Kalangan orang berilmu, impian untuk memiliki buku sendiri adalah suatu yang lumrah. Namun, tidak semua yang mampu berbuat demikian atas pelbagai alasan dan sebab. Antara yang menjadi faktor penghalangnya ialah faktor pengurusan masa. Kesannya, hanya tinggal impian dan harapan yang berkubur.
Penulis pernah mendengar ayat yang menarik daripada seorang penulis buku kreatif. Menurut penulis berkenaan, dia menulis dan menerbitkan buku disebabkan dua perkara - agar dirinya sentiasa hidup dalam masyarakat walaupun jasad sudah menjadi mayat dan kepuasan apabila buku diterbitkan setelah 5 naskhahbuku akan tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia.
Soal buku laris di pasaran atau sebaliknya, menurut penulis berkenaan, bukan menjadi soal kerana yang penting dia menulis, dan ada buku sendiri. Penulis akui akan kebenaran nikmat ketika menulis, apatah lagi jika hasil yang kita tulis disiarkan atau diterbitkan. Sama ada disiarkan di dada akhbar, majalah atau dijadikan buku, kepuasan itu peribadi sekali rasanya. Tidak semua dapat menikmati nikmat tersebut.
Malam ini penulis mendapat idea untuk menulis ini setelah membaca dan menikmati buku bertajuk Tipping Point, oleh Malcom Gladwell. Walaupun agak terlewat untuk membaca buku tersebut namun penulis puas sebab apa-apa jua yang dibincangkan oleh pengarang berkenaan, merupakan suatu yang logik berlaku dalam persekitaran kita.
Kelebihan penulis berkenaan ialah dia mengarang dan menerbitkannya dalam bentuk buku dan dijual ke seantero dunia, serta dalam pelbagai bahasa. Itulahkelebihan Gladwell, berbanding kita semua.
| |
1 comment:
salam bos. minta kbenaran link. tlg link kami juga. tk.
* nursyazalina (denanz ayh saya)
Post a Comment