Friday, November 27, 2015

Kebolehpasaran, Menerapkan nilai intelektual dan sokongan masyarakat : Buku

Industri penulisan mampu setanding negara maju jika banyak buku diterbitkan, kata Zahid 
Malaysia mampu setanding negara-negara maju dalam industri penulisan jika lebih banyak buku intelektual diterbitkan dan lebih ramai penulis tempatan bertaraf dunia dikenali dan diiktiraf.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata adalah penting untuk terus kekal relevan dalam industri ini kerana negara masih kekurangan penerbitan buku berbanding dengan negara lain.
"Mengikut standard Unesco, penerbitan buku mestilah pada kadar 1% untuk setiap sejuta penduduk iaitu 1,000 buku (diterbitkan). Tetapi di Malaysia, cuma 15,000 buku diterbitkan untuk 27 juta penduduk Malaysia.
"Jadi penerbitan buku di negara ini sangat kurang. Kebolehmampuan  membeli buku kini bukan di tahap sepatutnya. Harus tanya pada para sarjana, adakah buku yang diterbitkan mempunyai kualiti tinggi, mengikut cita rasa pembaca dan boleh diterjemah di peringkat antarabangsa?
"Janganlah jadi juara kampung... jangan jadi jumud... duduk dalam kepompong lama. Nilai kebolehpasaran perlu ada dalam setiap buku yang diterbitkan," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Buku Negara yang turut dihadiri Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara, Hassan Hamzah di Kuala Lumpur, malam tadi.
Mengulas lanjut, Zahid berkata kebolehpasaran sesuatu karya atau buku memerlukan kualiti isi kandungan yang menerapkan nilai intelektual, mendapat sokongan dan dukungan masyarakat selain suntikan kewangan daripada kerajaan.
Menurutnya, 3 perkara ini penting untuk mewujudkan kesinambungan antara penulis, penerbit dan kerajaan selain merungkai situasi permintaan dan penawaran yang kerap kali berubah dan tidak stabil ini.
Selain itu katanya, penggiat industri buku juga perlu menggunakan kecanggihan teknologi seperti e-Book untuk terus kekal relevan dalam pasaran selain memasarkan bahan bacaan sedia ada seperti jurnal dan buku-buku ilmiah.
"Kita perlu cita-cita besar dan kekal relevan kerana pada 2057 genap 100 tahun kita merdeka. Kita mesti sediakan tokoh-tokoh penulis dan penerbit di peringkat antarabangsa. Kita harus sediakan prasarana supaya kita tidak ketinggalan," katanya.
Dalam ucapannya juga, Zahid menggesa para sarjana menghasilkan lebih banyak buku intelektual yang mempunyai kajian impirikal yang sahih untuk memastikan ia berjaya dipasarkan dan mendapat sambutan pembaca tempatan dan antarabangsa.
Pada akhir majlis, timbalan perdana menteri kemudian menyampaikan anugerah kepada beberapa tokoh penulisan dan penerbit terkenal mengikut kategori antaranya Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas (Tokoh Buku Negara), Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Khim (Tokoh Sejarawan), Prof Emeritus Dr Hashim Musa (Tokoh Linguistik) dan Prof Madya Dr Lim Swee Tin (Anugerah Perdana Aminuddin Baki). – Bernama, 27 November, 2015.

Tuesday, January 7, 2014

Aku berkali-kali baca petikan ini!


 “Apabila kita mencari sudut baik dalam jiwa manusia kita akan dapati di sana kebaikan yang banyak yang barangkali mata tidak dapat melihatnya pada awal pandangan. Sesungguhnya kejahatan itu bukanlah sesuatu yang mendalam di jiwa insani sehingga ke peringkat yang kita bayangkan kadang-kala. Ia hanyalah kulit keras luaran yang manusia gunakannya untuk menghadapi kehidupan demi untuk bertahan. Apabila mereka beriman maka tersingkaplah kulit keras luaran itu, zahirlah buah manis yang menyelerakan.. buah manis ini hanya tersingkap kepada sesiapa yang mampu menjadikan manusia merasa aman di sisinya.. dengan keyakinan terhadap kasihnya.. dengan simpati yang hakiki atas masalah, kesakitan, kesilapan dan kebodohan mereka..dengan sedikit berlapang dada pada peringkat awal menjamin untuk merealisasikan itu semua. Ia lebih pantas dari sangkaan kebanyakan orang..”   Sayyid Qutb

                                                                                             

Sunday, January 5, 2014

Wajah Kemenangan.

Wajah. Hari ini aku ingin menulis sesuatu berkaitan wajah. Wajah individu hanya akan terbayang di paparan minda kita sebaik sahaja nama mereka yang berkaitan disebutkan. Itulah kelebihan otak kita ciptaan Allah SWT, yang mungkin jarang atau kadang-kadang -merujuk kepada dialog cerita P.Ramlee - untuk mensyukurinya.

