Tuesday, September 30, 2008

Alonso Juara F1 Singapura

BEKAS juara dunia berganda, Fernando Alonso, mencipta sejarah menjadi pemenang perlumbaan malam Formula Satu yang pertama dalam sejarah apabila beliau memenangi Grand Prix Singapura di Litar Marina Bay semalam. Bermula dari petak ke-15, pemandu Renault itu memanfaatkan beberapa insiden yang berlaku untuk mencatat keputusan terbaik beliau musim ini.

Nico Rosberg daripada pasukan Williams menduduki tempat kedua, sementara pendahulu senarai pelumba, Lewis Hamilton, di tempat ketiga, sekali gus melebarkan jurang mata antara beliau dengan pesaing terdekatnya, Felippe Massa daripada Ferrari, kepada tujuh.

Pix by AFP

Monday, September 29, 2008

Ke Pintu Syawal 1429H

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 1 Oktober 2008," demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Mohon maaf atas lisan yg tidak terjaga....
Janji yang terabaikan....
Hati yang berprasangka & .....
Sikap yang pernah menyakitkan....
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

Sunday, September 28, 2008

Eid al-Fitr @ Aidilfitri @ Raya

Aidilfitri kembali lagi. Maka sudah semestinya bandar utama menjadi tumpuan. Teringat zaman kecik dahulu time menyambut raya. Seronok nya tuhan sahaja yang tahu. Keseronokan bermula menjelang 1 Ramadhan. Selain dapat berterawih di masjid, kami yang ketika itu masih bersekolah rendah akan dipertanggungjawab oleh AJK Masjid untuk menyediakan minuman teh dan kopi untuk jemaah selepas berterawih. Selesai terawih pasti ada makan malam yang kebiasaannya pasti sedap-sedap. Awal ramadhan juga merupakan saat untuk bertukar buah fikiran berhubung untuk membuat mercun buatan sendiri yang mampu mengeluarkan bunyi yang kuat. Kebiasaannya sesi perbincangan membuahkan hasil apabila menjelang pertengahan ramadhan pasti ada dalam kalangan geng-geng kami mampu membuat mercun yang amat kuat bunyinya. Saya sendiri tidak ketinggalan malah gara-gara terlalu kuat bunyi mercun buatan sendiri oleh saya maka ayah saya pernah di panggil oleh Boss Besarnya.

Ketika zaman itu, persoalan terawih 8 rakaat atau 20 tidak pernah menjadi persoalan. Geng-geng kita orang kebiasaannya terawih 8 rakaat sahaja walau pun ketika itu tidak pernah tahu pun wujud juga apa yang dinamakan terawih 8 rakaan itu. Kami terawih 8 rakaan kerana saja nak doublekan solat isyak.

Lepas sahaja solat terawih, adalah masa untuk bertukar fikiran berhubung mercun, baju raya, kasut raya dan semuanya berkaitan raya. Sepanjang ramadhan, terawih dan tanggungjawab selama sebulan sebagai penyedia minuman kepada jemaah tidak pernah ditinggalkan. Walau pun begitu, peluang bermain mercun termasuklah mercun buatan sendiri dan meriam buuh tidak pernah ketinggalan. Dalam bab ini pengurusan masa yang kami dan geng-geng praktikkan benar-benar telah berjaya membentuk peribadi kami sehingga ke hari ini.

Menjelang seminggu untuk beraya, pastinya perancangan kami and the geng bertambah rancak. Sasaran rumah untuk diziarah time raya yang memberi duit raya paling besar sudah semestinya berada dalam senarai teratas dalam minda kami. Ternyata perancangan yang teliti pastinya membuahkan hasil disamping pelan kecemasan jika berlaku saat rumah yang menjadi sasaran ziarah tiada di rumah disebabkan beraya di kampung dan sebagainya.

Yang pasti dan benar, saat beraya di zaman kanak-kanak dan persekolahan tetap menjadi kenangan paling indah. Peredaran zaman kekadang membuat saya berfikir adakah kanak-kanak di zaman ini benar-benar mengalami keseronokan seperti di zaman saya dahulu? Rasanya tidak sebab dunia hari ini semua memerlukan wang ringgit untuk memiliki semuanya, walhal zaman kita orang dahulu dibentuk oleh kreativiti. Apa-apapun, saya bersyukur di atas nikmat yang Allah kurnaikan. Alhamdulillah.

Pix by AFP

Salam Aidilfitri

Alhamdulillah, beberapa hari ini lagi menjelang 1 Syawal. Pertamanya penuh kesyukuran kerana sempat lagi bertemu Ramadhan pada tahun ini. Dalam keadaan suasana dalam negara yang tidak menentu, sama ada politiknya, atau ekonomi dan juga sosialnya, maka menjadikan Ramadhan kali ini lebih meriah dan mencabar. Kemana sahaja bila orang media pergi persoalan berhubung Pak Lah dan Anwar pasti sudah menjadi lumrah. Masyarakat beranggapan bahawa orang media adalah orang pertama yang tahu segalanya berhubung apa-apa yang berlaku.

Penangguhan pemilihan UMNO Disember ini ke tahun hadapan, menimbulkan pelbagai spekulasi politik berhubung Pak Lah. Nama Teresa Kok, exco Selangor juga tiba-tiba meletup di dada akhbar berikutan pelbagai kenyataannya.

HINDAF dan Wami semakin lantang membantah ISA dengan mengadakan perarakkan semalam. Kita tunggu dan lihat apa yang berlaku selepas ini.

Sememangnya banyak peristiwa yang berlaku, sama ada yang kita sukai atau tidak. Realitinya kita tiada pilihan dan terima semuanya, dan jika kita tidak suka maka bertindaklah. Harus diingat hidup di sebuah negara yang pelbagai kaum, maka tanggungjawab kita sebagai seorang individu lebih besar berbanding hidup di sebuah negara yang hanya ada satu bangsa dan satu agama. Yang jelas saya amat bersyukur hidup di Malaysia.

Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Adilfitri kepada semua pembaca dan mohon Maaf Zahir dan Batin. Hidup terpaksa diteruskan walau apa-apa jua yang berlaku.

Ayam Penyet

Sejak 22 Sept lalu, saya diarah untuk membuat satu tugasan berkaitan hubungan sesama manusia didalam dan di luar sempadan. Ianya berkaitan lorong tikus, mahupun laluan gajah. Disebabkan tugasan tersebut maka ada ketikanya saya terpaksa berada di "luar negara". Pengalaman berada di luar negara atau di luar sempadan tidak saya persiakan begitu sahaja. Saya bergaul dengan penduduk setempat dan melalui mereka saya diperkenalkan kepada beberapa jenis makanan yang digermari penduduk Indonesia.

Walau sebelum ini pernah beberapa kali ke Jakarta, Jogakarta dan Pontianak, namun inilah kali pertama kali saya mendengar dan diberitahu mengenai resipi makanan ini.

We headed off for dinner afterwards at the Ayam Penyet Ria restaurant . I’m crazy about this stuff. Ayam Penyet is an Indonesian dish that consists of a deep fried chicken with floss sprinkled on top, served with some raw vegetables and rice as well as extra hot chili. Dikatakan resipi masakan ini adalah bilik penduduk di Balikpapan, Indonesia.

Walaupun buah-buhan tetap menjadi keutamaan saya setiap kali ke negara orang, namun disebabkan desakan maka saya mencuma juga ayam penyet ini. Rasanya, bolehlah saya beri 4 bintang.

Sekembali ke Kuching, rupanya sudah banyak gerai yang menjual menu ini, malah di Pasar Ramadhan di Jalan Satok pun ada juga. Agaknya saya yang ketinggalan dalam bab ini.

Life...

Thanks Efa di atas prihatin terhadap perkembangan blog ini. Hidup perlu diteruskan, walau apa-apa jua yang berlaku. Masalah dalam hidup adalah dugaan tuhan kepada kita tandanya tuhan ingat lagi kepada kita. Maha Suci Allah. tuhan mengingati kita yang bergelar hambanya. Tempoh kita berhadapan dengan masalah merupakan saat yang penting dalam hidup terutamanya apabila kita membuat keputusan. Pengalaman melalui saat tersebut itulah yang dinamakan "pengalaman hiduup". Manusia yang berjaya mengatasi apa-apa jua masalah dalam hidup dia sebenarnya adalah seorang yang berjaya. Motivasi yang terbaik adalah datangnya daripada diri sendiri. Kaunslor hanya bertindak memberi jalan keluar, keputusan kita sendiri yang menentukannya. Inilah yang dinamakan pengalaman yang berharga dalam hidup.Pengalaman inilah yang mendewasakan kita dalam berfikir dan bertindak dan seterusnya mendorong kita membuat keputusan. Manusia yang berjaya dalam hidup ialah seorang yang menggunakan pengalaman hidupnya dalam membentuk khidupan seterusnya...

Life Must Go On

Agak lama tidak update blog ini memandangkan kesibukan kerja dan semangat untuk memanfaatkan 10 terakhir ramadhan. Alhamdulillah, dengan rahmatNYA ada kekuatan untuk bekerja dan beribadah. Banyak yang berlaku dalam tempoh menyepikan diri. Desas-desus Pak Lah meletak jawatan terus menjadi topik utama warga Malaysia. Penurunan RM0.10 harga minyak berterusan mendatangkan rasa geram rakyat Malaysia. Itu yang dapat saya simpulkan seletelah membaca blog lain. Penurunan harga bahan api tersebut tidak pula menurunkan harga barangan seperti mana kenaikan harga barangan selepas kenaikan harga pada Julai lalu.

Persoalan samada Anwar mampu menubuhkan kerajaan baharu, juga masih menjadi fokus rakyat Malaysia keseluruhannya. Pada saya, sama-sama kita tunggu dan lihat kesudahannya. Pemimpin silih berganti, yang pasti rakyat yang perlu meneruskan kehidupan dengan cara mere sendiri, waima apa jua yang berlaku. Inflasi meningkat atau sebaliknya, itu bukan halangan. Hidup perlu diteruskan.

Pix by AP

Monday, September 8, 2008

Sesungguhnya...

Sesekali bermain gitar sambil menginsafi betapa kerdilnya diri ini dihadapan tuhan Yang Maha Berkuasa, terasa indahnya. Apatah lagi bila di bulan Ramadhan yang mulia ini sambil menemani dan mengingati seseorang yang kita sayangi...

[Intro] Am G F E

Am
Am G F E
saat dunia berhenti berputar
Dm C B7 E
saat manusia tak sanggup lagi berharap
Am G F E
ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Dm C E
menyinari dunia yang tlah kau singahi

[*]
Dm Am
mampukah kau untuk berbagi
Dm Am
tanpa hasrat ingin diberi
F E
dihadapanNya
F E
dihadapanNya ya Allah

[reff]
Am F G
sesungguhnya manusia tak kan bisa
E Am
menikmati surga
F G E
tanpa ikhlas di hatinya
Am F G
sesungguhnya manusia tak kan bisa
E Am
menyentuh nikmatNya
F G E
tanpa tulus dihatinya

[int] Am G F E 2x
Dm E

Saturday, September 6, 2008

Nasib Ramlang Porigi...

Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi bakal dikenakan tindakan disiplin kerana terbabit secara langsung dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh baru- baru ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali berkata, pihaknya sedang meneliti bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap imam berkenaan kerana melanggar etika tugas dengan terbabit dalam politik."Saya akan lihat prosedur kerajaan yang sesuai sebelum tindakan dapat diambil," katanya kepada Utusan Malaysia, pada 5 September 2007.

