Friday, September 5, 2008

Datuk Zainal KP DBP

Setelah beberapa bulan, khabarnya Kementerian Pelajaran sudah ada calon yang sesuai berhubung siapa yang akan mengisi kekosongan kerusi Ketua Pengarah DBP yang kosong sejak kontrak Datuk Firdaus Abdullah tidak disambungkan semula.

Pelbagai peristiwa berlaku di DBP semenjak jawatan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP dipegang oleh bekas staf juga yakni Datuk Johan Jaafar. Pelbagai versi cerita yang kedengaran walau tidak diketahui yang mana benar atau sebaliknya. Yang jelas, hubungan Kesatuan Sekerja DBP dengan pihak pengurusan DBP berada didalam keadaan "tenat". Itulah yang kerap dan prnah disairkan dalam akhbar Harakah.

Apa-apa pun khabar gembira mungkin sudah ada bila terdengar maklumat di Kementerian Pelajaran bahawa Ybhg. Datuk Zainal Abidin Bin Borhan, dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah DBP yang baharu. Butiran mengenai Datuk Zainal boleh didapati di laman ini:
http://umexpert.um.edu.my/cv_papar.php?id=697939b3eaaee85a1cb404f347795c1d.


Kepada Datuk Zainal, sekalung ucapan tahniah diucapkan, walau pun ketika posting maklumat ini saya tidak pasti sama ada beliau akan menerimanya atau tidak. Yang jelas, beliau adalah calon yang dipilih oleh orang kuat di Kementerian Pelajaran.

No comments: