Salam tahun baharu 2011. Setiap hari jika kita amati bahawa kita belajar di atas apa-apa yang berlaku kepada diri kita. Kita belajar untuk berhadapan dengan masyarakat, berhadapan dengan masalah dan berhadapan dengan apa-apa jua yang mencabar untuk kita selesaikan sebaiknya. Setiap saat, kita diduga dengan pelbagai persoalan dan pertanyaan berhubung kenapa dan mengapa. Semua ini adalah tanda kita masih hidup. Kehidupan yang sebaiknya adalah yang bermakna, kepada diri kita, keluarga dan masyarakat. Kita memberi sumbangan kepada masyarakat, dalam apa-apa jua bentuk sekalipun, hatta yang sekecil sekalipun, umpamanya mengalihkan seketul batu bata di jalanan, dengan niat agar tidak menganggu kenderaan yang lalu lalang.
Kita diajar akan berfikir sebelum bertindak, dan menyelesaikan masalah dengan mengambik kira kepentingan bersama. Agama kita mengajar agar tidak bersidat keras, kecuali kepada yang seharusnya. Budaya kita mengajar agar kita saling hormat-menghormati, tanpa mengira kaum, agama dan usia. Kita diajar semuanya yang biak, dan hanya sesekali didedahkan dengan perkara yang tidak baik secara tanpa kita sedar.
Tahn 2011 seharusnya menjadi lambaran baharu untuk ita berusaha menjadi yag terbaik - kepada diri sendiri, masyarakat dan sekaliannya. Itulah yang harus kita azam, usaha dan iktiarkan jika kita inginkan kehidupan yang terbaik. Tidak ada yang sukar melainkan kita sendiri yang akan berfikir ianya sukar. Pokok pangkalnya adalah semua bergantung kepada diri kita sendiri. Apa yang kita mahukan dan tulah yang yang kita tetapkan atau plih untuk diri kita sendiri. Hidup bergantung kepada diri sendiri, keputusan hidup adalah pilihan kita. Nasihat saya, pilihlah yang terbaik untuk kesahjeteraan kita semua. Semoga Allah menjadikan tahun baharu 2011 sentiasa penuh dengan rahmatNYA dan keberkatanNYA, Amin....
Selamat menyambutt tahun baharu 2011.
No comments:
Post a Comment