Monday, February 2, 2009

Mat Rempit & Minah Rempitah...

Kita akan terus bercakap isu sosial lagi. Saya suka topik ini kerana isu sosial sekarang mula membentuk pemikiran belia masa kini. Banyak kajian yang telah mambukikannya. Cuma sedikit kesal, walau kajian membuktikan keparahan yang berlaku sekarang, pihak atasan masih lambat untuk mengambil langkah mengatasinya. Kekadang berfikir juga, kenapa agaknya lambat tindakan diambil walhal masa berjalan. Sesuatu harus dilakukan bagi mengatasi permasalahan yang berlaku.

Gejala Mat Rempit, misalnya, bukan sekadar melipatkan gejala belia menunjukkan “taring” ketika menunggang motosikal, malah lebih darpada itu. Gejala ini saling berkaitan dengan gejala sosal yang lain, seperti curi motosikal, vandalisne dan seks bebas. Malah kajian pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mendapati bahawa pelumba motosikal haram antara penyumbang besar kepada INDEKS jenayah negara.

Yang membimbangkan ialah kbanyakkan Mat Rempit berusia antara 14 hingga 25 tahun, dan mejoritinya berusia 21 tahun ke atas. Perlu kita ketahui bahawa usia ini ialah usia yang sesuai membenuk kepimpinan, dan di negara Barat, malah dalam sejarah Amerika Syarikat sendiri, kebanyakkan askar yang dihantar berkihidmat dalam Perang Vietnam adalah berusia dalam linkungan tersebut.

Dan yang paling menyedihkan ialah kebanyakkan mat motor ini pelajar pengajian tinggi, dan mereka ini lebih kepada mencari keseronokan ketika masa lapang atau melepaskan tekanan kerana pembelajaran di universiti. Dan 97 peratius kajian mendapati bahawa golongan Mat Rempt ini disifatkan kategori “kepala angin”. Mereka ini sanggup melakukan apa-apa sahaja janji mencapai kepuasan dalam berseronok. Kajian oleh pihak UKM juga mendapayti hanya 3 peratus sahaja yang benar-benar berjiwa mat motor, yakni golongan yang benar-benar sukakan aktiviti bermotor ini.

Bayangkan jika mat rempit itu seorang pelajar pengajian tinggi, dan terlibat dalam aktiviti sosial, dan semua mengetahui bahawa di IPT kebanyakkan siswa dan siswi tingal di asrama dan pergaulan bebas berlaku, jadi siapa harus disalahkan dan apakah jalan penyelesaiannya yang telah dilakukan oleh setiap pihak IPTA atau IPTS?
Saya suarakan permasalahan ini sebab semua mengetahui bahawa setiap Jumaat atau Sabtu, disetiap asrama universiti pasti banyak ahli keluarga atau teman lelaki yang akan mengambil siswa & siswi di pintu asrama. Keadaan ini berlaku di semua IPT. Dan jika berlakunya pergaulan bebas makan tidak musahil pula berlakuknya seks bebas.

Menurut Ketua Program Psikologi UKM, Prof. Madya Dr Rozimi Ismail, faktor perubahan gaya hidup zaman moden meyumbang kepada perilaku tidak senonoh itu kerana masyarakat sekarang bersifat global. Media massa yang terlalu menonjolkan kemewahan dan keseronokan adalah suatu kemestian dalam kehidupan telah mendorong belia masa kini berusaha kearah itu, walau apa-apa pun, janji dapat merasainya. Ntah, kini itulah yang berlaku di Bandar besar bila banyak siwa-siswi yang menjual diri kerana untuk mendapatkan RM lebih bagi menampung kehidupan.

Dan berbalik kepada gejala Mat Rempit, semuanya bermula dengan pergaulan bebas yang akhirnya akan membinasakan. Mudah-mudahan mereka mehami bahawa tindakan mereka tidak ada memberi mana kepada kesan jangka panjang dalam kehidupan mereka.

2 comments:

Ibnu Ahmad al-Kurauwi said...

Aku suka kalau tajuk itu ditukar kepada "Mat Rempit & Minah Rempitah"

syahrulnizam said...

Salam...

Apa khabar kitak tek?

www.syahrulnizam.com