Sunday, February 27, 2011

Luka Darul Hana: Berjaya Dalam Luka

Kerana komunikasi, aku menjadi mangsa keadaan. Seharusnya aku berada di Dewan Sekolah SMK Methodist, Sibu jam 7.30 malam, namun disebabkan masalah komunikasi, 'bodyguard' ku yang sasar hanya menjemputku di hotel pada jam 8 malam. YB Awang Bemee, berkali-kali menghubungi hp ku untuk bertanya sama ada aku sudah berada di dewan atau belum. Sekitar jam 3, aku menghubungi sebanyak mungkin 'orang berpengaruh' di banadar Sibu, untuk sama-sama hadir menyaksikan persembahan teater kali ini.


Berkat usaha, aku berjaya mendapatkan dua orang yang berpengaruh di bandar Sibu untuk hadir menyaksikan persembahan pada malam tersebut. Namun, disebabkan hal-hal yang diluar aku jangka, salah seorangnya mengundurkan diri bila mengetahui seorang yang lain juga berpengaruh hadir ke majlis tersebut. Biarlah, janji majlis yang aku uruskan mencapai kehendak seperti mana yang aku mahu.

Rakan-rakan dari pejabat residen Sibu, memang banyak membantu. Amat aku hargai, dan sebagai penghargaan, aku akan pastikan mereka menerima cenderamata daripada pihak produksi. Dengan kecekapan mereka, sebanyak 200 orang penonton hadir menyaksikan persembahan pada malam tersebut. Mereka termasuklah ketua kaum, ketua jabatan atau wakil ketua jabatan. Tanpa pertolongan mereka, pasti persembahan kali ini tidak akan menjadi kenyataan. Terima kasih daun keladi...

Alhamdulillah, persembahan diteruskan sebaik jam 2015 malam. Dengan kehadiran sekitar 200 lebih, ruang dewan sekolah yang besar itu sedikit nampak cacat. Namun, itu bukan halangan utk meneruskan persembahan tersebut. Secara peribadi, aku berpendapat jumlah kehadiran penonton sebanyak itu sudah memadai berdasarkan beberapa sebab. Pertama; ini adalah pementasan pertama teater oleh majikanku di bandar Sibu. Dan keduanya; dengan memandangkan sistem siar raya di sekolah berkenaan adalah jenis untuk kegunaan sekolah, dan reka bentuk dewan yang tidak sesuai untuk persembahan teater, maka ada baiknya bilangan penonton tidak banyak. Dikhuatiri jika jumlah penonton yang banyak, suara pelakon tidak didengari, lantaran reka bentuk dewan yang sebegitu rupa.

Ketika persembahan sedang berlangsung, aku dapati penonton menghayati seadanya setiap babak yang dipersembahan. Mereka menempukan sepenuhnya tumpuan. Hal ini begitu mengembirakan aku sebab itu yang aku mahukan - penonton menghatai persembahan berkenaan. Tidak ada maknanya membawa persembahan teater ke bahagian lain jika penonton sekadar hadir menonton, bukan menghayatinya. Menghayati akan membawa kepada kesan jangka panjang. Manakala sekadar menonton, umpama makan dan kenyang, lantas tidur.

Selama 1 jam 45 mnit, persembahan pun selesai, dan aku merupakan salah seorang yang gembira sebab perencanaan persembahan malam tersebut berjaya. Ada saatnya hanya aku yang mengetahui kenapa persembahan kali ini bermakna kepada aku. Rupanya, pengarah teater kali ini berkongsi rasa dengan aku. Secara sepontan kami berdua yang seolah-olah menjadi individu yang paling gembira dan ceria.

Banyak catatan lain yang hendak dikongsi, namun disebabkan beberapa perkara, aku akur untuk menjaga hati semua pihak. Yang jelas, pementasan kali ini berjaya. Masalah yang menunggu ku akan aku critakan selepas ini.

2 comments:

MealoversMembawang said...

JAdi, event manager jak u Awang.. Lagik senang . Duit masuk kocek....

MealoversMembawang said...

Biasalah ya.. Bila masa nak dekat election tok.. Susah benar nak carik para YB ...