Sebagai kakitangan awam semua sedia maklum bahawa mereka adalah tertakhluk kepada peraturan. Saya berseuju dalam bab itu, sebab dengan peraturan maka semuanya akan teratur dan terurus dengan sebaiknya.Cuma dalam kes Ramlang Porigi yang mulai terkenal dengan kes sumpah ini, saya berpendapat ada baiknya pihak yang berkenaan meneliti dahulu persoalan kenapa dan mengapa dia (Ramlan Porigi) perlu berada di pentas PKR semata-mata untuk membersihkan namanya.

Pada saya Ramlang mungkin tertekan lantaran semua penyokong Datuk Seri Anwar seolah menyalahkan beliau bila isu sumpah mulai menjadi isu utama khususnya ketika kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh. Malah di kem Barisan Nasional juga, isu sumpah yang secara tidak langsung memaparkan Ramlang sebagai iman yang kononnya memperakukan sumpah Saiful.

Persoalan sekarang ialah adakah pihak JAWI pernah atau berusaha untuk membantu imam berkenaan untuk menjelaskan kedudukan yang sebenar disaat imam tersebut "dihentam" secara teruk didalam internet, khususnya menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh? Barangkali pihak JAWI tidak merasai tekanan iman berkenaan di ketika semua pihak mendedahkan siapa imam berkenaan di dalam internet dan blog. Jika artis yang sememangnya sudah terkenal pun mengaku kalah bila hal peribadi tersiar dalam internet masakan pula seorang imam, apatah lagi yang disairkan ialah aib.

Saya berpendapat, jika pihak JAWI hendak menambil tindakan sekalipun keatas imam tersebut, biarlah dalam keadaan pihak JAWI mendengar terlebih dahulu penerangan dan penjelasan daripada beliau. Saya pernah terbaca sebelum ini dalam sebuah blog bahawa imam tersebut menegaskan bahawa dia terpaksa berada di pentas PKR di Permatang Pauh, sebab hanya dengan cara itu sahaja beliau dapat menjelaskan semuanya fitnah yang dilontarkan oleh pelbagai pihak terhadap dirinya. Lagipun, jelas beliau, hanya pihak PKR yang ada menjemputnya.

Saya tidak menyokong sesiapa dalam hal ini, cuma saya berpendapat jentera kerajaan haruslah bersikap profesional dalam hal seperti ini dan tidak dibayangi oleh sindorom politik. Semua umat manusia di dunia ini mahukan kehidupan yang tenteram dan aman. Justeru, hal ini haruslah dimulakan oleh pihak yang berkuasa terlebih dahulu sebab kuasa hanya ada pada tangan mereka yang berkuasa.

Friday, September 5, 2008

Datuk Zainal KP DBP

Setelah beberapa bulan, khabarnya Kementerian Pelajaran sudah ada calon yang sesuai berhubung siapa yang akan mengisi kekosongan kerusi Ketua Pengarah DBP yang kosong sejak kontrak Datuk Firdaus Abdullah tidak disambungkan semula.

Pelbagai peristiwa berlaku di DBP semenjak jawatan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP dipegang oleh bekas staf juga yakni Datuk Johan Jaafar. Pelbagai versi cerita yang kedengaran walau tidak diketahui yang mana benar atau sebaliknya. Yang jelas, hubungan Kesatuan Sekerja DBP dengan pihak pengurusan DBP berada didalam keadaan "tenat". Itulah yang kerap dan prnah disairkan dalam akhbar Harakah.

Apa-apa pun khabar gembira mungkin sudah ada bila terdengar maklumat di Kementerian Pelajaran bahawa Ybhg. Datuk Zainal Abidin Bin Borhan, dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah DBP yang baharu. Butiran mengenai Datuk Zainal boleh didapati di laman ini:
http://umexpert.um.edu.my/cv_papar.php?id=697939b3eaaee85a1cb404f347795c1d.


