Aku terdorong untuk menulis siaran
ini pada pagi yang Jumaat yang mulia ini kerana dua sebab. Pertama, bila
membaca berlaku perdebatan bertulis mengenai isu idea atau pendapat. Kedua, aku
hanya ingin berkongsi pendapat berhubung apa-apa isi yang berlaku yang
sememangnya telah Allah tetapkan.
Bila difikirkan tentang idea dan pendapat, aku
berpendapat tiada salahnya sesiapa jua yang memberi pendapat , usul ataupun
idea. Semua insan yang mempunyai akal dan berkemampuan berfikir sepatutnya
boleh memberikan pendapat masing-masing. Namun terpulang kepada kepada yang
empunya yang meminta pendapat samaada dia mahu menerima pendapat anda ataupun
tidak. Atau lebih manis lagi, janganlah idea, pendapat dan usul anda sampai ke
tahap yang boleh memudaratkan keharmonian kaum di Negara ini. Akibatnya, anda
boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hustan, Akta Fitnah dan sewaktu
dengannya.
Pendapat, idea ataupun usul
boleh dikembangkan daripada satu tajuk menjadi seribu cerita yang berbeza. Pendapat,
idea dan usul boleh diberikan tanpa mengira faktor umur, senior atau junior,
tuan ataupun pekerja. Jika anda seorang yang berkedudukan tinggi, tidak ada
salahnya mendengar pendapat orang bawahan. Juga ibu serta bapa, sesekali
beralahlah apabila anak memberikan pendapat, idea ataupun usul. Asalkan setiap
pendapat, idea atau usul itu tidak menyalahi hukum Allah ataupun hukum alam,
anggaplah boleh diguna pakai.
Nabi Daud as sering meminta
anaknya Nabi Sulaiman as memberikan pendapat dan idea semasa baginda menjadi
raja. Ternyata Nabi Sulaiman sewaktu itu masih muda remaja lagi mampu
memberikan pendapat , idea dan usul yang baik. Baginda Muhammad SAW juga menerima pendapat sahabat ra bernama
Khabbab bin Munzir iaitu seorang pakar strategi perang semasa memilih tempat
sewaktu perang Badar. Apabila berlaku pendebatan
atau pembalahan antara dua pihak atau kumpulan, ianya sememangnya rumit untuk
diselesaikan. Pasti ada berlaku situasi saling tidak mengalah.
Jadi, ini boleh dijadikan
sebagai cara untuk mendamaikan 2 golongan yang berbalah pendapat, idea dan
usul. Tetapi pihak yang berbalah tersebut mestilah dapat menerima keputusan
yang diberikan oleh rakan yang dipilih untuk membuat keputusan.
Pendapat, usul dan idea mampu
membuatkan suasana menjadi lebih baik, terpelihara dan tersusun. Tetapi ianya
juga boleh merosakkan keadaan atau membuat ianya bertambah teruk. Semuanya ada
pro dan kontra. Sama-samalah kita memberi peluang kepada diri sendiri dan juga
orang lain untuk memberikan pendapat, idea dan usul. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment