Tuesday, May 3, 2011

PTS : Fenomena Masyarakat Membaca

Hari ini jika kita pergi ke kedai buku, MPH misalnya, pasti banyak terdapat buku yang ditulis menggunakan bahasa Melayu. Hal ini agak berbeza jika dibandingkan 15 tahun dahulu, dimana kita boleh katakan agar sukar untuk menemui buku yang ditulis dalam BM. Bukannya tidak ada, ada, cuma pilihan dan keadaannya fizikal buku tidak menarik.

Suatu masa dahulu, jika kita membeli buku hanya bersandarkan kepada kulit luar buku, maka kita akan dikatakan bukan pembaca yang sebenar. Sesuailah kata perpatah ini "don't judge the book by its cover". Namun, hari ini agaknya mungkin perpatah itu tidak digunakan lagi. Sebabnya pembaca tahu menilai buku, dan sudah semestinya buku yang hendak dibeli, dibaca terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan membelinya.

Kecualilah jika buku dijual di kedai buku yang masih mengamalkan dasar 'tutup pintu' yakni membungkus buku sambil meletakan tanda "Buku Untuk Dijual, Bukan Dibaca". Sekali pandang ayat tersebut memang mengambarkan tuan punya kedai berkenaan bukanlah kaki buku atau pembaca buku, namun, sekadar seorang yang menceburi bidang menjual buku.

Cerita pasal buku yang banyak dijual sekarang ini memang sesuatu yang mengiurkan. Acapkali jika berkunjung ke MPH di Kuching, walau tanpa perancangan atau niat pada awalnya, hasilnya tetap sama; pasti akan ada buku yang akan dibeli. Tulisan ini bukan bertujuan penulis untuk memberitahu dirinya suka membaca. Tidak sama sekali.

Tetapi, yang penulis hendak tekankan ialah kebanyakan buku yang dijual sekarang memang mudah dan memberikan banyak ilmu pengetahun kepada yang membacanya. Olahan ayat dan tarikan dalam bentuk ayat isi yang disampaikan penulis (mungkin juga yang telah diperbetulkan oleh editor) amat menarik sekali.

Bila bercakap mengenai buku yang menarik, luar dan dalam, agaknya masyarakat pembaca buku Melayu pasti akan bersetuju dengan saya bahawa buku keluaran pihak PTS memang menjadi pilihan dan ada tarikan yang tersendiri.

Tulisan ini bukan untuk mengiklankan PTS, namun adalah realiti buku-buku terbitan pihak PTS telah menyumbang kepada minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, jika dahulu di kedai buku ternama atau gah, buku BM hanya terselit bercampur dengan buku BI. Hal ini menimbulkan kesimpulan buku BM kurang diterbitkan, atau kedai tidak membeli buku BM (walhal ada penerbit yang telah lama menerbitkan buku BM).

Buku terbitan PTS juga bila kita baca dan amati (hampir kesemuanya himpunan buku yang penulis miliki) isi kandungannya jelas dan terarah kepada tajuk buku yang kita beli. Penyampaian hanya bercerita sekitar ilmu yang berkaitan tajuk. Dan paling menarik ada fakta dan maklumat rujukan diselitkan, lengkap dengan penerangan tajuk dan sebagainya.

Jika berkunjung di kedai MPH The Spring, misalnya, bukan satu yang pelik jika di rak-rak buku PTS, terdapat banyak pembaca yang menatap buku PTS. Keghairahan ini diserikan lagi dengan pemandangan budak-budak yang turut sama membaca buku keluaran penerbitan PTS.

Penulis percaya, fenomena buku PTS telah menjadi pioner kemunculan buku-buku BM lain di kedai buku mewah. Penulis berkata demikian kerana hanya selepas kejayaan PTS, pertambahan dan pertumbuhan penerbit buku BM boleh diumpakan seperti tumbuh cendawan selepas hujan.

