Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah
SWT kerana aku masih berpeluang hidup pada hari ini. Ucapan selawat dan salam
khusus kepada baginda suri hidup kita, Muhammad SAW, kerana melalui
usahanyalah, dangan izin Allah SWT maka kita mengenali Islam, dan mengakui
keesaan Allah SWT dan Muhammad SAW itu rasul, penyuluh kepada ajaran Islam.
Hari ini aku menyambut ulang
tahun kelahiran, jika mengikut calendar tarikh mesihi. Alangkah
indahnya pada saat aku menulis ini, aku juga ada maklumat berkaitan tarikh
lahir para sahabat baginda Rasulullah SAW. Mungkin ada yang sama tarikh dengan
aku. Aku insaf dengan kedatangan tarikh ini, walau kekadang dilema tarikh
kalendar masihi atau hijrah yang perlu aku ikuti untuk sahkan tarikh kelahiran
sebenar aku. Berkaitan hal itu, aku mengiktiraf dua tarikh, iaitu masihe dan
hijrah sebagai tarikh kelahiranku.
Pada hari ini jugalah, beberapa orang
yang umum dikenali, bersama-sama aku akan meraikan tarikh ini. Mereka
termasuklah President Obama (1961), dan emak kepada Ratu
Elizabert II (1900) Elizabeth Alexandra Mary, sekarang mungkin
sibuk melayan tetamu kehormat yang berkunjung sepanjang kejohanan
Sukan Olimpik 2012. Minat keluarga Ratu Elizebert kepada tarikh itu telah
mendorong Putera William, Duke Cambridge (William Arthur Philip Louis
Mountbatten-Windsor), di bathiskan pada tarikh 4 Ogos 1982.
Pada tarikh ini juga aku kekadang
melayan mendengar lagu Louis Amstrong (mendiang) yang terkenal bertajuk ‘What A
Wondeful World’, yang juga lahir pada tarikh 4 Ogos 1901. Tidak ketinggalan,
jika kebetulan ada sukan bola keranjang, membuat aku teringat kepada Ha Seung
Jin, permain bola kerajaan Liga NBA Amerika yang berasal dari Korea Selatan,
yang tinggi lampai (7`3``), yang juga lahir pada 4 Ogos 1985.
Seperti remaja lain yang membesar bersama-sama dengan pelbagai
rentak muzik, aku pun terikut sama. Namun minat aku secara kebetulan suka
mendengar lagu gubahan seorang Jerman, Klaun Schulze. Beliau yang digelar
sebagai German Elektronik Music Composer, banyak menghasilkan pelbagai bunyi
kesan khas yang aku suka mendengarnya, sambil memerhati alam, ketika di zaman remaja
di Kuching dan Miri.
Bila hidup, jangan sekali-kali kita
melupakan kematian yang sentiasa mengekori kita. Pada bila-bila masa, saatnya
akan datang untuk malaikat maut melaksanakan tugasnya mengambil nyawa kita.
Tarikh 4 Ogos juga sering menyebabkan ingatan aku teramat kuat membayangkan
negara Peranchis, disebabkan dua perkara – Raja Peranchis, Henry 1 dan Jeanne
Louise Calment, kedua-duanya meninggal dunia pada 4 Ogos 1060 dan 4 Ogos 1997.
Kenapa Henry 1?
Sewaktu membaca di zaman remaja
dahulu, dikatakan Henry 1 adalah raja yang bijak merancang dan optimis, tetapi
tidak dizahirkan dalam tindakannya. Beliau dikatakan hanya banyak merancang,
tapi tidak memperaktikan apa-apa jua perancangan yang baik. Sejarah beliau
tidaklah menarik berbanding maharaja yang lain. Cuma bagi aku, yang kerap aku
simpulkan dan bayangkan, Hendry 1 ini hanya berfikir, dan persoalan kenapa
tidak dijayakan semua yang difikirkannya itu yang menimbulkan pertanyaan aku.
Aku percaya, warga Perancis sendiri pun tidak akan memikirkan akan hal ini.
Mungkin disebabkan pembacaan waktu
zaman remaja , maka terpengaruh sehingga ke hari ini. Mendian Jeanne pula, umum
mengetahuinya melalui buku yang wajib dimiliki pada zaman 80-an dan 90-an (pada
saat ini boleh menyemaknya di dunia maya), The Guinness Book of Records, Edisi tahun
1999, mendiang merupakan manusia yang paling panjang umurnya iaitu berusia 122
tahun 164 hari. Itulah usia mendiang bila meninggal dunia pada 4 Ogos 1997.
