Thursday, January 6, 2011

Penulis dan Menulis

Kalangan orang berilmu, impian untuk memiliki buku sendiri adalah suatu yang lumrah. Namun, tidak semua yang mampu berbuat demikian atas pelbagai alasan dan sebab. Antara yang menjadi faktor penghalangnya ialah faktor pengurusan masa. Kesannya, hanya tinggal impian dan harapan yang berkubur.

Penulis pernah mendengar ayat yang menarik daripada seorang penulis buku kreatif. Menurut penulis berkenaan, dia menulis dan menerbitkan buku disebabkan dua perkara - agar dirinya sentiasa hidup dalam masyarakat walaupun jasad sudah menjadi mayat dan kepuasan apabila buku diterbitkan setelah 5 naskhahbuku akan tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia. 

Soal buku laris di pasaran atau sebaliknya, menurut penulis berkenaan, bukan menjadi soal kerana yang penting dia menulis, dan ada buku sendiri. Penulis akui akan kebenaran nikmat ketika menulis, apatah lagi jika hasil yang kita tulis disiarkan atau diterbitkan. Sama ada disiarkan di dada akhbar, majalah atau dijadikan buku, kepuasan itu peribadi sekali rasanya. Tidak semua dapat menikmati nikmat tersebut.

Malam ini penulis mendapat idea untuk menulis ini setelah membaca dan menikmati buku bertajuk Tipping Point, oleh Malcom Gladwell. Walaupun agak terlewat untuk membaca buku tersebut namun penulis puas sebab apa-apa jua yang dibincangkan oleh pengarang berkenaan, merupakan suatu yang logik berlaku dalam persekitaran kita.

Kelebihan penulis berkenaan ialah dia mengarang dan menerbitkannya dalam bentuk buku dan dijual ke seantero dunia, serta dalam pelbagai bahasa. Itulahkelebihan Gladwell, berbanding kita semua. 

Malcolm Gladwell lahir tahun 1963 di Inggris dan dibesarkan di Kanada. Dia memperoleh gelaran sarjananya dalam bidang sejarah dari University of Toronto pada tahun 1984. Dari tahun 1987 hingga 1996 dia pernah menjadi reporter di akhbar The Washington Post, sebagai penulis di ruangan sains dan kemudian pernah menjawat jawatan sebagai ketua biro New York. Sejak tahun 1996 ia menjadi staff writer bagi majalah The New Yorker.

Beliau pernah menulis bahawa kepuasan hidup sebenar ialah bila kita berkongsi pengalaman yang digarap dengan ilmu dalam bentuk sebuah buku. Itulah nilai ilmu bagi seseorang yang telah capai ke tahap demikian. Rasa yang sama turut dialami oleh cerdikiawan kita yang menulis demi penyebaran ilmu, bukan kerana wang semata-mata.

Indahnya jika kita juga dapat menghasilkan buku dalam tempoh terdekat ini...Insya-Allah.

1 comment:

bno.sabakbernam said...

salam bos. minta kbenaran link. tlg link kami juga. tk.
* nursyazalina (denanz ayh saya)