Saturday, August 4, 2012

4 Ogos Penuh Harapan...


Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana aku masih berpeluang hidup pada hari ini. Ucapan selawat dan salam khusus kepada baginda suri hidup kita, Muhammad SAW, kerana melalui usahanyalah, dangan izin Allah SWT maka kita mengenali Islam, dan mengakui keesaan Allah SWT dan Muhammad SAW itu rasul, penyuluh kepada ajaran Islam.

Hari ini aku menyambut ulang tahun kelahiran, jika mengikut calendar tarikh mesihi.  Alangkah indahnya pada saat aku menulis ini, aku juga ada maklumat berkaitan tarikh lahir para sahabat baginda Rasulullah SAW. Mungkin ada yang sama tarikh dengan aku. Aku insaf dengan kedatangan tarikh ini, walau kekadang dilema tarikh kalendar masihi atau hijrah yang perlu aku ikuti untuk sahkan tarikh kelahiran sebenar aku. Berkaitan hal itu, aku mengiktiraf dua tarikh, iaitu masihe dan hijrah sebagai tarikh kelahiranku.

Pada hari ini jugalah, beberapa orang yang umum dikenali, bersama-sama aku akan meraikan tarikh ini. Mereka termasuklah President Obama (1961), dan emak kepada Ratu Elizabert  II (1900) Elizabeth Alexandra Mary, sekarang mungkin sibuk melayan tetamu kehormat yang berkunjung sepanjang  kejohanan Sukan Olimpik 2012. Minat keluarga Ratu Elizebert kepada tarikh itu telah mendorong Putera William, Duke Cambridge (William Arthur Philip Louis Mountbatten-Windsor), di bathiskan pada tarikh 4 Ogos 1982.

Pada tarikh ini juga aku kekadang melayan mendengar lagu Louis Amstrong (mendiang) yang terkenal bertajuk ‘What A Wondeful World’, yang juga lahir pada tarikh 4 Ogos 1901. Tidak ketinggalan, jika kebetulan ada sukan bola keranjang, membuat aku teringat kepada Ha Seung Jin, permain bola kerajaan Liga NBA Amerika yang berasal dari Korea Selatan, yang tinggi lampai (7`3``), yang juga lahir pada 4 Ogos 1985. Seperti  remaja lain yang membesar bersama-sama dengan pelbagai rentak muzik, aku pun terikut sama. Namun minat aku secara kebetulan suka mendengar lagu gubahan seorang Jerman, Klaun Schulze. Beliau yang digelar sebagai German Elektronik Music Composer, banyak menghasilkan pelbagai bunyi kesan khas yang aku suka mendengarnya, sambil memerhati alam, ketika di zaman remaja di Kuching dan Miri.

Bila hidup, jangan sekali-kali kita melupakan kematian yang sentiasa mengekori kita. Pada bila-bila masa, saatnya akan datang untuk malaikat maut melaksanakan tugasnya mengambil nyawa kita. Tarikh 4 Ogos juga sering menyebabkan ingatan aku teramat kuat membayangkan negara Peranchis, disebabkan dua perkara – Raja Peranchis, Henry 1 dan Jeanne Louise Calment, kedua-duanya meninggal dunia pada 4 Ogos 1060 dan 4 Ogos 1997. Kenapa Henry 1?

Sewaktu membaca di zaman remaja dahulu, dikatakan Henry 1 adalah raja yang bijak merancang dan optimis, tetapi tidak dizahirkan dalam tindakannya. Beliau dikatakan hanya banyak merancang, tapi tidak memperaktikan apa-apa jua perancangan yang baik. Sejarah beliau tidaklah menarik berbanding maharaja yang lain. Cuma bagi aku, yang kerap aku simpulkan dan bayangkan, Hendry 1 ini hanya berfikir, dan persoalan kenapa tidak dijayakan semua yang difikirkannya itu yang menimbulkan pertanyaan aku. Aku percaya, warga Perancis sendiri pun tidak akan memikirkan akan hal ini.

Mungkin disebabkan pembacaan waktu zaman remaja , maka terpengaruh sehingga ke hari ini. Mendian Jeanne pula, umum mengetahuinya melalui buku yang wajib dimiliki pada zaman 80-an dan 90-an (pada saat ini boleh menyemaknya di  dunia maya), The Guinness Book of Records, Edisi tahun 1999, mendiang merupakan manusia yang paling panjang umurnya iaitu berusia 122 tahun 164 hari. Itulah usia mendiang bila meninggal dunia pada 4 Ogos 1997.