Bagi seorang remaja ketika itu, hal
seumpama ini memang suatu yang menarik perhatian. Umum mengetahui, umat akhir
zaman ini jangka hayatnya ialah sekitar 60-70 tahun sahaja. Di Malaysia,
menjelang tahun 2020 menurut Kementerian Kesihataan Malaysia, jangka hayat
penduduk Malaysia lelaki ialah 75 tahun, manakala wanita pula 80 tahun.
Bayangkanlah seorang yang berusia 122 tahun!. Hal inilah yang membuat zaman
remajku tertarik dengan kisah ini, Sedikit terkilan sebab remaja
hari ini tidak minat membaca, apatah lagi mengingati fakta.
Yang paling aku akan ingati (mungkin) sepanjang masa pada tarikh 4 Ogos ialah kematian Lorenzo Music, empunya asal suara kartun Garfield. Aku membesar di zaman kartun tersebut kerap ditayangkan di TV RTM. Suara tersebut memang menarik minat, apatah lagi watak kartun Garfield memang aku suka – nakal, sempoi dan selamba. Berikutan kematian Lorenzo pada tahun 2001, usaha mencari suara bakal pengati menimbulkan masalah, kerana peminat khususnya, sudah sebati dengan suara Lorenzo.
Pihak CBS, yang empunya hak kartun
Garfield ketika itu, tidak ada pilihan lain selain mencari suara yang mirip
sama, untuk menyelamatkan situasi. Akhirnya, tempat Lorenzo diambil alih oleh
Frank Welker. Jika penonton prihatin, suara kartun garfield hari ini (sejak
2008-2012) adalah suara pelbagai individu yang telah ubah suai menggunakan
teknologi untuk meniru suara asal Lorenzo Music.
Mungkin ada yang membaca akan
bertanya, kenapa asyik tarikh lahir individu yang berada di luar Malaysia?
Jawapan aku mudah sahaja. Kita di Malaysia, belum ada rekod yang seemikian.
Malah, jika kita menggogle pun, tidak jumpa barisan kepimpinan Malaysia sejak
merdeka, yang direkod lahirnya pada 4 Ogos. Hal inilah yang
merupakan kekurangan pada diri saya sendiri, kerana tidak mengusahakannya
(insya-Allah akan diusahakan selepas ini). Juga kekurangan dari sudut
pendokumentasian kita di Malaysia. Seharusnya ada rekod yang terperinci
berhubung apa-apa jua aktiviti penting dalam negara yang berlaku pada tarikh 4
Ogos dan tarikh lain untuk kemudahan semua anak bangsa membuat penyelidikan dan
penulisan.
Sebagai anak golongan sederhana,
upacara menyambut hari kelahiran adalah suatu yang asing bagi aku. Kekadang
pelik pun ada bila mendengar dan menerima jemputan ke majlis sambutan ulang
tahun (zaman dulu lah...). Pada masa sekarang, seolah suatu kemestian untuk
menyambut majlis ulang tahun. Hal ini yang sentiasa berlaku dan terus berlaku,
dan akhirnya pada pemikiranku, mungkins 5 hingga 10 tahun akan datang, majlis
sambutan ulang tahun kelahiran akan menjadi majlis rasmi peribadi setiap
individu (mungkin).
Masih ingat lagi dizaman kanak-kanak,
bila tiba tarikh ulang tahun, emak akan menggoreng makanan yang amat aku sukai
sejak dulu kini dan insya-Allah, mungkin selamanya, iaitu Cucur Udang. Bagi
aku, adalah nikmat yang amat besar setiap kali menikmati Cucur Udang yang
dihasilkan oleh emak (air tangan emak). Sekarang, emak sudah tiada, tidak
semudah itu tekak ini untuk menerima Cucur Udang yang sedemikian sedapnya,
walau yang dibuat oleh yang bergelar chef 5 bintang sekali pun. Hal
inilah yang dicari-car sehingga sekarang dan mungkin sepanjang zaman. Cucur
Udang tetap dimakan dan digemari, Cuma nikmat kesedapannya hanya aku sendiri
yang menilainya. Tidak bermaksud yang lainnya tidak sedap. Maksud aku hanya
nilai atau ratingnya berbeza, nikmatnya tetap ada.
Bila usia bertambah, maka
bertambahlah tanggungjawab dan semakin singkatlah hidup kita di dunia ini. Aku
mohon kepadaNYA, agar selepas pada tarikh ini, aku berjaya dalam sasaran
hidupku. Mudah-mudahan, dengan limpah dan rahmatnya, Allah akan perkenan niat
aku yang indah ini, amin. Semoga Allah merahmati kita semua, amin...
1 comment:
Selamat panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan urusan kamu dunia akhirat, insyaallah..
Tarikh lahir kamu sama dengan anak kedua saya 4 Ogos 1997 :)
Post a Comment