Salam sejahtera. Seorang adik menghantar sms semalam agar saya membuka dan melihat blog ini yang begitu lama ditinggalkan dan tidak dikemaskinikan. Bukan sengaja mahu membiarkan blog ini tidak dikemaskinikan, tapi memang amat sibuk kebelakangan ini. Sibuk dengan pelbagai program dan projek berkaitan kerja yang perlu diselesaikan. Dan insya-Allah dalam tempoh yang terdekat ini akan turut serta dalam satu projek baharu bersama pihak media lain yang akan berkunjung ke penempatan masyarakat Penan di Long Lamai.
Memang seronok jika dapat bekerja sambil melihat kejadian alam yang pelbagai. Sekurang-kurangnya kita dapat menghargai akan makna kehidupan. Namun, bila diamati sms daripada Dicky semalam, terdetik juga untuk membuka blog dan menulis, memandangkan ada beberapa minit ruang waktu yang boleh digunakan untuk update blog.
Barulah saya memahami apa maksud tersirat dalam sms Dicky agar saya membuka blog. Rupanya ada pelbagai tomahan daripada pengunjung. Realitinya di alam siber ini, pelbagai tuduhan yang melulu akan digunakan oleh orang yang tidak cerdik untuk menghentam dan sebagainya.
Mereka beranggapan, dengan cara menghantam dan menulis apa-apa jua yang boleh menjatuhkan air muka seseorang, akan memberikan ketenangan dan kegembiraan pada diri mereka. Malah dengan pelbagai tuduhan fitnah dan sebagainya.
Golongan ini mungkin lupa bahawa di Malaysia ada Akta Komunikasi dan Multimedia, yang membolehkan seseorang itu dikesan dan dihadapkan ke muka pengadilan atas beberapa pertuduhan dan sebagainya. Lupakah apa yang terjadi kepada beberapa orang yang menghantar komen bernada menghina sultan yang baru sahaja dihadapankan ke mahkamah beberapa hari lalu?
Kemudahan yang disediakan dalam internet adalah untuk digunakan dengan sebaiknya sesuai dengan pemikiran kelas pertama, bukan untuk mengadu domba sesuatu yang tidak benar, bersifat fitnah, dan sewaktu dengannya.
Justeru, harapan saya kepada yang menulis komen dan sebagainya, bertanggungjawab dan beretikalah dalam semua perlakuan anda. Kebencian tidak akan membawa kepada apa-apa kejayaan. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci dan berdendam. Itu dialog yang saya petik dalam mega movie pada hari Sabtu yang lalu di Tv2.
Dulu saya pernah berhadapan dengan seorang yang bernama Dato Adil, berhubung situasi pertuduhan dan sebagainya. Sekarang, nampak gayanya ada lagi yang membenci tanpa sebab. Persoalannya kenapa dan mengapa? Siapa yang menipu dan siapakan yang ditipu? Hutang berkaitan apa?Nyawa, wang ringgit atau sebagainya?
Saya suka memperkenalkan buku La Tahzan atau Jangan Bersedih kepada golongan yang sakit jiwa sebab terdapat banyak panduan dalam buku itu untuk kita mengatasi permasalahan dalam hidup. Manlis adalah salah satu daripadanya, tetapi biarlah kita bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis.
Orang mukmin yang tidak ada aktiviti yang bermakna yakni dalam kelalaian, kekosongan adalah musuh yang membinasakan. Gunakan waktu dengan sebaiknya dan jangan biarkan ada satu minit pun yang terbuang sia-sia.
Justeru manfaatkan rauang waktu untuk perbuatan yang berfaedah, dan hindarilah dari terus menyiksa jiwa diri sendiri. Manusia yang berakal boleh menilai dan memberikan apa-apa jua pendapat, namun kebenaran hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui. Janganlah kita terlalu terdorong dengan stereotaip pemikiran masyarakat yang hanya melihat kulit buku atau luaran sahaja. Tuhan Maha Adil dalam setiap takdirnya.
Akhirnya sekali kepada Dicky, terima kasih di atas saranan agar saya kerap mengemakinikan blog ini. Insya-Allah, dalam seminggu ini saya usahakan untuk mengemakinikan blog ini agar berinformasi dan berguna kepada semua, Insya-Allah.
1 comment:
Salam.. Saya sedang membaca La-Tahzan. Satu karya yang membangkitkan jiwa. :)
Post a Comment