Setiap kali menjelang pilihan raya seperti sebelum ini, pasti media massa, TV, khususnya menjadi pilihan pihak yang bertanding. Namun di Malaysia, umumnya mengetahui bahawa semua saluran TV adalah milik kerajaan. Justeru keadaan ini mendatangkan resah kepada pihak parti pembangkang kerana mereka tiada saluran khusus untuk menceritakan yang benar kepada kerajaan.
Begitu juga di pihak kerajaan, apabila semua stesen TV digunakan untuk mereka menjelaskan atau mendedahkan semuanya berkaitan pembangkang, tidak semua rakyat akan mempercayainya, malah ada dengan sinis turut akan berkata, mereka boleh berkata apa-apa jua sebab kuasa di tangan mereka dengan semua saluran TV di bawah genganggaman mereka.
Bila situasi ini berlaku seolah apa-apa jua maklumat yang kerajaan akan sampaikan seolah menjadi tidak benar, dusta, propaganda dan sebagainya. Walhal itu adalah sebaliknya. Sudah menjadi semacam "trend" menjelang pilihan raya seorlah apa-apa jua maklumat darpada pihak kerajaan khususnya yang bertujuan memperbetulkan maklumat yang salah daripada pihak pembangkang, akan dicopkan sebagai dusta dan sebagainya.
Dengan kemunculan internet dan blog, rasanya semuanya sudah menjadi tidak rahsia lagi. Cumanya pihak kerajaan rugi jika situasi media berterusan dikawal pihak kerajaan khususnya TV. Buktinya, rakyat yang dahagakan maklumat akan mencari di internet dan blog. Dalam keadaan blog "orang kerajaan" kurang banyak berbanding yang "pro pembangkang" maka ada baiknya pihak kerajaan memikirkan untuk memberikan satu saluran tv kepada pihak pembangkang.
Alasan saya berkata begitu kerana kenapa perlu bersusah-susah untuk memberi penjelasan itu dan ini, walhal pada keadaan yang sama pembangkang tidak dapat menjawab, sebaliknya blog dan akbar online seperti Malaysiakini dan yang sewaktu dengannya menjadi pilihan rakyat. Pada amatan saya antara sebab rancangan berbentuk hujah atau forum yang melibatkan parti pembangkang dan kerajaan menjadi pilihan tontontan masyarakat kerana mereka sememangnya dahagakan maklumat yang tepat. Tepat dalam ertikata maklumat diterima dariapda kedua-dua pihak.
Justeru dengan adanya satu siaran khusus kerajaan dan pembangkang, maka rakyat sendiri boleh membuat penilaian. Mengenai kosnya pulak, untuk pihak pembangkang, maka itu adalah tanggungan mereka sendiri. Pihak kerajaan seharusnya memberikan peluang. Mungkin kaedah ini yang wajar diteliti oleh penerajui kepimpinan Malaysia sekarang.
No comments:
Post a Comment