Dunia menerima berita kematian Osama Bin Laden, dengan seribu tanda tanya. Betul atau sebaliknya. Hal ini kerana bukan perkara biasa bagi AS untuk menyebarkan progandanya sebagai salah satu 'senjata' dalam mengejar matlamatnya. Walau sudah dipapar daalam Internet akan wajah dan jasab Osama yang dikatakan sudah tidak bernyawa itu, masih terdapat juga dalam ruang forum berpendapat itu hanya lakonan AS semata-mata.
Haji Osama Bin Laden |
Penulis menerima pesanan twitter berkaitan kemantian Osama pada malam tadi. Dan berita 'online' BBC yang ditonton pada jam 8 tadi memang ada menunjukan sebujur mayat, yang menyerupai Osama.. Amerika dan kuncunya menyambut berita kematian Osama dengan penuh kegembiraan.
George Bush, yang menyimban rasa benci dan dendam amat tinggi kepada Osama, sudah semestinya menjadi individu yang paling gembira di muka bumi ini. "Dendamku dapat ku balas," mungkin itu detik Bush.
Adakah Osama bersalah atau sebaliknya? Persoalan yang sama diutarakan cerdikiawan sekrang terhadap Adolf Hitler. Bukan orang biasa, tapi cerdikiawan, yang sudah pun ada gelaran doktor falsafah! Kenapa soalan begini yang timbul? Sebabnya, Osama dikatakan menjadi hero negara Arab apabila berani secara lantang mengutuk dasar AS yang semua orang tahu 'bodoh sombong'. Dalam ertikata lain, dasar AS tidak boleh ditegur, bantah dan dilawan. kehendak mereka WAJIB dituruti.
Benarkah ini semua dirancang oleh Osama? |
Ditambahkan lagi dengan sikap pemimpin negara Arab yang bersifat 'lu-lu, gua-gu' maka tidak ada pihakpun yang sudi menjadi dahan untuk Osama mewujudkan forum dan sekaligus meminta dunia memberi peluang kepada mereka untuk memberitahu ini yang sebaiknya dilakukan.
Berbekal dengan modal dan dengan sikap orang Arab sendiri, Osama bertindak dengan cara sendiri yang dikatakan kejam (yang mengatakan itu akhbar Barat. akhbar kita hanya menyampaikan sahaja), maka satu dunia melabelkan Osama sebagai penjenayah paling kejam di planet Bumi.
Kita perlu disegarkan semula terhadap apa yang berlaku kepada Iraq pada masa George Bush menjadi Presiden. Sehingga ke hari ini dunia termasuk PBB hanya membiarkan sahaja hari-hari berlalu, walau tidak ditemui apa yang dikatakan senajata kimia yang merbahaya di negara Iraq. Dunia harus ingat, alasan itulah yang digunakan George Bush untuk menyerang dan menceroboh Iraq.
Kini, Sadam Hussin sudah pun menjadi arwah, gara-gara keputusan mahkamah atas telunjuk Bush. Dan terkini, AS melalui NATO berhampas pulas untuk menjahanamkan Gadafi, dengan serangan demi serangan yang membunuh orang awam yang hanya sedikit di laporkan oleh pihak media.
Selapas kematian Osama, siapakah lagi yang dapat diharapkan untuk menjentik kebodohan AS? Jika dahulu, PM kita Tun Mahathir berani bersuara dengan nada yang sama. Tetapi hari ini?
Harapkan Presiden Iran, tanpa sokongan padu negara Arab sendiri, adalah suatu yang sukar untuk Iran menegur AS. Maka yang dijangkakan akan berlaku selepas ini ialah kerana kemarahan yang amat sangat kepada AS, maka jalan mudah ialah melalui serangan demi serangan.
Sebagai manusia mungkin kita boleh memahami akan kesusahan kehidupan rakyat Palestine yang sejak dulu, kini dan sekarang tidak selesai-selesai. Walhal, kuasa AS dapat melakukannya. Namun, disebabkan pengaruh dan lobi masyarakat Yahudi yang begitu hebat mengatasi masyarakat AS sendiri maka, AS bertindak mengikut telunjuk Israel.
Bayangkan, Israel, boleh memiliki senjata nuklear, tapi kenapa Iran tidak? Inilah dwi standard yang dipakai oleh AS dalam hubungan luarnya negaranya. Seorang kawan menghantar sms, bertanya kepada penulis, wajarkan dia menghadiakan bacaan al-Fatihah kepada Osama. Penulis menjawab, ianya bukan satu yang salah, sebabnya jika Osama bersalah, hukuman Allah lebih perit berbanding hukuman dunia. Al-Fatihah buat Haji Osama Laden....
No comments:
Post a Comment