Agak lama tidak menulis dalam blog ini. Selain sibuk, ada blog lain yang saya paksa diri kemaskinikan hamper dua kali sehari. Kerja sebagai editor atau dibawah nama besar sebagai pihak media atau orang media, sememangnya sentiasa sibuk. Lebih-lebih lagi sekarang diarah untuk menguruskan penerbitan berkala. Jika dahulu hanya sebagai pembekal berita, namun sekarang ada editor dan dalam kumpulan pengarang. Mungkin bunyinya agak besar, namun tiada apa-apa yang besar melainkan tanggungjawab yang lebih besar sebab terpaksa mencari bahan dan menguruskan sendiri kesemuanya A-Z.
Dalam pada masyarakat kita diceritakan bahawa ekonomi bagi tahun 2009 ini agak mencabar dan menduga dengan kegawatan ekonomi global yang berlaku sekarang, kita lupa ada juga masalah masyarakat kita sekarang yang masih bersikap “Saya nak jadi apa pun boleh asalkan tak kacau orang lain.”
Sikap ini yang banyak berlaku sekarang dan di kota besar seperti Kuala Lumpur, keadaannya amat menyerlah sekali. Saya tidak bercadang untuk menghuraikannya sebab ini adalah masalah umat Malaysia bersama, dan jika generasi kita tidak diberi kesedaran maka akan parah dan musnahlah kesahjeteraan hidup bermasyarakat Yang mengejutkan ialah berdasarkan kajian penyelidiakan beberapa orang pensyarah dari Universiti Malaya baru-baru ini mendapati banyak belia Islam memuja syaitan secara tidak langsung akobat pengaruh menerusi pelbagai filem dan drama Barat, khususnya, pengaruh muzik khususnya Black Metal, dan permainan video yang mengagungkan nama syaitan.
Lebih malang lagi hasil kajian itu juga mendapati bahawa kebanyakkannya menganggap pembabitan dalam satanisme sekadar suka-suka tanpa menyedari boleh menjurus dan mendorong seterusnya penganut ke peringkat syirik. Sebanyak 682 responden adalah terdiri daripada belia Islam yang berusia 13 hingga 30 tahun, dan mejoritinya adalah pelajar. 68 peratus daripada responden adalah lelaki manakala 32 peratus lagi perempuan. Dalam konteks kelompok ini, satanisme adalah merujuk kepada konsep pemujaan syaitan. Syaitan ditonjolkan sebagai wira yang amat kuat, harus digeruni. Amalan dan fahaman sebahagian besar responden yang ditemui ini adalah mirip kepada ajaran sesat Antonszandor La Vey, iaitu Church of Satan.
Jika trend ini tidak diatasi sekarang, nescaya akan mencetuskan masalah serius dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. Adakah kecenderungan belia kita ini ada kaitan dengan sikap golongan dewasa dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri yang mempercayai kekuasaan bomoh, mderam dan yang sewaktu dengannya? Hal ini wajar dikaji oleh pihak akademik bagi tujuan mencari jalan penyelesaian membina negara bangsa yang bertamadun dan merdeka!
No comments:
Post a Comment