasional, terfikir, dan seimbang.
Ramai orang, termasuk saudara Azli Shukri sendiri, walaupun ada daya intelek tapi pendapat dan pandangan mereka tetap akhirnya dipengaruhi oleh pendirian atau ideologi peribadi. Apabila saya membaca profile saudara Azli dan mengetahui beliau ada menulis sebuah buku, maka saya mengharapkan kandungan blognya itu mungkin ada kualiti dari segi pencerakinannya dan analisanya. Walaupun ada sedikit daya analisa yang ditunjukkan, namun, akhir sekali, saya sedikit kecewa dengan kesimpulan yang dibuat oleh saudara Azli (iaitu, isu ini boleh diakhiri dengan sumpahan dari pihak saudara Anwar). Sungguh simplistik dan cetek.
Para pengulas bagi rencana itu pun seolah-olah terikut-ikut sahaja pandangan saudara Azli, mungkin kerana mereka terlalu terpesona dengan ilmu saudara Azli mengenai hukum Islam.
Namun, apabila saya tiba kepada ulasan saudara dan selesai membacanya, saya rasa bangga kerana ada juga pemblog seperti saudara yang benar-benar tinggi daya intelek dan kebolehan berfikir secara luas dari bendungan ideologi/pendirian/kepercayaan peribadi semata-mata.
Ini penting, dan saya harap saudara juga dapat menggembleng kurniaan intelek dengan suara hati saudara (ini penting) untuk mencapai segala cita-cita saudara dan semoga maju jaya.
entry yg menarik...
Post a Comment