Thursday, January 29, 2009

Superman Vs. CicakMan

Jika ditanya apakah bezanya watak hero Malaysia dan watak hero Amerika, pasti panjang jawapan yang akan diberikan. Saya tidak mahu dengar itu semua, sebab saya menulis ini bukan untuk membicrakan filem dan membuat perbandingan filem Timur dan Barat. Yang nak saya tulis disini ialah apa mesej jangka panjang filem hero Malaysia dan filem hero Barat?

Ini kisahnya. Watak Superman (manusia terbang idola kanak-kanak yang terbang hanya memakai seluar dalam dan baju ketat) dicipta oleh Jerry Siegel dan Joseph Shuster dalam bentuk komik untuk menaikan semangat bangsa Yahudi . Kal-El dalam cerita Superman ialah “Tuhan” dalam bahasa Hebrew. Asalnya adalah komik dan kemudian difilemkan. Sehingga kita Superman banyak meninggalkan bekasnya kepada kanak-kanak, termasuklah kanak-kanak di negara Muslim dan Malaysia.

Lantaran begitu berjayanya filem Superman ini maka kedua pencipta watak Superman tersenarai sebagai tokoh penting dalam buku The Jewish Contribution to 20th Century. Kedua pencipta watak tersebut juga turut tersenarai sebagai antara 100 tokoh penting Yahudi dalam buku tulisan Michael Shapiro.

Beginilah adalah antara strategi banga Yahudi untuk menawan hati dan perasaan masyarakat dunia. Sekarang Cuma kita telitikan juga, apakah suambangan jangka panjang filem hero Made In Malaysia? Terbayang hero papaya, Keluangman, Cicak Man, dan satu lagi kartun Malaysia dalam Astro. Fikirkankanlah…

No comments: