Showing posts with label wayang. Show all posts
Showing posts with label wayang. Show all posts

Saturday, June 14, 2008

HULK Yang Pemarah

Hari ini saya ditaja melihat cerita The Incredible Hulk di KLCC. Terima kasih kepada penaja, hehehe...Dari awal sehingga akhir cerita ini memang melekakan. Seoalah aksi perperangan. Namun Hulk tetap Hulk juga. Bila marah maka akan bertukarlah menjadi Hulk. Moral keseleluruhan yang boleh saya simpulkan bila menonton cerita ini ialah kawal kemarahan anda atau anda akan menjadi seperti Hulk juga...Antara pelakonnya Edward Newton dan Liv Tyler.

Saturday, May 24, 2008

Indiana Jones? Bolehlah...

Semalam bertempat di Times Square, sekali lagi saya pergi menonton wayang. Kali ini cerita Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull. Beberapa faktor yang mendorong saya untuk menonton cerita ini kali ini walau tak pernah menonton cerita yang selainnya di panggung wayang. Antara daya penarik saya menonton kali ini ialah sebab pengarahnya ialah Steven Spielberg.

Tak pasti saya sebelum ini dia juga yang mengarah Indiana Jones sebelum ini. Yang jelas sebelum ini saya hanya menonton di televisyen. Berbalik kepada cerita yang saya tonton semalam, antara mesej yang boleh saya kongsi bersama ialah jangan terlalu percayakan kawan. Sama seperti cerita Iron Man yang saya tengok sebelum ini, kawan makan kawan. Jika nak tahu keseluruhannya cerita itu tengoklah sendiri. Pelakon utama ialah : Harrison Ford, Karen Allen, Shia LaBeouf, Cate Blanchett, Ray Winstone, John Hurt

Thursday, May 22, 2008

Iron Man Best Tapi...

Semalam bertempat di Times Square saya pergi menonton wayang bertajuk Iron Man. Secara keseluruhannya cerita ini ok lah, cuma penghabisannya yang tidak kemas membuat saya tak tahu pun bahawa cerita tersebut sudah habis sebenarnya.

Antara mesej utama yang boleh diambil pengajaran berdasarkan cerita tersebut ialah berhati-hatilah jangan sampai kawan makan kawan. Selebihnya kalau nak tahu tengoklah sendiri di panggung wayang di seluruh dunia...