Namaku Daim. Hobiku berfikir. Petang tadi aku berfikir, alangkah indanhnya dunia ini yang aman tenteram tanpa ada apa-apa masalah. Yang tua menghormati yang muda. yang muda menghormati dan menghargai yang tua. Orang yang kuat pegangan agamanya manasihati yang kurang beragama, manakala yang kurang pengatahuan agama pula menghargai apa-apa jua tindakan yang baik, saranan daripada yang kuat pegangan agamanya.
Oppss...aku terlupa. Kakakku baharu sahaja menerokai alam TABIKA. Maka tinggallah aku bersama haiwan kesukaanku, Mr. Cat. Aku tidak mampu menahan amarah kebimbanganku bahawa harga barangan kesemuanya telah naik secara mendadak. Jika dahulu, aku selalu merasai nikmat epal lecek dan jus epal, kini semuanya sudah tidak ada lagi. Kerana apa? Kerana harganya yang naik begitu mendadak sekali, umpama roket yang memecut seragam menentang graviti.
Ya, hampir semua berkata namaku Daim, seolah merujuk kepada mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin. Aku hanya Daim yang biasa, rakyat biasa golongan sederhana. Mungkin nama kami hanya serupa. Yang jelas, jika aku Daim mantan Menteri Kewangan, akan aku manfaatkan sehabisnya ilmu yang aku miliki dan ketahui untuk memberikan cadangan yang bernas, munasabah dan hampir tepat kepada Perdana Menteri Malaysia, agar tidak berlaku beban kewangan yang harus ditelah ibu dan ayahku.
Tiada yang lebih indah selain berkorban pengetahuan yang dimiliki diri untuk kepentingan negara bangsa. Apa? GST?
GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas
aktiviti nilai tambah pada setiap
peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan
perkhidmatan, termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh kerajaan.
Sekian dahulu, sebab aku hendak tidur - bagi memastikan pelan tranformasi yang dirancang menjadi kenyataan, khusus kepada generasi kami pewaris bangsa...
No comments:
Post a Comment