Satu Malaysia mengetahui bahawa Perdana Menteri, Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak, telah mengadakan pertemuan tertutup dengan 63 orang ADUN Sarawak. Setiausaha Barisan Nasional, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sesi pertemuan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Perdana Menteri di bawah Program Transformasi Politik beliau. Kalangan pemerhati politik, semuanya meramalkan itu tandanya pilihan raya Sarawak akan diadakan tidak lama lagi. Malah ada juga yang membuat spekulasi bahawa pertemuan tersebut akan digunakan sebaiknya oleh Perdana Menteri untuk menilai kewajaran atau sebaliknya pilihan raya DUN Sarawak dan pilihan raya umum ke-13 dia diakan serentak.
Desas-desus bahawa kemungkinan pilihan raya DUN Sarawak akan diadakan serentak dengan pilihan raya umum (PRU) ke-13, kerana Sarawak merupakan negeri yang mengadakan pilihan raya DUN yang berasingan dengan PRU sejak 30 tahun lalu. Spekulasi menjadi semakin rancak kerana pilihan raya DUN Sarawak perlu diadakan sebelum Julai depan, manakal PRU ke-13 pula mesti diadakan selewat-lewatnya bulan Mac 2013.
Mantan Pengarang akhbar New Straits Time, Dato A. Kadir Jassin, menulis dalam blognya meramalkan bahawa PRU ke-13 mungkin akan diadakan seawal bulan Mac depan. Hal ini kerana Perdana Menteri Mohd Najib mahukan mandatnya sendiri dan angka 11 adalah nombor “bertuah” beliau, lantas kenderaan bermotornya berangka plat 11. Alasan yang lebih serius ialah keyakinan beliau bahawa BN sudah cukup pulih dan bersedia untuk menghadapi pengundi. Ramalan ini dikukuhkan oleh keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 30 November tahun lalu yang menangguhkan selama 18 bulan pemilihan parti yang sepatutnya berlangsung tahun ini.
Ini diikuti oleh pelantikan Pengerusi Perhubungan Umno bagi negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu. Walaupun PM cuba meredakan spekulasi dengan mengatakan penangguhan pemilihan UMNO bukannya perkara luar biasa kerana ia dibenarkan perlembagaan dan pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini, namun ramai yang tidak yakin. Kemudian, ketika bercakap kepada wartawan Malaysia di Phnom Penh pada 2 Disember tahun lalu, PM berkata PRU akan datang akan menjadi “hari penentuan” bagi BN.
Mesej Perdana Menteri yang lebih utama adalah kelangsungan BN sebagai parti peneraju pemerintahan. Katanya, sama ada PRU diadakan awal atau lewat, keputusannya kelak akan menjadi petanda kelangsungan BN.
Petanda PRU Mengejut
Daripada tanda-tanda yang semakin banyak muncul, Perdana Menteri nampaknya tidak akan menunggu sehingga saat akhir untuk mengadakan PRU atas sebab-sebab berikut:-
1. Beliau yakin kedudukannya cukup kuat untuk mengharapkan prestasi lebih baik daripada PRU 2008;
1. Beliau yakin kedudukannya cukup kuat untuk mengharapkan prestasi lebih baik daripada PRU 2008;
2. Beliau mahu mengambil kesempatan daripada “kebaharuan” kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk merayu diberi peluang memerintah dengan mandat sendiri;
3. Beliau yakin beliau boleh mengulangi rekod Perdana Menteri sebelum beliau yang semuanya menang besar dalam PRU pertama masing-masing;
4. Beliau yakin perubahan kepemimpinan parti-parti komponen utama BN – MCA dan MIC – mula mengembalikan sokongan bukan Melayu;
5. Beliau yakin segala dasar, pelan dan projek yang beliau perkenalkan mula berhasil dan mendapat sokongan rakyat jelata;
6. Beliau tidak mahu tunggu lama kerana bimbang suasana ekonomi yang semakin cerah sekarang tidak mampu bertahan lama. Seperti diumumkan, kadar pertubuhan kasar ekonomi suku tahun telah mula menurun; dan
7. Beliau mahu mengambil kesempatan daripada suasana yang tidak menentu dalam parti-parti Pakatan Rakyat, khasnya Parti Keadilan Rakyat.
Manakala di pihak kerajaan Barisan Nasional Sarawak pula, pilihan raya DUN tetap akan diadakan waima bagaimana sekali pun kerana tempoh penggal sudah ranum, dan hampir masak. Tarikhnya hanya menunggu pengumuman oleh Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi BN negeri.
