Sunday, May 24, 2009

PPMN 2009: Perjungan Tanpa Henti

Alhamdulillah, selesai sudah Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009, yang diadakan di Puteri Resort, Air Keroh, Melaka Bandar Bersejarah. Banyak pengalaman baharu yang telah diperolehi. Paling berharga ialah terdapat beberapa kertas kerja yang berguna kepada saya untuk tujuan rujukan dalam penulisan. Selain itu, pengalaman tersebut memberikan idea untuk menghasilkan novel berhubung sautu peristiwa bersejarah yang berlaku, yakni PPMN 2009 itu sendiri.

Secara keseluruhannya, perhimpunan kali ini berjaya, dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur. Namun saya tetap akan menulis disini beberapa cadangan untuk tujuan penambahbaikan. Antaranya ialah berkaitan dengan sesi pembentangan. Hampir kesemua pembentang terdiri daripada mereka yang berpengalaman, dan sudah lama terlibat dalam dunia penulisan. Juga terdapat beberapa orang pembentang merupakan muka baharu yang hendak ditonjolkan. Saya tabik dengan keprihatinan pihak penganjur berhubung melahirkan pelapis muda yang sekaligus mengambil penbentang yang terdiri daripada kalangan penulis muda sendiri.

Namun yang saya persoalkan ialah mengenai isu atau tajuk yang dikemukan, ada yang tidak releven dengan realiti penulis muda itu sendiri. Misalnnya persoalan mahasiswa aliran sains yang tidak membaca buku sastera, pada saya itu bukan yang seharusnya dibincangkan atau menimbulkan persoalan.

Yang seharusnya ditekankan ialah agar penulis muda tetap terus menulis dan menghasilkan karya. Janan sempitkan realiti perbezaan sains dan sastera, dengan beranggapan itu satu bentuk halangan atau cabaran kepada perkembangan sastera. Pada saya hal itu tidak akan berlaku kerana sastera adalah seni dan cabang kepada pembentukan emosi. Sama ada seorang itu jurutera atau guru sastera, yang membezakan mereka ialah EQ masing-masing.

Begitu juga berkaitan dengan penyertaan, agak terkilan kerana tidak dapat dipastikan penyertaan yang mewakili setiap negeri atau adakah peserta yang hadir, yang rata-ratanya bekas peserta yang menyertai program Minggu Penulis Remaja (MPR), mewakili setiap negeri.
Saya bangkitkan persoalan ini kerana saya yakin pasti banyak lagi penulis di setiap negeri yang muda tap tidak dapat menyertainya, sama ada tidak tahu atau sengaja tidak mengambil tahu.

Mungkin wajar juga difikirkan pada masa akan datang, dicadangkan terdapat pembentang yang akan melihat atau mengkaji dari sudut motivasi khusus kepada penulis muda agar minat dan kecenderungan mereka tuntas. Peluang bergaul dengan para peserta yang rata-ratanya banyak yang lebih muda berbanding usia saya mendapati ada dalam kalangan mereka yang sudah memiliki buku sendiri, cumanya tidak puas hati dengan hasilnya gara-gara dicincang editor.

Hal seumpama ini wajar diketengahkan juga dalam perhimpunan seumpama ini agar penulis muda tahu dan mendapat maklumat berhubung tatacara penerbitan, kontarak perjanjian penerbitan buku dan sebagainya. Tidak salah jika diwujudkan satu sesi khusus yang hanya bercerita mengenai liku-liku penerbitan buku, agar penulis muda (sememangnya mereka muda dan kebanyakkan lingkungan 20-an) mendapat maklumat hal sebegini.

Apa-apa pun, sekali lagi tahniah diucapkan kepada pihak penganjur yang bertungkus-lumus memastikan perjalanan majlis ini berlangsung dengan jayanya.

7 comments:

denanz said...

peserta dan penganjur semuanya muda2 belaka!

Zaid@Zaidel said...

Jgn jlous, kita org mmg muda lagi hehehehe

Farmilla Hamdi said...

Isu PPMN 2009 di KL masih hangat diperkatakan, kerana PPSMI dan ucapan perasmian. Saudara Zaid maklum kan kan kan

Nazmi Yaakub said...

maklum balas yang baik. insya-Allah, lepas ni penyertaan penulis muda akan diperluaskan dan diperbanyakkan.

sama ada mpr atau bukan mpr, perbezaannya terlalu tipis, lebih tipis daripada kulit bawang.

kerana akhirnya, sebagai penulis, yang akan dinilai ialah buah fikiran dan karyanya.

Farmilla Hamdi said...

Aih, sik ada cerita baru ke kawan...

Zaid@Zaidel said...

Sdra Farmilla Hamdi, selagi isu pengajaran BI belum dikuktamadkan oleh menteri yang berkenaan, selagi itulah penulis muda akan bersuara...

Sdra Nazmi Yaakub, jika boleh diwujudkan polemik agar perhimpunan penulis muda diadakan pada setiap negeri dahulu sebelum konvensyen peringkat kebangsaan. alangkah bagusnya jika semua penulis muda dan yg bertenaga masih muda dimanfaatkan sepenuhnya oleh negara seperti yang diamalkan di negara maju...

Zaid@Zaidel said...

Sdra Farmilla, gago pok, baruk dapat nak update...hehehehehe