
Idelaisme merujuk kepada pegangan atau prinsip fundamental yang berasaskan kepada dua perkara yang pokok, iaitu kecintaan terhadap nilai yang mulia dan murni. Contohnya kecintaan kepada kebenaran, keadilan atau keharmonian. Manakala yang kedua ialah kebencian terhadap unsur yang memualkan, murahan atau dalam kata lain yang memuakkan. Contohnta kebencian terhadap kepalsuan, kezaliman atau kebatilan.
Dalam konteks penulisan, adalah suatu yang murni jika pengarang ada idelaisme sebelum menghasilkan karya. Seumpama kita memasang niat sebelum menulis, maka itu yang seharusnya dipraktikkan oleh para pengarang. Menurut sabda nabi, dengan hanya terdetik niat yang baik sahaja, Tuhan Yang Maha Pengasih sudahpun mencatatkan satu pahala atau ganjaran kepada kita.
Justeru renung-renungkanlah. Mudah-mudahan setiap perkara yang kita lakukan mendapat rahmat dan berkat daripadaNYA, amin...
No comments:
Post a Comment