
Mulanya saya ingin mengulas mengenai Bajet 2009 yang Pak Lah bentangkan pada 29 Ogos 2008. Secara keseluruhannya pada saya Bajet 2009 oleh Pak Lah adalah biasa, dan tidak ada apa-apa yang amat menarik. Pengecualian cukai, semua merasainya dan dilukan hampir setiap tahun. Pengecualian bayar bil elektirk RM20 ke bawah, pada saya tidak banyak keluarga miskin dan sederhana bil lelektriknya bawah RM20. Sebabnya orang miskin dan sederhanalah yang memeriahkan dunai dengan ramainya anak-anak. Rumah orang kaya yang hampir tiga buah dan hanya mempunyai anak seorang dua mungkin merasai bil elektrik kurang RM20.
Pendapatan RM720 sebulan (Semenanjung), RM830 (Sarawak) dan RM 960 (Sabah) tahap kelayakkan pendapatan isi rumah yang layak meminta bantuan Jabatan Kabajikan Masyarakat, berdasarkan pengalaman selama ini yang benar-benar layak pun sukar menerimanya, inikan pula bila sudah ditetapkan sekian pendapatannya. Tak percaya tengoklah Bersamamu Tv3. Sebabnya kelemahan di peringkat pelaksanaan.
Pencen pesara minimunm RM720 sebulan. Daripada tidak ada sebaiknya ada. Dengan kadar inflasi 8.5 peratus bagi bulan Julai, apalah nilai RM720. Apa-apa pun, saya ucapkan Alhamdulillah juga sebab keperihatinan kerajaan berhubung bekas pesara kerajaan.
Banyak lagi yang kerajaan umumkan melalui Bajet 2009 yang tidak perlu saya jelaskan semuanya kerana akhbar telahpun jelaskan dengan panjang lebar. Secara jujurnya, pemberian kerajaan amat saya hargai. Namun, saya masih mempersoalkan adakah semua yang diumumkan itu benar-benar sampai ke akar umbi, yakni rakyat?
Tepuk dada, tengok sekeliling. Sekadar untuk renungan bersama,
Jumlah Bajet 2009 RM207.9 bilion, yakni RM154.2 bilion bagi peruntukkan mengurus, dan RM53.7 bilion untuk peruntukan pembangunan.
KDNK setengah tahun 2008 - 6.7 peratus
Inflasi Julai - 8.5 peratus
Pix by Reuters
No comments:
Post a Comment