Thursday, May 22, 2008

Waspada Menyewa Rumah Di KL

Jika anda bercadang untuk mencari rumah sewa di ibu negara, berhati-hatilah kerana anda mungkin akan menjadi mangsa penipuan individu yang mendakwa memiliki rumah untuk ditawarkan.

Modus operandinya mudah iaitu dengan menampalkan nombor telefon mencari penyewa rumah di mana-mana lokasi dan menunggu pemanggilnya.

Rahsia itu terbongkar pada 27 April lalu apabila sebuah rumah flat di Taman Melati di sini menjadi rebutan beberapa individu yang mendakwa telah membayar deposit untuk memasuki rumah tersebut.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Tasya, 24, berkata, dia yang mahu berpindah masuk pada sebelah malam, 27 April lalu terkejut apabila mendapati rumah itu telah didiami orang lain.

"Saya telah membayar lebih RM1,000 selepas menghubungi seorang lelaki yang meletakkan iklan mahu menyewa rumah di sebuah pondok telefon awam di kawasan itu," katanya.

No comments: