Adab itu lebih utama
dipertahankan berbanding ‘perkara ranting’ yang sedang dipertikaikan. Ramai
orang yang bijak, tetapi masih sedikit orang yang berakhlak. Hanya dengan
kebijaksanaan dan kasih akung kita dapat mencari
kebenaran… Jika tidak yang kita cari cuma kemenangan. Biar kalah hujah, asalkan
‘menang’ akhlak. Justeru, selamanya manusia ’dont care how much you
know untill the know how much you care’.
Bila aku mula menulis, kebanyakkannya
adalah disebabkan luahan yang ingin dikongsikan. Walaupun menyedari, setiap
luahan adalah bersifat peribadi, namun aku merasakan hanya melalui luahan dalam
bentuk tulisan maka orang mungkin akan memahaminya. Jika ad yang tidak mahu
memahaminya, itu adalah pilihan peribadi. Aku tidak memberikan apa-apa kepada
yang ingin memahmi hanya ilmu pengetahuan bersifat peribadi dan pengalaman
hidup yang semakin mendeawasakan kita.
Kita
kerap diberitahu, impak menulis amat besar kesannya. Kerana pengaruh penulisan,
sebuah kerajaan boleh tumbang. Lantaran itu, perpatah Arab ada berbunyi, kuasa
menulis seumpama pedang yang tajam. Boleh melukakan, menyakitkan dan
membunuh!
Aku
yakin, memang banyak yang menulis untuk melahirkan rasa tidak puas hati atau
menegur. Aku sedar akan hakikat itu. Tapi bagaimana pula nasib yang diterima
seorang yang menulis hanya semata-mata untuk tujuan menegur?
Bukan
suatu yang rahsia, malah sudah menjadi fakta, bahawa banyak kalangan ulama pada
zaman dahulu yang hayatnya berakhir di hujung pedang kerana kelantangan
menyuarakan kebenaran, sama ada melalui penulisan ataupun lisan. Dan bukan
menjadi rahsia juga, pihak yang berkuasa juga tidak akan mudah menerima apa-apa
teguran. Teguran itu untuk kebaikan piak berkuasa atau sebaliknya, sudah
menjadi resam tidak akan didengari mahupun diberi perhatian.
Lantaran
itu, jalan penyelesaian paling mudah bagi pihak yang berkuasa dan
berkepentingan ialah "tutup mulut" individu yang berkenaan. Kaedahnya
adalah pelbagai. Selain memberi tekanan, keluarga juga dijadikan ugutan. Selain
itu dalam keorganisasian pula, langkah senari hitamkan untuk peningkatan
kerjaya di peringkat tertinggi juga akan dilakukan.
Sememangnya
itu realiti sekarang. Individu yang berkuasa bebas melakukan apa-apa sahaja.
Pasti ada yang akan mempertikaikan. Itu adalah lumrah pada masa sekarang. Yang
mempertikai pastinya kalangan atau puak yang berkenaan juga.
Adab itu lebih utama
dipertahankan berbanding ‘perkara ranting’ yang sedang dipertikaikan. Ramai
orang yang bijak, tetapi masih sedikit orang yang berakhlak. Hanya dengan
kebijaksanaan dan kasih akung kita dapat mencari
kebenaran… Jika tidak yang kita cari cuma kemenangan. Biar kalah hujah, asalkan
‘menang’ akhlak. Justeru, selamanya manusia ’dont care how much you
know untill the know how much you care’.
Mudahnya sikap melabel, mempertikaikan
akidah, malah hingga ketahap meragui keislaman orang lain yang berbeza disiplin
ilmu dengan kita, seharusnya dapat dielakkan. Kekadang aku
melihat, soal peribadi sudah mengelabui soal prinsip. Agama di jadikan bukti
hujah tetapi kedengkian bersalut dunia itu jugalah yang menjadi motif utamanya.
Bukan menuding orang lain, tetapi satu muhasabah buat diri sendiri dan
mengingatkan yang lain. Pandanglah manusia lain dengan pandangan agung.
Semua muslim bersaudara. Selagi bersaudara kita umpama satu jasad. Melukai hati
mereka samalah melukai diri kita sendiri. Sakitnya mesti terasa kerana saraf
iman kita sama. Iman itu akar, buahnya kasih akung.
Jika mereka bersalah sekalipun, mereka masih berhak mendapat kasih akung
kita. Apatah lagi jika sekadar ‘ter’salah.
No comments:
Post a Comment