Realitinya, semua politikus sudah bersiap sedia dengan tarikh pilihan raya yang akan diumumkan. Namun apa yang penulis anggap lebih menarik ialah bila keluar kenyataan yang bernada ego dan tidak profesional daripada ADUN Sarawak semasa di temu bual oleh PM.
Malaysiakini edisi Bahasa Melayu melaporkan di bawah tajuk Jumpa Najib: Sesetengah ADUN BN menipu, memperlihatkan akan ketidakprofesionalan ADUN kita yang mana fungsi utama ADUN adalah memberikan khidmat kepada rakyat.
ADUN N.16 Bengoh. Dr Jerip, seorang pengamal perubatan seperti dipetik oleh Malaysiakini berkata, perdana menteri kelihatan marah apabila mendapati sesetengan ADUN tidak memberikan cerita yang sebenar mengenai kawasan mereka.
"Beliau (Perdana Menteri) memiliki semua maklumat yang tercatat dalam buku nota bagi setiap ADUN yang diperolehi dari BN. Maklumat ini dikumpulkan oleh Cawangan Khas, Jabatan Penerangan dan agensi-agensi yang berkaitan berhubung setiap ADUN. Walaupun kami bertemu satu dengan satu dengan perdana menteri, tetapi mereka yang menunggu di luar boleh mendengar perbualan yang berlangsung.
"Saya terdengar ada yang cuba untuk mengatakan sesuatu, tetapi Najib yang menyelak halaman buku notanya dan bertanya 'awak pasti? 'dengan suara yang jelas," kata Dr Jerip, yang juga ADUN Bengoh.
"Beliau (Perdana Menteri) memiliki semua maklumat yang tercatat dalam buku nota bagi setiap ADUN yang diperolehi dari BN. Maklumat ini dikumpulkan oleh Cawangan Khas, Jabatan Penerangan dan agensi-agensi yang berkaitan berhubung setiap ADUN. Walaupun kami bertemu satu dengan satu dengan perdana menteri, tetapi mereka yang menunggu di luar boleh mendengar perbualan yang berlangsung.
"Saya terdengar ada yang cuba untuk mengatakan sesuatu, tetapi Najib yang menyelak halaman buku notanya dan bertanya 'awak pasti? 'dengan suara yang jelas," kata Dr Jerip, yang juga ADUN Bengoh.
Beliau memberikan contoh, apabila perdana menteri bertanyakan tentang demografi penduduk, beberapa ADUN jelas tidak dapat memberikan jawapan dan cuba menukar tajuk. "Perdana Menteri tidak senang dengan jawapan seperti itu," katanya.
Menurutnya, perdana menteri dilaporkan berkata pengetahuan mengenai demografi penduduk adalah penting bagi menentukan pola pengundian sesuatu kawasan dan masyarakat.
Menurutnya, perdana menteri dilaporkan berkata pengetahuan mengenai demografi penduduk adalah penting bagi menentukan pola pengundian sesuatu kawasan dan masyarakat.
Hal yang sama diberitahu oleh Datuk Haji Daud Abdul Rahman, ADUN N.6 Tupong. Beliau yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan menteri mudadi pejabat ketua menteri berkata sesetengah ADUN menanggap diri mereka sebagai luar biasa kemampuan mereka. Menurutnya lagi, tidak ada gunanya berbohong atau terlalu memuji diri mereka sendiri di hadapan perdana menteri kerana Najib tahu perkara yang sebenarnya.
"Apabila mereka terlalu memuji diri sendiri, perdana menteri terus menegur mereka. Najib tidak menyembunyikan rasa tidak senangnya pada ADUN seperti itu, "katanya yang juga ADUN Tupong.
Realitinya, ADUN yang tidak mengetahui pola demografi penduduk kawasan masing-masing, adalah suatu yang sukar diterima dalam era kemajuan pesat teknologi maklumat sekarang. Apa gunanya memakai Blackberry jika kawasan sendiri tidak diketahui demografi penduduknya? Sudah sampai saatnya, ADUN yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka ditukar kepada ADUN yang baharu. Dalam soal kepimpinan dan tanggungjawab kepada rakyat, setiap pemimpin politik harus berbalik kepada slogan yang telah menjadi pegangan mereka ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Hal ini harus dilakukan bagi memastikan Barisan Nasional tetap memerintah negeri ini.
No comments:
Post a Comment