Setiap insan mempunyai satu set emosi asas yang sama, contohnya marah, sediah, gembira, teruja atau excited. Tanpa mengira dimana lokasi kita, negara atau bangsa, set asas ini dimiliki oleh setiap yang bergelar manusia. Namun, ekspresi emosi yang asas ini berbeza kepada setiap individu yang lain kerana dipengaruhi oleh sistem agama, falsafah hidup, taraf pendidikan dan budaya yang berbeza.
Pengalaman yang membabitkan emosi amat penting dalam membantu pembentukan ili atau pengalaman hidup seseorang. Hal ini kerana tindakbalas yang berasaskan emosi sering kali dianggap oleh para pemikir sebagai pemangkin kepada proses pembelajaran. Tiada ilmu ataupun keputusan dalam dunia ini yang dapat dipisahkan daripada pengaruh emosi.
Dalam buku The Role of Self in Congnition and Emotion, pemikiran dan emosi sering dipisahkan dan kedua-duanya diberikan entiti yang berlaianan. Namun hakikat ini banyak tidak dipersetujui oleh cerdikiawan yang lain. Memang tidak dapat dinafikan terdapat perbezaan di antara pemikiran yang dipengaruhi emosi dan pemikiran yang berpaksikan fakta.
Pada masa yang sama tidak ada sebab untuk kita menganggap emosi itu adalah secara semulajadi, dan secara nyata sesuatu yang tidak rasional. Pemikiran yang tidak membabitkan emosi itu adalah rasional secara semulajadi.
Gillhooly, Keane, Logie dan Erdos (1990) beranggapan adalah suatu yang salah dan mengelirukan, bahawa pemikiran yang tidak membabitkan emosi adalah suatu emosi semulajadi. Mereka berpegang kepada hakikat bahawa adalah mustahil bagi kita mengharapkan manusia sentiasa rasional kerana banyak lagi rahsia dunia yang masih belum diketahui umum, dan objektif hidup kadang-kadang bukan sahaja saling bercanggah, tetapi tidak dapat dipertandingkan dengan satu bentuk ukuran sahaja.
Saya beranggapan bahawa pertentangan antara emosi dan pemikiran tidak akan selesai selagi manusia sendiri tidak memahaminya. Pemikiran berpusat di otak atau apa yang dipanggil serebrum, manakala emosi berpunca dari hati nurani. pemikiran adalah suatu yang jelas, manakala emosi pula boleh mengaburkan. Pemikiran adalah anugerahNYA hanya kepada yang bernama MANUSIA, manakala emosi kepada semua makhluknya. Jadi jika pada diri manusia itu pertelagahan isu antara emosi dan pemikiran, masih belum selesai maka itulah tandanya manusia itu belum menghargai potensi yang ada pada dirinya. Kekadang manusia asyik sibuk hal orang lain dan terlupa memikirkan dirinya sendiri.
No comments:
Post a Comment