Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Monday, June 2, 2008

Sedihnya...


Sedih baca hal-hal begini berlaku di Malaysia...

Kes 1. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said, Sabtu mengeluarkan satu kenyataan menyokong pendirian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob menggesa Datuk Mokhzani Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai pengerusi Sepang International Circuit (SIC). Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kata beliau terkejut dan kecewa dengan pendirian Mokhzani yang mahu terus menjadi pengerusi SIC apabila semalam Ismail Sabri menggesanya meletakkan jawatan dengan alasan jawatan itu adalah lantikan kerajaan. "Mokhzani patut tahu yang SIC ialah entiti kerajaan dan beliau patut meletakkan jawatan demi kepentingan sukan itu," katanya."Mokhzani patut bersikap gentleman dengan berpegang kepada prinsip dan meletakkan jawatan dengan penuh bermaruah," kata Azalina yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan.

Kes 2.
Tun Dr. Mahathir Mohamad kata jawatan-jawatannya seperti di Petronas dan sebagainya tidak ada kena mengena dengan UMNO. Katanya, bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Hussein dulu adalah Pengerusi Petronas sekalipun tidak sertai UMNO (baru). Katanya, beliau sendiri tidak akan letak jawatan walau sudah keluar UMNO kecuali ' ditendang'. Dr Mahathir berkata demikian masa jawab soalan para wartawan selepas hadiri satu forum politik di Petaling Jaya Sabtu. Kira-kira 1000 orang hadir . Diminta mengulas soal anaknya Datuk Mukhriz akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO kerana langgar disiplin parti bertelingkah dalam akhbar, Dr. Mahathir kata beliau tak percaya pada lembaga itu.Bekas Perdana Menteri itu bagi contoh kesnya semasa bertanding nak jadi perwakilan UMNO Kubang Pasu dulu.

Sunday, June 1, 2008

I`am Not UMNO

Apa nak jadi dengan parti UMNO sekarang ni. Agaknyalah mungkin banyak yang tidak bersetuju berbanding setuju jika semua jawatan penting dalam kerajaan perlu diserah kepada ahli atau orang UMNO sahaja jika mereka meletak jawatan. Hal inilah yang berlaku sekarang apabila Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Datuk Ismail Sabri Yaakob mengesa Pengerusi Sepang International Circuit, (SIC) melepaskan jawatannya hanya kerana beliau (Datuk Mokhzani) keluar parti UMNO.

Situasi yang sama juga mungkin akan berlaku kepada bekas Setiausaha UMNO, Tan Sri Sanusi Junid, agar melepaskan jawatan sebagai Presiden UIA kerana beliau juga telah keluar UMNO. Saya berharaplah agar pemimpn UMNO janganlah melenting bila berlaku situasi yang bergini. Jika semua jawatan di Malaysia ini perlu di pegang oleh seorang yang berstatus ahli UMNO, sukarlah Malaysia hendak mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan penduduk yang berbilang kaum.

Sewajarnya UMNO mungkin boleh memikirkan kenapa tindakan kerajaan pembangkang Pulau Pinang melantik bekas setiausaha Gerakan turut serta dalam pentadbiran negeri. Tidak semestinya ahli UMNO yang dilantik menerajui sesuatu jawatan itu mereka yang dipilih adalah pakar dalam bidang tersebut. Hal ini menjadi raliti jika kita hari jika diperhatikan banyak agensi kerajaan yang boleh dikatakan di pegang oleh ahli-ahli UMNO. Tahniah diucapkan kepada yang dilantik dan benar-benar pakar dalam jawatan yang mereka dilantikkan. Tetapi amat malang jika ada yang dilantik menjadi ahli lembaga, misalnya, tetapi tidak bermakna sekadar mereka hanya dilantik kerana ahli UMNO.

Friday, May 30, 2008

Apa ada pada Ezam?

Mohamad Ezam Mohd. Nor, secara tiba-tba menjadi fokus utama media arus perdana beberapa hari yang lalu hanya kerana menyertai semula parti UMNO. Pada saya dan semua yang mengikuti perkembangan politik Malaysia, pastinya mengenali Ezam, yang pernah muncul bersama bekas pemimpin Reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak keterlaluan jika dikatakan Ezam dikenali sebab dia pernah bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sekadar luahan daripada saya, bukan bermaksud membenci sesiapa, rasanya tak perlulah media arus perdana menyiarkan secara "besar-besaran" berita mengenai kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO. Sebabnya banyak lagi isu yang seharusnya media perdana tonjolkan. Lainlah jika Ezam adalah bekas Presiden Amerika Syarikat. Atau tidak pun, Ezam adalah super hero umpama Spiderman atau Ultraman, yang mampu mengatasi apa jua masalah.


Ezam tak bersalah dalam perkara ini. Yang meloyakan ialah paparan tanpa henti media arus perdana berhubung isu tersebut. Sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung Rukun Negara, saya mengharapkan dengan kemasukan Ezam semula ke dalam UMNO dapat memberi faedah kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Gambar ehsan agendadaily.com.

