Hari ni sudah 5 hari semenjak PM yang baharu mengumumkan senarai ahli kabinetnya. Seperti biasa maka pelbagailah analisis yang dikemukan oleh pakar atau orang yang beranggapan diri mereka adalah pakar. Itu suatu yang normal dalam suatu masyarakat yang mengamalkan sistem hemokrasi. Mereka bebas meluahkan apa-apa jua asalkan jangan sampai melanggar tatasusila negara.
Pada saya tak kisahlah siapa jua yang menjadi atau menyertai kabinet Malaysia. Janji orang dipilih tersebut benar-benar memahami bahawa mereka yang dipilih itu untuk bekerja kepada rakyat Malaysia, tanpa mengira agama, parti dan negeri. Dan paling penting mereka yang dilantik itu benar-benar bekerja untuk rakyat. Jangan hanya bekerja dimusim atau menjelang pilihan raya.
Kekadang bila mendengar pemimpin politik berkempen menjelang musim pilihan raya, senyeum seorang diri. Apa tidaknya, yang dijanjikan ialah suatu kemudahan asas yang tanpa perlu bertukar parti, wajib dilaksanakan oleh parti pemerintah. Pembinaan jalan raya bertar, misalnya, atau membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk setempat, mahupun membekalkan air besih. Itu adalah tanggungjawab wajib yang bergelar kerajaan kepada rakyat. Jangan pula hal yang sedemikian diputar-belitkan.
Adapun pemimpin atau yang bergelar YB, sama ada peringkat Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, mereka merupakan aksesori yang dihiasi disetiap bahagian atau kawasan. Jika kena pada tempatnya maka kawasan atau bahagian tersebut akan menyerlah dengan kreativiti pemimpin berkenaan.
Dalam International Relations menyebut ada lima nilai asas sosial (basic social values) yang rakyat harap pada negara atau kerajaan diberikan kepada mereka. Perkara tersebut adalah security (keselamatan), freedom (kebebasan), order (peraturan), justice (keadilan) dan welfare (kebajikan).
Jika kita amati maka sekaligus menunjukkan kepada kita bahawa aspek menjaga keselamatan, kebajikan adalah tanggungjawab hakki kerajaan. begitu juga yang lain. Justeru tidak perlulah dibahaskan terlalu lama mengenai keserasaian kabinet baharu Malaysia. Yang lebih penting ialah Keys Performance Index (KPI) menteri yang dilantik seperti mana diwar-warkan akan dijadikan ukuran prestasi para menteri, dihebahkan kepada sekalian masyarakat.
Kegunaannya agar rakyat boleh menilai sama ada menteri yang dilantik tersebut benar-benar boleh bekerja, dan juga kreatif dalam mentadbir. Tidak berguna juga jika beriya bekerja bermati-matian tapi tidak kreatif dalam menyumbangkan buah fikiran. Sebab adalah lazim idea orang atasan pasti akan dituruti berbanding orang bawahan. Itu realiti peradaban pada hari ini. Mudah-mudahan ada perubahan yang positif dalam aliran mentadbir kabinet Malaysia yang baharu ini...
No comments:
Post a Comment