Kepada Datuk Zainal, sekalung ucapan tahniah diucapkan, walau pun ketika posting maklumat ini saya tidak pasti sama ada beliau akan menerimanya atau tidak. Yang jelas, beliau adalah calon yang dipilih oleh orang kuat di Kementerian Pelajaran.

16 September...

September 16 is the 259th day of the year (260th in leap years) in theGregorian calendar. There are 106 days remaining until the end of the year.

Di Malaysia menjelang 16 September menimbulkan "16fobia" kepada golongan politikus. Dalam kalangan wartawan pula, semakin menghampiri ke tarikh itu merupakan suatu dateline yang amat besar untuk mereka memperolehi maklumat dan bahan berita. Persoalan utama ialah adakah Pakatan Rakyat berjaya menarik YBs Barisan Nasional untuk menyertai Pakatan Rakyat?

Pelbagai ramalan dan spekulasi. Yang jelas pada tarikh tersebut wujudnya Malaysia seperti yang ada pada hari ni. Sama ada kerajaan BN atau PR yang memerintah Malaysia, pada saya yang penting kesejahteraan rakyat yang diberi keutamaan.

Pix by Kamirez

Thursday, September 4, 2008

Belansungkawa A.Samad Ismail

A. Samad Ismail 1924-2008

Al Fatihah.

Pak Samad telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.58 petang tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di No 2 Jalan 16/7C, Petaling Jaya dan akan dikebumikan pada hari esok, selepas solat Jumaat.

A. Samad Ismail dilahirkan di Singapura pada 18 April 1924. Beliau lulus Senior Cambridge pada tahun 1940. Mula berkhidmat dengan Utusan Melayu pada tahun 1941 ketika berusia 16 tahun sebagai pelatih tanpa gaji. Kemudian beliau diberikan gaji RM10.00 sebulan dan akhirnya dinaikkan RM30.00 sebulan. Beliau bekerja di bawah kepimpinan Bapa Wartawan Melayu, Abdul Rahim Kajai. Pada masa pendudukan Jepun, Samad terus berkhidmat di bawah Abdul Rahim Kajai dan Ishak Haji Mohamad sebagai Penolong Pengarang Utusan Melayu. Apabila Utusan Melayu ditukar menjadi Berita Malai dalam huruf roman, Samad kekal dengan jawatannya sebagai Penolong Pengarang. Sekitar tahun 1944/45 beliau dilantik sebagai Pengarang Berita Malai apabila Ishak Haji Mohamad berhenti menjadi Pengarang akhbar tersebut.

Apabila Jepun menyerah diri pada tahun 1945 dan British kembali memerintah, Samad ditahan di dalam penjara atas tuduhan menghasut rakyat semasa pendudukan Jepun. Beliau kemudiannya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan "hasutan" tetapi dibebaskan oleh mahkamah. Setelah dibebaskan daripada penjara pada tahun 1946, beliau kembali berkhidmat di Utusan Melayu pada tahun 1946 sebagai Penolong Pengarang di bawah Yusof Ishak, bekas Presiden Republik Singapura. Pada tahun 1951, Samad ditangkap oleh British di bawah Undang-undang Darurat tetapi dibebaskan pada tahun 1953. Beliau kemudiannya berkhidmat semula dengan Utusan Melayu sehingga tahun 1958. Pada tahun 1958 beliau berkhidmat dengan Straits Times Singapura dengan memegang jawatan sebagai Pengarang Berita Harian. Kemudiannya pada tahun 1972, Samad dilantik sebagai Timbalan Ketua Kumpulan Pengarang di New Straits Times. Pada tahun 1976 beliau ditangkap di bawah Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri dan hanya dibebaskan pada tahun 1981. Pada tahun 1982, beliau dipanggil semula oleh New Straits Times untuk menjadi Penasihat Sidang Pengarang sehingga persaraannya pada tahun 1987.

