Tuesday, July 15, 2008

Story from Bangladesh

Semalam, bertempat di Sanggar Za'ba telah berlangsung Dialog Meja Bulat Pra-Belanjawan 2009. Sesi dialog yang pertama seumpamanya bagi membincangkan apakah yang seharusnya ditekankan dalam Bajet 2009. Beberapa orang panel yang terdiri daripada pakar dalam bidang ekonomi dan pelaburan di Malaysia, telah dijemput ke sesi dialog tersebut.

Salah seorang yang menarik minat dan mendorong saya untuk menulis dalam blog ialah Dato` Moehamad Izat Emir, Presiden Persatuan Perdagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA). Menurut beliau ketika dalam rombongan lawatan ke Bangladesh, beliau telah pergi ke sebuah kedai runcit yang dimiliki oleh warga Bangaladesh yang pernah bekerja di Tesco di Malaysia. Berdasarkan perbualan dalam berbahasa Melayu dengan lelaki tersebut, beliau merumuskan perkara seperti berikut;

  • Pemuda bangladesh tersebut pernah bekerja di Tesco di Malaysia
  • Pengalaman selama 5 tahun bekerja di Tesco dibawa pulang oleh lelaki tersebut ke negaranya
  • Menggunakan pengalaman tersebut telah menjadikan lelaki tersebut berjaya dalam prniagaannya runcitnya di Bangladesh
  • Rakyat Bangladesh yang berpegalaman bekerja di Malaysia, "laku" dalam pasaran tenaga di Bangladesh.
Cadangan Dato` Moehamad kepada pihak universiti ialah;
  • Siswa dan siswi yang menjalani latihan pratikal seharusnya juga menjalani pratikal di pasar raya yang banyak terdapat di negara kita seperti Mydin, Carefour, Tesco dan banyak lagi.
  • Latihan praktikal yang dijalankan jangan terbatas kepada jurusan yang diambil garduan semasa di universiti, tetapi harus bersifat umum.
  • Siswa-siswi harus dipupuk agar minat untuk menulis dan mengarang.
Persoalan sekarang ialah kenapa garaduan masih banyak yang menggangur walhal mereka seharusnya ada pekerjaan dan mereka ada ijazah atau sarjana? Saiapa yang membacanya haruslah menjawab sendiri....

No comments: