Friday, March 18, 2011

Merentasi Awan Jahat : Versi Congkak dan Futsal

Terlalu banyak task aku terpaksa kejar dan akibatnya blog lama tidak aku updatekan. Walau tidak ada sesiapa pun yang akan memarahi aku, namun merupakan ‘Arahan Tetap’ untuk diriku sendiri agar dapat update blog setiap mingu, sekurang-kurangnya, atau melaporkan apa-apa jua aktiviti yang aku lakukan seadanya melalui blog.

Objektif aku dengan berkaitan blog ialah memastikan aku terus menulis dan menulis. Sejak kembali bekerja atas urusan rasmi dari Miri, Bintulu dan Sibu, perjalanan aktiviti aku terus berkembang dengan pelbagai lagi aktiviti lain. Antanya yang aku cadang untuk lapor dalam blog kali ini ialah perjalanan serombongan ahli kelab kami ke kuala lumpur sambil bersukan dan shopping.

Selama bekerja dengan organisasiku sekarang, ulang alik ke Kuala Lumpur atas urusan rasmi merupakan sesuatu yang biasa. Terima kasih kerajaan Malaysia dan organisasiku. Namun, dalam banyak kali pemergian ini, hanya beberapa kali aku akan pergi secara berombongan dengan rakan staf pejabat kami yang lain. Seingat aku, atas nama kelab di jabatanku, dan pergi ke Kuala Lumpur menggunakan peruntukan kewangan kelab, maka ini adalah yang pertama kalinya. Boleh dikatakan pemergian kali ini, secara A – Z nya ditanggung oleh kelab. Terima kasih kepada pengurusan kelab kami bagi sesi kali ini yang kreatif dan bijaksana dalam mengumpulkan wang, serta seterusnya dimanfaatkan oleh ahlinya. Tahniah!

Pemergian rombongan kami yang pada asalnya seramai 20 orang, berkurangan sehingga 18 orang disebabkan alas an pihak pengurusan (tidak membenarkan beberapa orang staf mengikuti atas alas an perkhidmatan) dan penarikan beberapa orang lain atas masalah peribadi. Secara bersahaja, aku mendengar juga rungutan pengerusi Kelab kami yang sedikit kesal kerana penarikan diri dan alas an pengurusan dijadikan alasan kerana tiket sudah pun dibelikan. Bila tiket sudah dibeli, untuk menebus semula adalah suatu yang merugikan kerana ianya melibatkan penambahan RM. Yang jelas, aku yakin, pihak pengurusan akan membayar wang yang hangus itu, dan mereka yang menarik diri, juga bersetuju untuk membayar balik harga tiket tersebut. Inilah kesefahaman dan ‘bestnya’ organisasi aku yang memahami akan tanggungjawab dan komitmen mereka sendiri.

Kali ini kami ke Kuala Lumpur untuk bersukan. Kemenangan bukan misi utama. Ada lagi misi yang lebih besar berbanding kemenangan yang bersifat sementara. Misi kami ialah mengeratkan lagi hubungan yang terjalin antara pihak di ibu pejabat dan cawangan. Itu yang utama. Hubungan yang sedia ada erat terjalin, akan kami simpulkan agar tetap kekal erat dan penuh sefahaman. Inilah misi dan harapan utama kami sebagai penyambung, dan bakal pewaris kepimpinan sedia ada.

Cabaran yang organisasi kami hadapi ketika ini memerlukan barisan staf sedia ada bersatu. Dalam keadaan yang sama, untuk menyatukan manusia bukanlah suatu yang mudah. Kami menyedari akan hal ini, dan untuk itu kami juga yakin, untuk bersatu tidak akan dapat dilaksanakan melalui gerak geri kepimpinan sahaja atau melalui memo atau pekeliling.

Sikap manusia yang pelbagai memerlukan kita merancang sesuatu yang menarik minat manusia untuk sama turut serta dalam sebarang aktiviti yang menjurus kepada kesatuan, dan penganjuran aktiviti bersifat sukan, dan sekali gus lawatan ini merupakan salah satu ideanya yang manusia pasti akan suka.

Pelaburan sedikit RM akan memberikan kesan jangka panjang. Hal inilah yang kerap dan selalu diwar-warkan yakni perjuangan itu perlukan pengorbanan. Inilah pengorbanan yang dilakukan oleh kelab kami sebagai salah satu misi jangka panjang untuk kelab dan organisasi.

Perjalanan kami bermula pada hari Jumaat. Awan jahat yang tebval menguasai laluan Kuching – Kuala Lumpur, memberikan debaran kepada kami yang menaiki pesawat syarikat penerbangan murah ‘luar biasa’ itu. Keseronokan bersama-sama rakan-rakan lain dalam satu pesawat, serta diselitkan dengan pelbagai gurauan, Berjaya menepis kegusaran dan rasa takut berhubung apa yang berlaku. Benar! Gegaran dalam pesawat kali ini amat mendebarkan.

Sebaik pesawat mendarat di tempatnya, timbul pelbagai kelucuan bila melihat riak wajah rakan-rakan lain yang lega sebab azab kegerunan sudah tiada lagi. Sambutan oleh pihak ibu pejabat dengan bas mewahnya berwarna hijau, sedikit sebanyak memberikan tanggapan akan ketulusan pihak mereka menyambut kehadiran kami.

Aktiviti pertama kami di Kuala Lumpur ialah makan malam di Restoran 1Malaysia. Secara kebetulan sesuai dengan namanya, menambahkan lagi keghairahan kami merealisasikan konsep ukhuwah. Kekadang, dalam sibuk menjalankan tugas seharian, hal-hal sebegini kita lupakan.

Keesokan harinya kami memulakan misi kami dalam pertandingan sukan, yakni badminton, karom, congkak dan futsal. Pasukan badminton kami pada penilaianku, memang mantap dan ligat. Cuma, mungkin kurang latihan bersama, lantaran tidak ada lagi tempat latihan kami di pejabat seperti sebelumnya.

Berdasarkan persembahan yang ditunjukkan, wira pejuang kami, misi kemenangan bukan yang utama, tetapi lebih kepada kepuasan bermain dan mengeratkan ukhuwah. Kami kalah tipis (kalah bermaruah?) kepada lawan yang sememangnya mengaum menunggu kehadiran skuad kami.

Congkak, permainan tradisional yang kerap kita dengar, tapi tidak semua kita pernah bermain permainan tersebut. Yang menariknya skuad hawa kami memberitahu dengan sejujurnya, inilah pertama kali mereka bermain congkak. Agak lucu dalam pertandingan, bagi yang bertanding inilah kali pertama mereka bermain congkak. Dan keputusan pertandingan sudah dapat di agak, kami kalah tipis juga. Sebagai hukuman kepada skuad hawa yang kalah, secara gurauan kami memberitahu bahawa masa untuk mereka membeli-belah di Jalan TAR, akan disingkatkan. Gurauan yang meriuhkan lagi suasana pertandingan.

BIla dinamakan pertandingan, sebaiknya kita ada persiapan mental dan fizikal. Paling tidak pun latihan. Tetapi hal ini tidal berlaku kepada skuad kami lantaran pengendalian projek dan kerja rasmi seharian yang tidak putus-putus, dan sebelah malamnya pula menguruskan beberapa kerja lain yang terpaksa juga dilakukan untuk menjaga hubungan dengan pihak lain. Masa tidur malam hanya ada sekitar 5 atau 4 jam sahaja sepanjang minggu sebelum ke sini.

Selain daripada itu, aku telah diminta oleh seorang kawan untuk draf teks ucapan ketua menteri Sarawak dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak bagi satu majlis yang akan berlangsung pada 22 Mac depan. Aku membahagikan masaku kepada beberapa bahagian untuk tujuan menguruskan kesmuanya. Masa yang terlaung aku manfaatkan untuk menyiapakan teks ucapan berkenaan. Namun, bila menulis sudah semestinya akan nada yang kita sendiri tidak puas hati, dan akan memperbetulkannya sehinggalah pada kita sempurna dan bermutu. Itulah jua berlaku dalam kes aku menyiapkan teks tersebut.

Alhamdulillah, sehingga ke lewat malam 18 Mac aku masih duduk di hadapan laptop ini sambil menaip teks ucapan TKM Sarawak yang pada masa yang sama aku benar-benar tidak ada idea menulisnya. Mungkin disebabkan faktor kepenatan dan masa, (aku diminta emel sebelum 19 Mac 20111) benar-benar aku akui memang tidak ada idea, lagipun latar majlis berkenaan aku tidak diberitahu secara jelasnya.

Berbalik kepada cerita karom, aku diminta untuk bermain secara regu berpasangan. Sememangnya aku meminati bermain karom, namun pengalaman aku bermain karom hanyalah di peringkat organisasi sahaja. Satu hal yang menarik berlaku ketika di pertandingan karom kali ini ialah papannya teramat licin bagiku. Selama usia sehingga sekarang ini, aku tidak pernah jumpa papan karom yang licin seperti itu. Agak kelakar juga bila bermain, aku tidak dapat mengawal kekuatan untuk menjentik buah karom.

Persaingan beregu ini amat mencabar dan menarik sekali. Rasanya dengan 6 buah pasukan yang bertandingan, meja kami yang menjadi perhatian. Hal ini disebabkan perlawanan rancak kami. Bunyi sokongan dan tepukan menguasai persekitaran perlawanan kami, dan akhirnya kami tumbang selepas satu buah hitam yang sipi masuk ke lubuangnya, walaupun sudah bermain secara 5 set!

Kami pasrah dengan kekalahan setelah berjuang ini, ayat untuk menyejukkan hati sendiri. Jam 1230 tengah hari kami bertolak ke ‘stadium futsal’ di ampang. Semangat untuk bermain berkobar-kobar, sebabnya sukan futsal menjadi kegemaran setiap kali selepas habis waktu pejabat. Walaupun bukan bertaraf ‘hero’ dalam pasukan, yang penting senaman dilakukan.

Memang dalam kumpulan kami terdapat beberapa orang yang hebat persembahannya bila bermain futsal. Pada aku mereka ini memang orang yang berstamina. Salah seorang daripada mereka ialah Mazlan. Bila melihat persembahannya ketika bermain, aku pasrah, Tuhan Maha Adil, walau aku tidak sehebat Mazlan, tapi aku juga berpeluang bermain bersama Mazlan...Ayat motivasi yang bagus untuk diri aku sendiri.

Sebaik tiba di ‘stadium futsal’, skuad futsal kami terkejut seketika kerana dimaklumkan bahawa kami akan bermain di gelanggang utama futsal, yakni yang bersaiz standard FIFA. Walhal kami di Kuching kerap berlatih dan bermain di padang futsal bersaiz gelanggang tenis. Dsebabkan itu, secara beransur-ansur memberikan kesan psikologi kepada skuad kami yang sememangnya kurang berlatih, dan ketidakupayaan bertahan dari segi tenaga untuk bermain dalam gelanggang sebesar itu.

Keputusannya sudah diramail, kami kalah tipis juga...ada yang bertanya apa bezanya kalah tipis dan kaalah. Jawapan aku mudah sahaja, kalah tipis bermaksud kalah dengan argriget yang tidak terlalu besar. Kalau 18-1 itulah kalah. Ayat motivasi yang bagus untuk diri sendiri.

Pada sebelah malamnya kami dipelawa ke majlis makan malam meraikan kami. Seekor kambing dikorbankan dan dipanggang untuk meraikan kami. Majlis yang diserikan dengan ucapan oleh wakil Ketua pengarah kami, pengerusi badan keluarga organisasi kami dan pengerusi badan keluarga kami itu, diserikan dengan persembahan karaoke dan pertukaran hadiah dan cenderamata.

Aku suka suasana santai majlis tersebut. Inilah peluang untuk kami mengeratkan lagi hubungan dan bersembang. Dan itulah berlaku kepada 18 orang kami yang memanfaatkan ruang dan peluang tersebut. Malam semakin larut dan kami akhirnya meminta izin pulang ke hotel.

Malam ahad adalah malam jem di Kuala Lumpur. Kami menikmatinya, dan secara sedar aku terfikir, Kuala Lumpur bukan bergelar kuala lumpur kalau tidak mengalami kesesakan. Sesampainya kami di hotel jam sudah menunjukkan hamper jam 12 malam.

Catatan ini adalah untuk seharian ini. Aku bersyukur kerana dengan kesibukan yang seadanya, aku dapat juga melaksanakan segala perintah-NYA, dan memastikan ahli keluargaku sejahtera semuanya secara jarak jauh. Kepada semua rakanku yang terlibat dalam rombongan kali ini, terima kasih kerana gurauan dan ketawa kalian semua membuatkan kepenatan dan keletihan dalam mengurus dan mentadbir semuanya menjadi kepuasan dalam memberikan khidmat terbaik kepada kalian. Terima kasih dan Alhamdulillah.

Sunday, February 27, 2011

Luka Darul Hana: Berjaya Dalam Luka

Kerana komunikasi, aku menjadi mangsa keadaan. Seharusnya aku berada di Dewan Sekolah SMK Methodist, Sibu jam 7.30 malam, namun disebabkan masalah komunikasi, 'bodyguard' ku yang sasar hanya menjemputku di hotel pada jam 8 malam. YB Awang Bemee, berkali-kali menghubungi hp ku untuk bertanya sama ada aku sudah berada di dewan atau belum. Sekitar jam 3, aku menghubungi sebanyak mungkin 'orang berpengaruh' di banadar Sibu, untuk sama-sama hadir menyaksikan persembahan teater kali ini.


Berkat usaha, aku berjaya mendapatkan dua orang yang berpengaruh di bandar Sibu untuk hadir menyaksikan persembahan pada malam tersebut. Namun, disebabkan hal-hal yang diluar aku jangka, salah seorangnya mengundurkan diri bila mengetahui seorang yang lain juga berpengaruh hadir ke majlis tersebut. Biarlah, janji majlis yang aku uruskan mencapai kehendak seperti mana yang aku mahu.

Rakan-rakan dari pejabat residen Sibu, memang banyak membantu. Amat aku hargai, dan sebagai penghargaan, aku akan pastikan mereka menerima cenderamata daripada pihak produksi. Dengan kecekapan mereka, sebanyak 200 orang penonton hadir menyaksikan persembahan pada malam tersebut. Mereka termasuklah ketua kaum, ketua jabatan atau wakil ketua jabatan. Tanpa pertolongan mereka, pasti persembahan kali ini tidak akan menjadi kenyataan. Terima kasih daun keladi...

Alhamdulillah, persembahan diteruskan sebaik jam 2015 malam. Dengan kehadiran sekitar 200 lebih, ruang dewan sekolah yang besar itu sedikit nampak cacat. Namun, itu bukan halangan utk meneruskan persembahan tersebut. Secara peribadi, aku berpendapat jumlah kehadiran penonton sebanyak itu sudah memadai berdasarkan beberapa sebab. Pertama; ini adalah pementasan pertama teater oleh majikanku di bandar Sibu. Dan keduanya; dengan memandangkan sistem siar raya di sekolah berkenaan adalah jenis untuk kegunaan sekolah, dan reka bentuk dewan yang tidak sesuai untuk persembahan teater, maka ada baiknya bilangan penonton tidak banyak. Dikhuatiri jika jumlah penonton yang banyak, suara pelakon tidak didengari, lantaran reka bentuk dewan yang sebegitu rupa.

Ketika persembahan sedang berlangsung, aku dapati penonton menghayati seadanya setiap babak yang dipersembahan. Mereka menempukan sepenuhnya tumpuan. Hal ini begitu mengembirakan aku sebab itu yang aku mahukan - penonton menghatai persembahan berkenaan. Tidak ada maknanya membawa persembahan teater ke bahagian lain jika penonton sekadar hadir menonton, bukan menghayatinya. Menghayati akan membawa kepada kesan jangka panjang. Manakala sekadar menonton, umpama makan dan kenyang, lantas tidur.

Selama 1 jam 45 mnit, persembahan pun selesai, dan aku merupakan salah seorang yang gembira sebab perencanaan persembahan malam tersebut berjaya. Ada saatnya hanya aku yang mengetahui kenapa persembahan kali ini bermakna kepada aku. Rupanya, pengarah teater kali ini berkongsi rasa dengan aku. Secara sepontan kami berdua yang seolah-olah menjadi individu yang paling gembira dan ceria.

Banyak catatan lain yang hendak dikongsi, namun disebabkan beberapa perkara, aku akur untuk menjaga hati semua pihak. Yang jelas, pementasan kali ini berjaya. Masalah yang menunggu ku akan aku critakan selepas ini.

Saturday, February 26, 2011

Bila Walkie Talkie Hilang...

Jika pembaca melalui jalan darat dari Serian ke Miri, pasti hampir disepanjang pembaca akan melihat atau bertemu dengan pelbagai nama rumah panjang. Namun, ejaan rumah bagi maksud yang berkenaan di ringkaskan menjadi RH sahaja. Sebagai contoh RH Edward, adalah merujuk kepada rumah panjang edward.

Dalam hal Hotel RH, RH itu menunjukkan rumah juga, cuma secara kebetulan RH itu juga adalah singkatan kepada nama tuan punya hotel tersebut, Rimbunan Hijau., salah sebuah syarikat konsesi balak yang ada sijil halal oleh kerajaan negeri Sarawak dan Malaysia.

Program kami di Sibu ada dua, pertamanya menganjurkan bengkel dan pementasan teater. Pementasan teater 'Rosli Dhoby: Luka Darul Hana' seingat aku adalah yang pertama seumpanaya anjuran kami di luar Kuching, dan di bumi kenyalang. Sejak di Kuching, aku memang resah memikirkan bagaimana berakhirnya pementasan ini dilakukan di luar Kuching. Kereshan aku disebabkan beberapa perkara; pertama, aku tidak melihat akan 'keseragaman' idea pengarah dipraktikkan oleh krew. Kedua, ini kali pertama aku melihat sbuah produksi yang pada pendapat aku, agak sibuk dengan hal-ahal lain sehingga aku terfikir adakah mereka fokus kepada lakonan mereka? hal ini disebabkan, sebelum mereka ke Sibu, sebahagian pelakon terlibat dalam pementasan satu lagi teater lain iaitu Darul Hana. Ketiga, pengurusan produksi kali ini akan bercelaru. Itu ayat yang boleh aku katakan dan tidak mahu nak ulas panjang.

Kegusaran yang pertama aku rasai ialah apabila pada hari ini sebelum pementasan, berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan. Alhamdulillah, semuanya dapat diatasi, namun misteri 'yang berlaku' itu masih aku fikirkan sampai ke saat ini.

Apakah yang berlaku? Dan kenapakah ianya berlaku? bagaiman pementasan teater tersebut? Berjaya? Atau tidak dipentaskan? Tunggu post kemudian...

Thursday, February 24, 2011

Perjalanan Ke Sibu

Untuk dua minggu akan datang ini, aku akan ke bandar Sibu, Miri dan Bintulu. Misinya, urusan kerajaan yang tidak perlu aku perincikan. Perjalanan aku kali ini hanya bersama pemandu kami yang sasa bentuk badannya. Jika orang melihat gaya dan susuk badannya, sekali imbas pasti orang akan menyangkakan bahawa beliau adalah seorang body guard saya atau kami. Itulah kelebihan saudaraku itu.

Hujan diawal perjalanan mendesak aku dan pemandu kami untuk bersarapan dahulu. Perjalanan ke Sibu yang dicadangkan sewal jam 5 pagi menjadi agak terlewat disebabkan ada beberapa perkara berkaitan keluarga yang perlu aku selesaikan. Kami singgah minum di kedai yang dikenali sebagai 'Rojak Kucei', di kawasan Batu Lintang.

Penduduk di bandaraya Kuching jika disebut rojak kucei, pasti tahu dimana lokasinya, iaitu di kawasan Batu Lintang. untuk lebih terperinci, belakang bangunan tempat dimana persatuan orang buta membuka pusat urut. Cerita mengenai rojak kucei, semua orang setuju dengan kesedapan kuahnya. Cuma yang dikesalkan, kenapa hanya ada satu sahaja kedai roajk kucei di bandaraya Kuching?

Walhal pelanggannya dari seluruh pelusok bandaraya Kuching. Tidak terfikirkah tuan punya untuk membuka rantaian cawangan di beberpa tempat di Tabuan Jaya, taman Suka atau di Taman Matang Jaya? Sebabnya, jika kita ke sana, semua yang datang menikmati rojak ucei adalah kalangan pekerja dari sekitar bandaraya Kuching termasuk Petra Jaya, dan tidak terkecuali rakan-rakan yang bekerja di Wisma Bapa Malaysia.

Justeru, adalah wajar tokey kepada rojak kucei mengambillkira pendapat ini sebab jika kuahnya menjadi rahsia keluarga, maka lakukankanlah dengan penuh rahsia juga. Jika KFC masih dapat mengekalkan resipinya kenapa tidak kita. Cadangan ini bukan untuk keuntungan saya, tapi kepada tuan tokey rojak kucei.

Sepinggan rojak kucei memang tidak akan puas, namun hari ini aku berkongsi dua pingan dengan body guard kami. Hujan lebat dan kesejukan pagi diatasi dengan minum minuman panas. Teh O tetap menjadi pujaan hati ku.

Perjalanan ke Sibu kami teruskan dan hanya singgah di tempat istirehat di Temudok. Sri Aman terkenal dengan buaya Bujang Senang, manakala Temuduk pula terkenal dengan ikan masak  asamnya, dan juga  pulut panggang yang bersaiz BESAR dan sedap.

