
Ketika zaman itu, persoalan terawih 8 rakaat atau 20 tidak pernah menjadi persoalan. Geng-geng kita orang kebiasaannya terawih 8 rakaat sahaja walau pun ketika itu tidak pernah tahu pun wujud juga apa yang dinamakan terawih 8 rakaan itu. Kami terawih 8 rakaan kerana saja nak doublekan solat isyak.
Lepas sahaja solat terawih, adalah masa untuk bertukar fikiran berhubung mercun, baju raya, kasut raya dan semuanya berkaitan raya. Sepanjang ramadhan, terawih dan tanggungjawab selama sebulan sebagai penyedia minuman kepada jemaah tidak pernah ditinggalkan. Walau pun begitu, peluang bermain mercun termasuklah mercun buatan sendiri dan meriam buuh tidak pernah ketinggalan. Dalam bab ini pengurusan masa yang kami dan geng-geng praktikkan benar-benar telah berjaya membentuk peribadi kami sehingga ke hari ini.
Menjelang seminggu untuk beraya, pastinya perancangan kami and the geng bertambah rancak. Sasaran rumah untuk diziarah time raya yang memberi duit raya paling besar sudah semestinya berada dalam senarai teratas dalam minda kami. Ternyata perancangan yang teliti pastinya membuahkan hasil disamping pelan kecemasan jika berlaku saat rumah yang menjadi sasaran ziarah tiada di rumah disebabkan beraya di kampung dan sebagainya.
Yang pasti dan benar, saat beraya di zaman kanak-kanak dan persekolahan tetap menjadi kenangan paling indah. Peredaran zaman kekadang membuat saya berfikir adakah kanak-kanak di zaman ini benar-benar mengalami keseronokan seperti di zaman saya dahulu? Rasanya tidak sebab dunia hari ini semua memerlukan wang ringgit untuk memiliki semuanya, walhal zaman kita orang dahulu dibentuk oleh kreativiti. Apa-apapun, saya bersyukur di atas nikmat yang Allah kurnaikan. Alhamdulillah.
Pix by AFP
No comments:
Post a Comment