Pakar psikologi melihat wajah dan analisis untuk mengetahui permasalah setiap individu. Sebab itu dalam ilmu komunikasi perbincangan manusia harus bertentangan mata. Pusat perisikan antarabangsa juga menggunakan wajah sebagai salah satu identiti pengenalan diri selepas ibu jari. Tajukah anda bahawa wajah setiap mahkluk di dunia ini mempunyai simetri yang berbeza dan unik sekali.

Berkaitan wajah juga, telah menaikkan beberapa nama jurufoto yang sekarang ini sudah bergelar otai. Salah seorang daripada mereka ialah Steve McCurry, juru foto National Geography yang terkenal sebaik sahaja gambar wajah potrait seorang gadis Afganistan menjadi muka hadapan majalah NG, dan tersebar ke seluruh dunia.
Gadis Afganistan
Fenomena impak gambar tersebut telah berjaya menaikan bukan sahaja populariti majalah NG, tetapi juga telah menaikkan nama jurufoto NG ke pesada dunia. Walaupun umum mengetahui bahawa NG telah lama wujud, namun impak yang sebenar memberi kesan dan pengaruh yang besar ke alam gambar telah mendorong NG untuk menjadikan subjek gambar sebagai fokus utama dalam NG.

Hasilnya, majalah NG telah menjurus kepada jenis pelaporan kajian dan penyiasatan ilmiah. Setiap rencana atau tugasan yang ditulis adalah berkisar kepada gambar yang dirakam. Hal ini telah mendorong kewujudan apa yang dinamakan 'photojournalist'. Dan fenomena ini tidak terhenti setakat itu sahaja malah semakin berkembang dengan hebatnya sejajar dengan penghasilan pelbagai teknologi yang memudahkan lagi penyebaran media.

Bercakap mengenai gambar Gadis Afganistan, tidak seharusnya kita melupakan Steve McCurry. Beliau bukan sahaja seorang jurufoto, malah seorang ayah yang penyayang. Pembaca boleh mengetahui lebih lanjut mengenai beliau di http://stevemccurry.com/biography
Steve McCurry
Tidak adil jika bercakap soal wajah jika kita tidak menyebut jurufoto tempatan, yang tidak kurang hebatnya. Yaman Ibrahim, satu nama yang pastinya tidak asing lagi kepada peminat jurufoto di Malaysia, baru-baru ini telah dinobatkan sebagai penerima Maybank Photography Awards, menewaskan beberapa orang lain termasuk dari negara luar. Wajah potrait yang beliau pertandingan itu memang tidak boleh disangkal akan kehebatannya dari sudut fotografi.

Itulah penangan jurufoto berkaitan wajah. Sememangnya wajah memberikan pelbagai makna tersirat dan tersurat.

Friday, January 3, 2014

Daim, anak buahku!

Namaku Daim. Hobiku berfikir. Petang tadi aku berfikir, alangkah indanhnya dunia ini yang aman tenteram tanpa ada apa-apa masalah. Yang tua menghormati yang muda. yang muda menghormati dan menghargai yang tua. Orang yang kuat pegangan agamanya manasihati yang kurang beragama, manakala yang kurang pengatahuan agama pula menghargai apa-apa jua tindakan yang baik, saranan daripada yang kuat pegangan agamanya.

Oppss...aku terlupa. Kakakku baharu sahaja menerokai alam TABIKA. Maka tinggallah aku bersama haiwan kesukaanku, Mr. Cat. Aku tidak mampu menahan amarah kebimbanganku bahawa harga barangan kesemuanya telah naik secara mendadak. Jika dahulu, aku selalu merasai nikmat epal lecek dan jus epal, kini semuanya sudah tidak ada lagi. Kerana apa? Kerana harganya yang naik begitu mendadak sekali, umpama roket yang memecut seragam menentang graviti.

Ya, hampir semua berkata namaku Daim, seolah merujuk kepada mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin. Aku hanya Daim yang biasa, rakyat biasa golongan sederhana. Mungkin nama kami hanya serupa. Yang jelas, jika aku Daim mantan Menteri Kewangan, akan aku manfaatkan sehabisnya ilmu yang aku miliki dan ketahui untuk memberikan cadangan yang bernas, munasabah dan hampir tepat kepada Perdana Menteri Malaysia, agar tidak berlaku beban kewangan yang harus ditelah ibu dan ayahku.

Tiada yang lebih indah selain berkorban pengetahuan yang dimiliki diri untuk kepentingan negara bangsa. Apa? GST? 
GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap
peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh kerajaan.

 Sekian dahulu, sebab aku hendak tidur - bagi memastikan pelan tranformasi yang dirancang menjadi kenyataan, khusus kepada generasi kami pewaris bangsa...







Saturday, December 28, 2013

Hantu Jembalang Lwn Iphone5

Ini adalah tulisan Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia, yang telah melalui banyak pengalaman dalam dalam mentadbir Negara. Saya petik tulisan ini, dan siarkan di blog ini kerana ada memang semakin jelas dalam masyarakat kita hal yang diberitahukan ini seolah kronik berlaku kepada masyarakat kita. Mungkin ada yang berbeza pendapat, dan yang jelas kita mempunyai matlamat hidup yang perlu dilaksanakan. Untuk membaca catatan asal sila ke http://chedet.cc/
1. Filem dan T.V. cerita yang paling popular di kalangan orang Melayu ialah berkenaan dengan hantu, pelesit, orang halus dan berbagai-bagai makhluk ghaib. Mereka bukan sahaja suka lihat dan dengar cerita-cerita berkenaan makhluk ghaib ini tetapi mereka amat mempercayai adanya makhluk ini dan kuasa luar biasa mereka ke atas manusia. Mereka diberi kuasa yang kadang-kadang menyamai Tuhan yang mereka sembah. Mereka mencari jalan supaya dilindungi dari makhluk ghaib. Dalam usaha ini mereka kerap mengguna doa dari agama Islam yang mereka anuti. Walaupun mereka percaya Allah S.W.T. boleh melindungi mereka tetapi kepercayaan bahawa makhluk ini juga memiliki kuasa ke atas mereka bertentangan dengan ajaran Islam yang menekankan bahawa hanya Allah S.W.T sahaja yang berkuasa ke atas segala-gala yang ada di dunia dan akhirat.
2. Kerana percaya akan kuasa makhluk ghaib ini mereka sering mengadakan acara yang dicampur aduk dengan agama yang kononnya boleh melindungi mereka daripada diserang oleh hantu jembalang dan orang halus.
3. Dalam Al-Quran tidak ada disebut berkenaan hantu dan orang halus. Yang disebut dalam al-Quran ialah shaitan, iblis dan jin yang suka memesongkan orang Islam daripada membuat suruhan Allah S.W.T. Iblis dan shaitan boleh disangkal dengan membaca ayat-ayat tertentu yang boleh mengukuhkan semula iman dan pegangan kepada ajaran Islam.
4. Di masa-masa yang lampau ini kita dapati ramai yang berusaha untuk melindungi pejabat dan hospital Kerajaan dari hantu dan orang halus. Acara ini termasuklah menanam telor, menyimbah air dan membaca doa-doa tertentu yang telah dikenalpasti oleh bomoh-bomoh. Ada juga yang menanam botol air di sudut-sudut tertentu bangunan berkenaan.

5. Yang anehnya Mat Saleh yang tidak percaya kepada hantu dan orang halus ini tidak dikacau oleh makhluk-makhluk ini. Mereka tidak perlu jampi dan simbah air di keliling bangunan-bangunan mereka.
6. Saya ingin tahu dari ulama-ulama akan kebenaran adanya hantu dan orang halus ini. Dari mana mereka datang. Apakah kedudukan mereka dalam agama Islam. Jika kita percaya mereka berkuasa dan kita perlu layan mereka jika ingin selamat, apakah tidak kita memperduakan Allah S.W.T. atau memberi kuasa kepada yang lain dari Allah yang kita sembah?
7. Saya percaya akan kejahatan manusia dan betapa ganasnya mereka. Tetapi saya tidak percaya dan tidak takut kepada orang halus atau lain-lain makhluk ghaib. Saya juga tidak percaya ada cara untuk jadi kebal dari tikaman dan peluru.

8. Dengan kenyataan ini akan adalah percubaan oleh orang tertentu dengan “ilmu ghaib” mereka untuk mengajar saya. Saya cuma akan menuntut pertolongan dari Allah S.W.T terhadap orang seperti ini.

Majlis Pertunangan Pipi 2013

Hak Cipta Terpelihara 2013
Ketibaan rombongan meminang di pihak lelaki.

Rombongan meminang pihak lelaki.

Majlis risik dan perbincangan perminangan antara kedua belah pihak.

Pihak perempuan melihat hantaran perminangan yang diberikan.

Sebahagian daripada tetamu di sebelah perempuan.

Perbincangan peminangan dan nikah kawin juga diselitkan dengan gurau senda antara kedua belah pihak.

Cincin pertunangan disarungkan, tanda rasminya majlis pertunangan.

Pasangan yang bertunang.

Kedua ibu pasangan yang bertunang bersama-sama anak dan bakal menantu.

Rombongan lelaki bersama-sama pasangan yang bertunang.


Gadis yang bertunang bersama-sama ahli keluarganya.







Azam, bukan Fakhrul Azam...

Azam tahun 2014, Insya-Allah!

a. Kemas kini blog paling kurang seminggu sekali.
b. Kemas kini web gambar seminggu sekali.
c. Menulis isu semasa seminggu sekali.
d. Menulis isu politik seminggu sekali.
e. Menulis isu bahasa dan sastera seminggu sekali.
f. Memastikan kesemua yang di atas dipraktikkan :-)