Kami singgap di Temudok hanya untuk merenggangkan badan yang kepenatan duduk lama dalam kereta. Tidak ada apa-apa yang menarik di Temudok yang membuat kami berhenti lama. Perjalanan kami teruskan sehinggalah sampai ke Sibu.

Sepanjang perjalanan ke Sibu, aku sellalu berfikir untuk kesekalian kalinya, jika di Brunei, aku pernah mendengar seorang kawan memberitahu bahawa seorang anggota pasukan keselamatan yang berpencen penuh (genap 58 atau 60 tahun) , maka kerajaan Brunei akan memberi sebidang tanah kepadanya sebagai kurnia untuk aktivitinya semasa pencen.

Bumi Sarawak amat luas...kekadang terdetik juga di hatiku agar kerajaan negeri yanga da sekarang turut mempraktikkan juga. Bagi ku apa guna keluasan Sarawak jika keuntungan nya hanya dinikmati oleh segelintir pihak sahaja.Pada jangkaan dan pengiraan ku jika tanah di Sarawak diagihkan setiap lot kepada setiap kakitangan awam negeri dan swasta atau penduduk tetap kod 13 negeri ini yang sudah berusia 30 tahun, pasti tanahnya masih mencukupi. Tidaklah pemandangan di setiap jalan diliputi hutan disepanjang jalan.

Ada juga sekurang-kurangnya rumah dan sesekali bergilir dengan pemandangan hutan dan rasa bosan disepanjang perjalanan tidaklah ke tahap yang amat membosankan. Pulak tu, sahabat body guard aku itu suka mendengar lagu-lagu jiwang yang bertentangan sekali dengan jiwa selapis heavy metal yang masih ada pada diriku, walau usia sudah mencecah ke tahap muda tua...

Di bandar Sibu, aku duduk di hotel RH. Apa maksud RH, dan kenapa dinamakan RH? Jawapannya pada post akan datang...Aku penat dan nak berendam sebelum berehat menonton tragedi di Libya.

Monday, February 14, 2011

Ya Rasulullah...

 Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

 Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu
Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Wednesday, February 9, 2011

Bila PM Menemu Duga ADUN SARAWAK...

