Thursday, August 30, 2012

Hari Merdeka ATAU Hari Malaysia?


Iklan menjelang tarikh 31 Ogos, semuanya berkisar kepada erti kemerdekaan. Semakin bertambah kekeliruan. 55 Tahun Merdeka. Namun banyak isu yang harus diperjelaskan. Fakta penubuhan Malaysia ialah pada 16 September 1963. Catatan sejarah menyebut Sarawak dibebaskan oleh British pada 22 Julai 1963. Manakala Sabah pula pada 31 Ogos 1963. Persoalan utama 31 Ogos 1957 yang disambut selama ini tarikh apa? Mungkin sesuai disebut Hari Kemerdekaan Semenanjung Melaya. Sebabnya tidak mencerminkan sifat 1Malaysia. Wajar difikirkan sambutan yang sebenarnya ialah pada 16 September, yang meliputi semua, dengan nama yang sama yang lebih mesra,  Hari Malaysia. Ketika 31 Ogos 1957, Sabah dan Sarawak masih di bawah bendera Union Jack. Rakyatnya masih menyanyi God Save The Queen, bukan Negaraku.

Pada Januari 1941, Charles Vyner Brooke Rajah Putih ke-3 Sarawak telah berjanji untuk memberikan kemerdekaan Sarawak kepada penduduk tempatan yang memberi makna Kemerdekaan kepada Sarawak. Impian itu seakan-akan semakin menjadi kenyataan apabila Perlembagan 1941 diperkenalkan sempena perayaan 100 Tahun Pengambilan Sarawak.

Namun, impian itu pudar apabila pihak tentera Jepun Berjaya menawan Sarawak. Setelah berakhirnya perang dunia ke-2, Sarawak kembali kepada Rajah Putih Brooke. Namun, dasar bumi hangus yang digunakan oleh Rajah pada perang dunia ke-2 telah menyebabkan Rajah Putih Brooke kekurangan sumber kewangan untuk membangunkan semula Sarawak.

Sebelum meninggalkan Sarawak daripada jajahan Jepun, Rajah Putih Brooke telah membakar telaga minyak, dan yang sama waktu dengannya dengan harapan agar pihak Jepun tidak dapat menggunakan segala kemudahan yang ada di Sarawak pada ketika itu. Akibat kekurangan dana untuk memulihkan Sarawak, Rajah Putih Brooke telah mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada pihak British pada bulan December 1945. Pada 8 Februari 1946, Charles Vyner Brooke mengisytiharkan Sarawak diserahkan kepada pihak British.

Persoalan yang terus bermain di kepala ialah kenapa sekian lama, hampir 50 Sarawak merdeka dalam Malaysia, tidak ada pihak sama ada di Sarawak atau Sabah yang mempersoalkan atau mengubah akan hal ini? 

Akhir sekali, bukan menentang atau sewaktu dengannya, cuma persoalan pokok yang dibermain di kepala dalam suasana 1Malaysia yang sudah semakin sebati dengan diri. Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin.

No comments: