Saturday, May 24, 2008

Indiana Jones? Bolehlah...

Semalam bertempat di Times Square, sekali lagi saya pergi menonton wayang. Kali ini cerita Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull. Beberapa faktor yang mendorong saya untuk menonton cerita ini kali ini walau tak pernah menonton cerita yang selainnya di panggung wayang. Antara daya penarik saya menonton kali ini ialah sebab pengarahnya ialah Steven Spielberg.

Tak pasti saya sebelum ini dia juga yang mengarah Indiana Jones sebelum ini. Yang jelas sebelum ini saya hanya menonton di televisyen. Berbalik kepada cerita yang saya tonton semalam, antara mesej yang boleh saya kongsi bersama ialah jangan terlalu percayakan kawan. Sama seperti cerita Iron Man yang saya tengok sebelum ini, kawan makan kawan. Jika nak tahu keseluruhannya cerita itu tengoklah sendiri. Pelakon utama ialah : Harrison Ford, Karen Allen, Shia LaBeouf, Cate Blanchett, Ray Winstone, John Hurt

1 comment:

ijad said...

awak suka tenguk wayang ke..