Satu Malaysia mengetahui bahawa Perdana Menteri, Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak, telah mengadakan pertemuan tertutup dengan 63 orang ADUN Sarawak. Setiausaha Barisan Nasional, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sesi pertemuan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Perdana Menteri di bawah Program Transformasi Politik beliau. Kalangan pemerhati politik, semuanya meramalkan itu tandanya pilihan raya Sarawak akan diadakan tidak lama lagi. Malah ada juga yang membuat spekulasi bahawa pertemuan tersebut akan digunakan sebaiknya oleh Perdana Menteri untuk menilai kewajaran atau sebaliknya pilihan raya DUN Sarawak dan pilihan raya umum ke-13 dia diakan serentak.
          Desas-desus bahawa kemungkinan pilihan raya DUN Sarawak akan diadakan serentak dengan pilihan raya umum (PRU) ke-13, kerana Sarawak merupakan negeri yang mengadakan pilihan raya DUN yang berasingan dengan PRU sejak 30 tahun lalu. Spekulasi menjadi semakin rancak kerana pilihan raya DUN Sarawak perlu diadakan sebelum Julai depan, manakal PRU ke-13 pula mesti diadakan selewat-lewatnya bulan Mac 2013.
          Mantan Pengarang akhbar New Straits Time, Dato A. Kadir Jassin, menulis dalam blognya meramalkan bahawa PRU ke-13 mungkin akan diadakan seawal bulan Mac depan. Hal ini kerana Perdana Menteri Mohd Najib mahukan mandatnya sendiri dan angka 11 adalah nombor “bertuah” beliau, lantas kenderaan bermotornya berangka plat 11. Alasan yang lebih serius ialah keyakinan beliau bahawa BN sudah cukup pulih dan bersedia untuk menghadapi pengundi. Ramalan ini dikukuhkan oleh keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 30 November tahun lalu yang menangguhkan selama 18 bulan pemilihan parti yang sepatutnya berlangsung tahun ini.
          Ini diikuti oleh pelantikan Pengerusi Perhubungan Umno bagi negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu. Walaupun PM cuba meredakan spekulasi dengan mengatakan penangguhan pemilihan UMNO bukannya perkara luar biasa kerana ia dibenarkan perlembagaan dan pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini, namun ramai yang tidak yakin. Kemudian, ketika bercakap kepada wartawan Malaysia di Phnom Penh pada 2 Disember tahun lalu, PM berkata PRU akan datang akan menjadi “hari penentuan” bagi BN.
          Mesej Perdana Menteri yang lebih utama adalah kelangsungan BN sebagai parti peneraju pemerintahan. Katanya, sama ada PRU diadakan awal atau lewat, keputusannya kelak akan menjadi petanda kelangsungan BN.
Petanda PRU Mengejut
Daripada tanda-tanda yang semakin banyak muncul, Perdana Menteri nampaknya tidak akan menunggu sehingga saat akhir untuk mengadakan PRU atas sebab-sebab berikut:-
1. Beliau yakin kedudukannya cukup kuat untuk mengharapkan prestasi lebih baik daripada PRU 2008;
2. Beliau mahu mengambil kesempatan daripada “kebaharuan” kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk merayu diberi peluang memerintah dengan mandat sendiri;
3. Beliau yakin beliau boleh mengulangi rekod Perdana Menteri sebelum beliau yang semuanya menang besar dalam PRU pertama masing-masing;
4. Beliau yakin perubahan kepemimpinan parti-parti komponen utama BN – MCA dan MIC – mula mengembalikan sokongan bukan Melayu;
5. Beliau yakin segala dasar, pelan dan projek yang beliau perkenalkan mula berhasil dan mendapat sokongan rakyat jelata;
6. Beliau tidak mahu tunggu lama kerana bimbang suasana ekonomi yang semakin cerah sekarang tidak mampu bertahan lama. Seperti diumumkan, kadar pertubuhan kasar ekonomi suku tahun telah mula menurun; dan
7. Beliau mahu mengambil kesempatan daripada suasana yang tidak menentu dalam parti-parti Pakatan Rakyat, khasnya Parti Keadilan Rakyat.
          Manakala di pihak kerajaan Barisan Nasional Sarawak pula, pilihan raya DUN tetap akan diadakan waima bagaimana sekali pun kerana tempoh penggal sudah ranum, dan hampir masak. Tarikhnya hanya menunggu pengumuman oleh Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi BN negeri.
          Realitinya, semua politikus sudah bersiap sedia dengan tarikh pilihan raya yang akan diumumkan. Namun apa yang penulis anggap lebih menarik ialah bila keluar kenyataan yang bernada ego dan tidak profesional daripada ADUN Sarawak semasa di temu bual oleh PM.
          Malaysiakini edisi Bahasa Melayu melaporkan di bawah tajuk Jumpa Najib: Sesetengah ADUN BN menipu, memperlihatkan akan ketidakprofesionalan ADUN kita yang mana fungsi utama ADUN adalah memberikan khidmat kepada rakyat.
          ADUN N.16 Bengoh. Dr Jerip, seorang pengamal perubatan seperti dipetik oleh Malaysiakini berkata, perdana menteri kelihatan marah apabila mendapati sesetengan ADUN tidak memberikan cerita yang sebenar mengenai kawasan mereka.
          "Beliau (Perdana Menteri) memiliki semua maklumat yang tercatat dalam buku nota bagi setiap ADUN yang diperolehi dari BN.  Maklumat ini dikumpulkan oleh Cawangan Khas, Jabatan Penerangan dan agensi-agensi yang berkaitan berhubung setiap ADUN. Walaupun kami bertemu satu dengan satu dengan perdana menteri, tetapi mereka yang menunggu di luar boleh mendengar perbualan yang berlangsung.
          "Saya terdengar ada yang cuba untuk mengatakan sesuatu, tetapi Najib yang menyelak halaman buku notanya dan bertanya 'awak pasti? 'dengan suara yang jelas," kata Dr Jerip, yang juga ADUN Bengoh.
          Beliau memberikan contoh, apabila perdana menteri bertanyakan tentang demografi penduduk, beberapa ADUN jelas tidak dapat memberikan jawapan dan cuba menukar tajuk. "Perdana Menteri tidak senang dengan jawapan seperti itu," katanya.
          Menurutnya, perdana menteri dilaporkan berkata pengetahuan mengenai demografi penduduk adalah penting bagi menentukan pola pengundian sesuatu kawasan dan masyarakat.
          Hal yang sama diberitahu oleh Datuk Haji Daud  Abdul Rahman, ADUN N.6 Tupong.  Beliau yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan menteri mudadi pejabat ketua menteri berkata sesetengah ADUN menanggap diri mereka sebagai luar biasa kemampuan mereka. Menurutnya lagi, tidak ada gunanya berbohong atau terlalu memuji diri mereka sendiri di hadapan perdana menteri kerana Najib tahu perkara yang sebenarnya.
          "Apabila mereka terlalu memuji diri sendiri, perdana menteri terus menegur mereka. Najib tidak menyembunyikan rasa tidak senangnya pada ADUN seperti itu, "katanya yang juga ADUN Tupong.
          Realitinya, ADUN yang tidak mengetahui pola demografi penduduk kawasan masing-masing, adalah suatu yang sukar diterima dalam era kemajuan pesat teknologi maklumat sekarang. Apa gunanya memakai Blackberry jika kawasan sendiri tidak diketahui demografi penduduknya? Sudah sampai saatnya, ADUN yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka ditukar kepada ADUN yang baharu. Dalam soal kepimpinan dan tanggungjawab kepada rakyat, setiap pemimpin politik harus berbalik kepada slogan yang telah menjadi pegangan mereka ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Hal ini harus dilakukan bagi memastikan Barisan Nasional tetap memerintah negeri ini.