POLITIK

Dalam bidang politik, Samad menjadi pengikut Ibrahim Haji Yaakob dan Ishak Haji Mohamad dalam Kesatuan Melayu Muda dan pertubuhan KERIS semasa pendudukan Jepun. Menjelang Jepun menyerah diri pada tahun 1945, Samad menjadi utusan/wakil KERIS ke Kongres Melayu Kuala Lumpur yang dikatakan diadakan oleh Ibrahim Yaakob untuk memproklamir kemerdekaan untuk Malaya. Samad bersama Aziz Ishak, bekas Menteri Pertanian dalam Kerajaan Perikatan Tunku Abdul Rahman, telah menubuhkan Gerakan Angkatan Muda (GERAM), yang menjadi anggota Pusat Tenaga Rakyat, iaitu satu gabungan parti-parti radikal Melayu yang menentang gagasan Malayan Union.

Samad bersama Ishak Haji Mohamad dan Ahmad Boestamam menjadi wakil PUTERA menggubal Perlembagaan Rakyat (Peoples' Constitution), sebagai alternatif kepada Federation Agreement yang digubal oleh British dan UMNO.

Pada tahun 1954, Samad bersama Lee Kuan Yew, menaja Peoples' Action Party di Singapura. Pada tahun 1958, beliau berhenti daripada parti tersebut untuk menjadi anggota UMNO Singapura sebagai Pengerusi Tetap.

SASTERA

Samad mula menulis cerpen semasa pendudukan Jepun. Antara novel-novel yang dihasilkannya dalam tahun enam puluhan ialah: Patah Sayap Terbang Jua, Hussein Zed, Kail Panjang Sejengkal, Orang Jauh, Tembok Tidak Tinggi, Detik-detik Cemas, Menimba Yang Jernih. Di antara antoloji cerpen Samad ialah Mastura, dan Temasya Tinta. Samad juga menulis buku tentang kewartawanan dan penulisan, iaitu Kursus Wartawan , dan Mengasah Bakat.


PENGANUGERAHAN
1968 - Anugerah bintang "Johan Mangku Negara" (JMN) daripada Yang di-Pertuan Agong.
1976 - Anugerah "Pejuang Bahasa" daripada Kerajaan Persekutuan.
1987 - Anugerah "Doktor Persuratan" daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.
1988 -

Anugerah "Tokoh Wartawan Negara" daripada Malaysian Press Institute.


Sumber: http://www.penerbit.usm.my/pen2006/SSU/ASIbm.html

Report The Truth

Canadian journalist Declan Hill attends at a press conference in Berlin on September 1, 2008. Hill's book "Sichere Siege" (The Fix. Soccer and Organized Crime) deals with match fixing by organized crime syndicates in international soccer.

The media must not be afraid to report the truth while upholding justice, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. He said the media should also not feel apologetic when reporting the facts. (The Star)

Saya tertarik dengan kenyataan tersebut sebab datangnya daripada mulut Perdana Menteri. Cuma persoalannya sekarang sejauh manakah media di Malaysia berani untuk menegakkan kebenaran dalam media?

Pernah seorang kawan bertanya, kenapa banyak dalam kalangan pelopor blog di Malaysai adalah terdiri daripada bekas editor atau wartawan yang pernah bernaung di media arus perdana. Jawapan saya mudah sahaja, sebab sebahagian besar mereka (para media termasuk editor mahupun wartawan) selama bekerja dengan akhbar sentiasa terikat dengan kuasa orang atas yang juga terikat dengan kehendak pemimpin di atas (mungkin). Barangkali untuk memerdekakan diri mereka maka mereka menjadi penulis blog, lebih bebas dan merdeka dan tidak perlu terikat dengan apa-apa kecuali kebenaran.

Pix by AFP

Melayu + CIna + India

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Islam sejak awal lagi Islam tidak memberi ruang kepada isu perkauman kerana Islam mahu merapatkan hubungan sesama bangsa."Saya sentiasa sebut, kalau Allah yang buat rupa paras manusia termasuk Cina atau Melayu sama sahaja sudah tentu tidak akan mengenali antara satu sama lain," ujarnya.Beliau berkata, sebenarnya masalah perkauman berpunca akibat penjajahan Eropah yang berlaku sejak beratus tahun lalu.