Monday, May 19, 2008

Riwayat Politik Mahathir

TUN Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri yang keempat pada 1981 dan memimpin Malaysia sehingga Oktober 2003, menjadikan beliau adalah orang paling lama menjawat jawatan tersebut.

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr. Mahathir, seorang doktor perubatan, dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (Pas) dengan majoriti sebanyak 60.2%.

Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa, dengan perbezaan 989 undi, selepas mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.

Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr. Mahathir dipecat daripada Umno pada tahun 1969 selepas pengedaran umum surat terbuka beliau kepada Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri pertama Malaysia).

Bagaimanapun beliau diterima kembali menjadi ahli Umno pada 7 Mac 1972.
Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Hussein Onn pada Jun 1981. Kemudian sebagai Presiden Umno sehingga beliau bersara.

Pada tahun 1987, Dr. Mahathir menghadapi cabaran sengit dalam pemilihan parti tetapi berjaya menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah yang berganding dengan Tun Musa Hitam (bertanding jawatan Timbalan Presiden). Susulan pemilihan itu, kes tersebut dibawa ke mahkamah dan Umno diharamkan pada tahun 1988. Umno Baru ditubuhkan susulan itu.

Tun Musa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Dr. Mahathir pada tahun 1986. Kedudukannya digantikan oleh Tun Ghafar Baba yang ditewaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1993. Anwar dipecat pada tahun 1998. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1999.

Pada 31 Oktober, 2003, Dr. Mahathir mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan semua jawatannya dalam Umno serta menamakan timbalannya ketika itu, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai pengganti.

Setahun selepas melepaskan jawatan, Dr. Mahathir mengecam kepimpinan Abdullah sehingga membawa kepada pertemuan bersemuka tertutup. Dr. Mahathir lantang bersuara, mengecam Abdullah sehingga 17 Mei lalu ketika pertemuan di Johor Bharu.

Tun Mahathir Keluar UMNO

Akhirnya, bekas Perdana Menteri Malasia, Tun Dr Mahathir Muhamad keluar dari parti yang beliau sayangi iaitu UMNO. Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad announced Monday at 12.35pm that he is quitting Umno. He said this during a talk here on Monday.

Dr Mahathir joined Umno at its inception in 1946. He became a Member of Parliament in 1964 when he won the Kota Setar Selatan seat.He lost the seat in the following general election in 1969. Following the May 13, 1969, riots Dr Mahathir was sacked from the Umno Supreme Council on July 12 because of the widespread distribution of his letter to first Prime Minister Tunku Abdul Rahman criticising Tunku’s manner of handling the country’s administration.
Dr Mahathir rejoined Umno on March 7, 1972 and was appointed Senator in 1973. He relinquished the senatorship post a year later to contest the Kubang Pasu seat in the general elections. He was returned unopposed and was appointed Minister of Education.
In 1975, Dr Mahathir became one of the three vice-presidents of Umno.
Tun Hussein Onn appointed Dr Mahathir Deputy Prime Minister on Sept 15, 1978.
Dr Mahathir was Prime Minister of Malaysia from July 16, 1981, until Oct 31, 2003.

Monday, May 12, 2008

Rabu Yang Misteri

Menurut Agenda Daily, seramai 17 Ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dikatakan hampir pasti akan menyertai pakatan pembangkang, Rabu ini.

Menurut sumber yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang layak dipercayai, perkara itu bukan lagi perang saraf Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sebaliknya satu perkara akan menjadi kenyataan. Malah menurut sumber itu, seorang ahli perniagaan dari Kuala Lumpur yang bergelar Tan Sri dikatakan terlibat di dalam urusan antara Anwar dan para Ahli Parlimen yang berkenaan. Sumber itu berkata majoriti daripada 17 Ahli Parlimen BN yang akan menyertai pakatan pembangkang adalah dari Sabah. Selain itu beberapa orang antaranya adalah dari semenanjung.

Sebelum ini beberapa maklumat yang diperolehi mengatakan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen BN termasuk seorang Presiden sebuah parti komponen BN Sabah semasa berada di Hong Kong baru-baru ini. Anwar juga sebelum ini dilaporkan memberikan bayangan bahawa pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan yang baru paling lewat 16 September depan bersempena dengan hari penubuhan Malaysia. Anwar sejak pilihan raya umum lalu telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan berhubung adanya Ahli parlimen BN yang telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai beliau membentuk kerajaan baru.

Dakwaan yang dibuatnya itu menjadi bualan yang akhirnya mula dikhuatiri akan menjadi kenyataan ekoran prestasi BN yang buruk selepas pilihan raya umum ke-12 yang menyaksikan BN kehilangan majoriti dua pertiga.

Adakah khabar ini benar atau sekadar strategi politik, sama-sama kita tunggu dan lihat. Yang jelas semua pihak ada perancangan masing-masing.