Namun, yang menarik ialah PTS tidak kalah dalam persaingan tersebut, malah semakin ligat dan rancak bersaing. Tidak kurang ada juga yang mengatakan buku PTS penyeri buku BM di pasaran. Tanpa adaanya buku PTS, agaknya seri jualan buku BM pasti akan merudum.

Bila bilangan penerbit bertambah, jangkaan awal penulis PTS akan mengalami persaingan. Sebaliknya tidak. Penulis tidak melihat angka dan data, memadai melihat realiti di kedai-kedai buku bilangan buku yang dibeli kebanyakannya keluaran PTS.

Penulis pernah bertanya kepada beberapa orang pelanggan kenapa membeli buku terbitan PTS. Antara jawapan yang penulis suka dengar ialah gaya penulisan jelas dan terang. Bila penulis tanya kenapa buku penerbitan lain tidak jelas dan terang ke, pelanggan itu menjawab reka letak dan reka huruf PTS kemas, dan ayat tidak panjang berjela-jela.

Penulis menulis post ini sekembali dari kedai MPH The Spring. Berkunjung ke sana semata-mata mahu membeli buku 11 Teori dan Prinsip Motivasi di Tempat Kerja. Walaupun tujuan asal hanya membeli buku ini sahaja, namun tarikan, seolah magnet buku PTS ini telah mendorong penulis membeli beberapa buah buku lain iaitu 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah, Menjadi Pemimpin Super, Urus Bisnis Dengan Google dan Pemimpin 360 Darjah.

Dan sepekara lagi yang menjadi bualan kalangan penulis ialah, alangkah indah dan bahagianya jika buku mereka diterbitkan oleh PTS. sampai begitu sekali yang kerap penulis dengar....Itulah PTS, hasil kebijaksanaan dan gabungan dua orang yang wajar diberi penghargaan dan pengiktirafan kerana telah mencetus fenomena baharu dalam dunia buku di Malaysia, yakni kegilaan dan minat untukmembaca, lagi dan lagi.

Monday, May 2, 2011

Jiwa & Penghargaan

Jiwa yang diresapi penghargaan, menggerakkan semangat. Semangat pula mewujudkan keghairahan untuk melaksankan pekerjaan dengan lebih cekap. Itulah tandanya betapa pentingnya penghargaan dalam kehidupan. Jika tiada penghargaan macam mana pulak? Lu fikirlah senidiri, kata Nabil...

Bila Obama Istiharkan Kematian Osama...

Dunia menerima berita kematian Osama Bin Laden, dengan seribu tanda tanya. Betul atau sebaliknya. Hal ini kerana bukan perkara biasa bagi AS untuk menyebarkan progandanya sebagai salah satu 'senjata' dalam mengejar matlamatnya. Walau sudah dipapar daalam Internet akan wajah dan jasab Osama yang dikatakan sudah tidak bernyawa itu, masih terdapat juga dalam ruang forum berpendapat itu hanya lakonan AS semata-mata.


Haji Osama Bin Laden



Penulis menerima pesanan twitter berkaitan kemantian Osama pada malam tadi. Dan berita 'online' BBC yang ditonton pada jam 8 tadi memang ada menunjukan sebujur mayat, yang menyerupai Osama.. Amerika dan kuncunya menyambut berita kematian Osama dengan penuh kegembiraan. 

George Bush, yang menyimban rasa benci dan dendam amat tinggi kepada Osama, sudah semestinya menjadi individu yang paling gembira di muka bumi ini. "Dendamku dapat ku balas," mungkin itu detik Bush.

Adakah Osama bersalah atau sebaliknya? Persoalan yang sama diutarakan cerdikiawan sekrang terhadap Adolf Hitler. Bukan orang biasa, tapi cerdikiawan, yang sudah pun ada gelaran doktor falsafah! Kenapa soalan begini yang timbul? Sebabnya, Osama dikatakan menjadi hero negara Arab apabila berani secara lantang mengutuk dasar AS yang semua orang tahu  'bodoh sombong'. Dalam ertikata lain, dasar AS tidak boleh ditegur, bantah dan dilawan. kehendak mereka WAJIB dituruti. 
Benarkah ini semua dirancang oleh Osama?

Ditambahkan lagi dengan sikap pemimpin negara Arab yang bersifat 'lu-lu, gua-gu' maka tidak ada pihakpun yang sudi menjadi dahan untuk Osama mewujudkan forum dan sekaligus meminta dunia memberi peluang kepada mereka untuk memberitahu ini yang sebaiknya dilakukan.

Berbekal dengan modal dan dengan sikap orang Arab sendiri, Osama bertindak dengan cara sendiri yang dikatakan kejam (yang mengatakan itu akhbar Barat. akhbar kita hanya menyampaikan sahaja), maka satu dunia melabelkan Osama sebagai penjenayah paling kejam di planet Bumi.

Kita perlu disegarkan semula terhadap apa yang berlaku kepada Iraq pada masa George Bush menjadi Presiden. Sehingga ke hari ini dunia termasuk PBB hanya membiarkan sahaja hari-hari berlalu, walau tidak ditemui apa yang dikatakan senajata kimia yang merbahaya di negara Iraq. Dunia harus ingat, alasan itulah yang digunakan George Bush untuk menyerang dan menceroboh Iraq.

Kini, Sadam Hussin sudah pun menjadi arwah, gara-gara keputusan mahkamah atas telunjuk Bush. Dan terkini, AS melalui NATO berhampas pulas untuk menjahanamkan Gadafi, dengan serangan demi serangan yang membunuh orang awam yang hanya sedikit di laporkan oleh pihak media.

Selapas kematian Osama, siapakah lagi yang dapat diharapkan untuk menjentik kebodohan AS? Jika dahulu, PM kita Tun Mahathir berani bersuara dengan nada yang sama. Tetapi hari ini? 

Harapkan Presiden Iran, tanpa sokongan padu negara Arab sendiri, adalah suatu yang sukar untuk Iran menegur AS. Maka yang dijangkakan akan berlaku selepas ini ialah kerana kemarahan yang amat sangat kepada AS, maka jalan mudah ialah melalui serangan demi serangan.

Sebagai manusia mungkin kita boleh memahami akan kesusahan kehidupan rakyat Palestine yang sejak dulu, kini dan sekarang tidak selesai-selesai. Walhal, kuasa AS dapat melakukannya. Namun, disebabkan pengaruh dan lobi masyarakat Yahudi yang begitu hebat mengatasi masyarakat AS sendiri maka, AS bertindak mengikut telunjuk Israel.

Bayangkan, Israel, boleh memiliki senjata nuklear, tapi kenapa Iran tidak? Inilah dwi standard yang dipakai oleh AS dalam hubungan luarnya negaranya. Seorang kawan menghantar sms, bertanya kepada penulis, wajarkan dia menghadiakan bacaan al-Fatihah kepada Osama. Penulis menjawab, ianya bukan satu yang salah, sebabnya jika Osama bersalah, hukuman Allah lebih perit berbanding hukuman dunia. Al-Fatihah buat Haji Osama Laden....

Tak Dengar Pun Pihak Berkuasa Agama Islam...


Church slams tv station for showing sex video clip of Opposition leader lookalike

THE MAINSTREAM MEDIA, OR MSM, has one more moral cop to worry about now. It used to be just the politiocians, the KDN, the women's lib movement, the advertisers and the MCMC and a dictatorial Minister of Information. Now the MSM, or at least TV3, must worry about treading the Bishop's toes.

I'm sure the people at TV3 appreciate Bishop Paul's point. But it is also true that it is easier to be a blogger or run videos on on-line portals.

P.S. Personal, I'm curious now. What does the Bishop feel about the video itself, I mean if it's true the horse involved is not just a lookalike after all? Would like to know what he thinks of Datuk T, too.