Saturday, February 5, 2011

It's All Over....

Never ones to lose heart, Egypt's pro-democracy protesters have called today's rally in Tahrir Square the 'Day of Departure'. And as the crowds gathered after Friday prayers for another push to get President Mubarak to leave office, there was a growing sense that they might be about to get their way.

The army presence is stronger, but reports suggest the soldiers are there to protect the protesters against further attacks from the thugs on horseback who wreaked havoc on Wednesday.

Speaking to the ABC reporter Christiane Amanpour on Thursday, Mubarak said he wished he could go now, but felt bound to stay on to save Egypt descending into chaos and the country falling into the hands of the Muslim Brotherhood.

This threat, of course, is nothing new - it's exactly what has kept Mubarak safe in his job in recent years.

As with any other dictator, it is the fear of what will happen without him, as much as any regional peace-keeping favours he can do for the West, that keeps him in power.

The fact that the Muslim Brotherhood will almost certainly not be running this secular country the moment Mubarak's plane leaves the tarmac has not stopped the embattled president keeping up the pretence.

Overnight, the New York Times has reported that the White House is still trying to bend Mubarak's arm and make the 'Day of Departure' a reality. Their proposal, according to the NYT, is for Mubarak to resign immediately, turning over power to "a transitional government headed by Vice President Omar Suleiman with the support of the Egyptian military".

So far, the White House has neither denied nor confirmed the report, but it sounds about right.

However, The First Post's commentator Alexander Cockburn has made the point persuasively that the US authorities know Omar Suleiman only too well, and for all the wrong reasons.

As Mubarak's intelligence chief, Suleiman was pivotal to the US torture and rendition programme. On one infamous occasion, when overseeing the torture of Australian national Mamdouh Habib, Suleiman ordered a guard to drag in a shackled Turkistan prisoner and murder him in front of Habib.

At least Suleiman would only be temporary under the Obama plan, until free and fair elections can be organised in September. But that is eight very long months away and the need for change is immediate.

One of the best articles on the unfolding Egyptian story I've read in recent days is by the Arabist Nadim Shehadi, for the Chatham House think tank.

Shehadi makes these two points among others: First, dictators, unlike democratically elected leaders, rely on their legitimacy, which they must maintain all the time. "Once this fallacy is exposed, down goes the regime."
Second, the protests in Egypt and elsewhere are probably a ripple effect that began with the fall of the statue of Saddam Hussein in 2003. Witnessed on television across the globe, it "broke the taboo of regime change, showing that the mightiest of dictatorships look pathetic after they fall".

It also showed that life can go on when their regimes fall, whatever they might have threatened while in power.  Hence the twitchy behaviour of other leaders in the region in recent days: King Abdullah II of Jordan dismissing his government, the Yemeni President Ali Abdullah Saleh vowing not to stand again after 2013, and President Abdelaziz Bouteflika of Algeria promising to lift the state of emergency imposed way back in 1992.

Shehadi concludes: "What recent weeks have shown is that the stability of authoritarian regimes is an illusion; once you can contemplate life beyond them, they have already collapsed."

Read more: http://www.thefirstpost.co.uk/74674,news-comment,news-politics,mubarak-and-egypt-dictatorships-end-once-the-illusion-is-broken#ixzz1D4Utbz67