Bagi seorang remaja ketika itu, hal seumpama ini memang suatu yang menarik perhatian. Umum mengetahui, umat akhir zaman ini jangka hayatnya ialah sekitar 60-70 tahun sahaja. Di Malaysia, menjelang tahun 2020 menurut Kementerian Kesihataan Malaysia, jangka hayat penduduk Malaysia lelaki ialah 75 tahun, manakala wanita pula 80 tahun. Bayangkanlah seorang yang berusia 122 tahun!. Hal inilah yang membuat zaman remajku tertarik dengan kisah ini,  Sedikit terkilan sebab remaja hari ini tidak minat membaca, apatah lagi mengingati fakta.

Yang paling aku akan ingati (mungkin) sepanjang masa pada tarikh 4 Ogos ialah kematian Lorenzo Music, empunya asal suara kartun Garfield. Aku membesar di zaman kartun tersebut kerap ditayangkan di TV RTM. Suara tersebut memang menarik minat, apatah lagi watak kartun Garfield memang aku suka – nakal, sempoi dan selamba. Berikutan kematian Lorenzo pada tahun 2001, usaha mencari suara bakal pengati menimbulkan masalah, kerana peminat khususnya, sudah sebati dengan suara Lorenzo.

Pihak CBS, yang empunya hak kartun Garfield ketika itu, tidak ada pilihan lain selain mencari suara yang mirip sama, untuk menyelamatkan situasi. Akhirnya, tempat Lorenzo diambil alih oleh Frank Welker. Jika penonton prihatin, suara kartun garfield hari ini (sejak 2008-2012) adalah suara pelbagai individu yang telah ubah suai menggunakan teknologi untuk meniru suara asal Lorenzo Music.

Mungkin ada yang membaca akan bertanya, kenapa asyik tarikh lahir individu yang berada di luar Malaysia? Jawapan aku mudah sahaja. Kita di Malaysia, belum ada rekod yang seemikian. Malah, jika kita menggogle pun, tidak jumpa barisan kepimpinan Malaysia sejak merdeka, yang direkod lahirnya pada 4 Ogos.  Hal inilah yang merupakan kekurangan pada diri saya sendiri, kerana tidak mengusahakannya (insya-Allah akan diusahakan selepas ini). Juga kekurangan dari sudut pendokumentasian kita di Malaysia. Seharusnya ada rekod yang terperinci berhubung apa-apa jua aktiviti penting dalam negara yang berlaku pada tarikh 4 Ogos dan tarikh lain untuk kemudahan semua anak bangsa membuat penyelidikan dan penulisan.

Sebagai anak golongan sederhana, upacara menyambut hari kelahiran adalah suatu yang asing bagi aku. Kekadang pelik pun ada bila mendengar dan menerima jemputan ke majlis sambutan ulang tahun (zaman dulu lah...). Pada masa sekarang, seolah suatu kemestian untuk menyambut majlis ulang tahun. Hal ini yang sentiasa berlaku dan terus berlaku, dan akhirnya pada pemikiranku, mungkins 5 hingga 10 tahun akan datang, majlis sambutan ulang tahun kelahiran akan menjadi majlis rasmi peribadi setiap individu (mungkin).

Masih ingat lagi dizaman kanak-kanak, bila tiba tarikh ulang tahun, emak akan menggoreng makanan yang amat aku sukai sejak dulu kini dan insya-Allah, mungkin selamanya, iaitu Cucur Udang. Bagi aku, adalah nikmat yang amat besar setiap kali menikmati Cucur Udang yang dihasilkan oleh emak (air tangan emak). Sekarang, emak sudah tiada, tidak semudah itu tekak ini untuk menerima Cucur Udang yang sedemikian sedapnya, walau yang dibuat oleh yang bergelar chef 5 bintang sekali pun.  Hal inilah yang dicari-car sehingga sekarang dan mungkin sepanjang zaman. Cucur Udang tetap dimakan dan digemari, Cuma nikmat kesedapannya hanya aku sendiri yang menilainya. Tidak bermaksud yang lainnya tidak sedap. Maksud aku hanya nilai atau ratingnya berbeza, nikmatnya tetap ada.

Bila usia bertambah, maka bertambahlah tanggungjawab dan semakin singkatlah hidup kita di dunia ini. Aku mohon kepadaNYA, agar selepas pada tarikh ini, aku berjaya dalam sasaran hidupku. Mudah-mudahan, dengan limpah dan rahmatnya, Allah akan perkenan niat aku yang indah ini, amin. Semoga Allah merahmati kita semua, amin... 

1 comment:

book seller said...

Selamat panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan urusan kamu dunia akhirat, insyaallah..

Tarikh lahir kamu sama dengan anak kedua saya 4 Ogos 1997 :)