Wajah. Hari ini aku ingin menulis sesuatu berkaitan wajah. Wajah individu hanya akan terbayang di paparan minda kita sebaik sahaja nama mereka yang berkaitan disebutkan. Itulah kelebihan otak kita ciptaan Allah SWT, yang mungkin jarang atau kadang-kadang -merujuk kepada dialog cerita P.Ramlee - untuk mensyukurinya.
Pakar psikologi melihat wajah dan analisis untuk mengetahui permasalah setiap individu. Sebab itu dalam ilmu komunikasi perbincangan manusia harus bertentangan mata. Pusat perisikan antarabangsa juga menggunakan wajah sebagai salah satu identiti pengenalan diri selepas ibu jari. Tajukah anda bahawa wajah setiap mahkluk di dunia ini mempunyai simetri yang berbeza dan unik sekali.
Berkaitan wajah juga, telah menaikkan beberapa nama jurufoto yang sekarang ini sudah bergelar otai. Salah seorang daripada mereka ialah Steve McCurry, juru foto National Geography yang terkenal sebaik sahaja gambar wajah potrait seorang gadis Afganistan menjadi muka hadapan majalah NG, dan tersebar ke seluruh dunia.
Fenomena impak gambar tersebut telah berjaya menaikan bukan sahaja populariti majalah NG, tetapi juga telah menaikkan nama jurufoto NG ke pesada dunia. Walaupun umum mengetahui bahawa NG telah lama wujud, namun impak yang sebenar memberi kesan dan pengaruh yang besar ke alam gambar telah mendorong NG untuk menjadikan subjek gambar sebagai fokus utama dalam NG.
Hasilnya, majalah NG telah menjurus kepada jenis pelaporan kajian dan penyiasatan ilmiah. Setiap rencana atau tugasan yang ditulis adalah berkisar kepada gambar yang dirakam. Hal ini telah mendorong kewujudan apa yang dinamakan 'photojournalist'. Dan fenomena ini tidak terhenti setakat itu sahaja malah semakin berkembang dengan hebatnya sejajar dengan penghasilan pelbagai teknologi yang memudahkan lagi penyebaran media.
Bercakap mengenai gambar Gadis Afganistan, tidak seharusnya kita melupakan Steve McCurry. Beliau bukan sahaja seorang jurufoto, malah seorang ayah yang penyayang. Pembaca boleh mengetahui lebih lanjut mengenai beliau di http://stevemccurry.com/biography
Tidak adil jika bercakap soal wajah jika kita tidak menyebut jurufoto tempatan, yang tidak kurang hebatnya. Yaman Ibrahim, satu nama yang pastinya tidak asing lagi kepada peminat jurufoto di Malaysia, baru-baru ini telah dinobatkan sebagai penerima Maybank Photography Awards, menewaskan beberapa orang lain termasuk dari negara luar. Wajah potrait yang beliau pertandingan itu memang tidak boleh disangkal akan kehebatannya dari sudut fotografi.
Itulah penangan jurufoto berkaitan wajah. Sememangnya wajah memberikan pelbagai makna tersirat dan tersurat.
Pakar psikologi melihat wajah dan analisis untuk mengetahui permasalah setiap individu. Sebab itu dalam ilmu komunikasi perbincangan manusia harus bertentangan mata. Pusat perisikan antarabangsa juga menggunakan wajah sebagai salah satu identiti pengenalan diri selepas ibu jari. Tajukah anda bahawa wajah setiap mahkluk di dunia ini mempunyai simetri yang berbeza dan unik sekali.
Berkaitan wajah juga, telah menaikkan beberapa nama jurufoto yang sekarang ini sudah bergelar otai. Salah seorang daripada mereka ialah Steve McCurry, juru foto National Geography yang terkenal sebaik sahaja gambar wajah potrait seorang gadis Afganistan menjadi muka hadapan majalah NG, dan tersebar ke seluruh dunia.
Gadis Afganistan |
Hasilnya, majalah NG telah menjurus kepada jenis pelaporan kajian dan penyiasatan ilmiah. Setiap rencana atau tugasan yang ditulis adalah berkisar kepada gambar yang dirakam. Hal ini telah mendorong kewujudan apa yang dinamakan 'photojournalist'. Dan fenomena ini tidak terhenti setakat itu sahaja malah semakin berkembang dengan hebatnya sejajar dengan penghasilan pelbagai teknologi yang memudahkan lagi penyebaran media.
Bercakap mengenai gambar Gadis Afganistan, tidak seharusnya kita melupakan Steve McCurry. Beliau bukan sahaja seorang jurufoto, malah seorang ayah yang penyayang. Pembaca boleh mengetahui lebih lanjut mengenai beliau di http://stevemccurry.com/biography
Steve McCurry |
Itulah penangan jurufoto berkaitan wajah. Sememangnya wajah memberikan pelbagai makna tersirat dan tersurat.
No comments:
Post a Comment