Monday, June 2, 2008

Sedihnya...


Sedih baca hal-hal begini berlaku di Malaysia...

Kes 1. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said, Sabtu mengeluarkan satu kenyataan menyokong pendirian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob menggesa Datuk Mokhzani Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai pengerusi Sepang International Circuit (SIC). Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kata beliau terkejut dan kecewa dengan pendirian Mokhzani yang mahu terus menjadi pengerusi SIC apabila semalam Ismail Sabri menggesanya meletakkan jawatan dengan alasan jawatan itu adalah lantikan kerajaan. "Mokhzani patut tahu yang SIC ialah entiti kerajaan dan beliau patut meletakkan jawatan demi kepentingan sukan itu," katanya."Mokhzani patut bersikap gentleman dengan berpegang kepada prinsip dan meletakkan jawatan dengan penuh bermaruah," kata Azalina yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan.

Kes 2.
Tun Dr. Mahathir Mohamad kata jawatan-jawatannya seperti di Petronas dan sebagainya tidak ada kena mengena dengan UMNO. Katanya, bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Hussein dulu adalah Pengerusi Petronas sekalipun tidak sertai UMNO (baru). Katanya, beliau sendiri tidak akan letak jawatan walau sudah keluar UMNO kecuali ' ditendang'. Dr Mahathir berkata demikian masa jawab soalan para wartawan selepas hadiri satu forum politik di Petaling Jaya Sabtu. Kira-kira 1000 orang hadir . Diminta mengulas soal anaknya Datuk Mukhriz akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO kerana langgar disiplin parti bertelingkah dalam akhbar, Dr. Mahathir kata beliau tak percaya pada lembaga itu.Bekas Perdana Menteri itu bagi contoh kesnya semasa bertanding nak jadi perwakilan UMNO Kubang Pasu dulu.

3 comments:

azlishukri said...

Zaidel, salah tu..bulan 500 orang yang hadir, tetapi 1000 orang..aku berada di sana di hotel Crow tu..media lapor lain..harap maklum

Zaid@Zaidel said...

Iyea ke li? Hang ni memang bagus jika jadi wartawan liputan. Thanks

mohad said...

salam...