Negara seperti Malaysia, jika bijak pandainya asyik dengan perkaumannya maka tunggulah keruntuhannya. Saya sokong 100 peratus kenyataan Tok Guru berhubung isu kaum. Pada saya pemimpin kaum seharusnya bertindak bijak agar tidak terpengaruh untuk membela nasib masyarakat dengan hanya memandang kaum. Yang jelas bila kita dinamakan sebagai pemimpin, terutamanya yang beragama Islam, maka tunggulah saat kita akan dipersoalkan mengenai apa yang kita pimpinan di mahkahamah akhirat kelak.

Tidak pernah dengar atau terbaca yang mengatakan tuhan mempersoalakan mengenai hal berkaitan kaum di akhirat, hehehehe...

Aku, Bajet dan Persoalan...

Agak lama menyepi disebabkan pergi bercuti (yang sebenar-benar cuti) dan melihat alam sambil melihat gelagat manusia di seluruh alam. Bermula di KL seterusnya ke Putrajaya dan Langkawi. Banyak perkara berlaku di Malaysia dalam tempoh "senyapnya" saya. Alhamdulillah sekarang kita berada di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkataan dan amat malang kepada sesiapa jua yang bergelar muslimin tidak mengambil manfaat setiap saat dalam bulan ramadhan untuk melakukan kebaikan.

Mulanya saya ingin mengulas mengenai Bajet 2009 yang Pak Lah bentangkan pada 29 Ogos 2008. Secara keseluruhannya pada saya Bajet 2009 oleh Pak Lah adalah biasa, dan tidak ada apa-apa yang amat menarik. Pengecualian cukai, semua merasainya dan dilukan hampir setiap tahun. Pengecualian bayar bil elektirk RM20 ke bawah, pada saya tidak banyak keluarga miskin dan sederhana bil lelektriknya bawah RM20. Sebabnya orang miskin dan sederhanalah yang memeriahkan dunai dengan ramainya anak-anak. Rumah orang kaya yang hampir tiga buah dan hanya mempunyai anak seorang dua mungkin merasai bil elektrik kurang RM20.

Pendapatan RM720 sebulan (Semenanjung), RM830 (Sarawak) dan RM 960 (Sabah) tahap kelayakkan pendapatan isi rumah yang layak meminta bantuan Jabatan Kabajikan Masyarakat, berdasarkan pengalaman selama ini yang benar-benar layak pun sukar menerimanya, inikan pula bila sudah ditetapkan sekian pendapatannya. Tak percaya tengoklah Bersamamu Tv3. Sebabnya kelemahan di peringkat pelaksanaan.

Pencen pesara minimunm RM720 sebulan. Daripada tidak ada sebaiknya ada. Dengan kadar inflasi 8.5 peratus bagi bulan Julai, apalah nilai RM720. Apa-apa pun, saya ucapkan Alhamdulillah juga sebab keperihatinan kerajaan berhubung bekas pesara kerajaan.

Banyak lagi yang kerajaan umumkan melalui Bajet 2009 yang tidak perlu saya jelaskan semuanya kerana akhbar telahpun jelaskan dengan panjang lebar. Secara jujurnya, pemberian kerajaan amat saya hargai. Namun, saya masih mempersoalkan adakah semua yang diumumkan itu benar-benar sampai ke akar umbi, yakni rakyat?

Tepuk dada, tengok sekeliling. Sekadar untuk renungan bersama,
Jumlah Bajet 2009 RM207.9 bilion, yakni RM154.2 bilion bagi peruntukkan mengurus, dan RM53.7 bilion untuk peruntukan pembangunan.

KDNK setengah tahun 2008 - 6.7 peratus
Inflasi Julai - 8.5 peratus

Pix by Reuters