Sunday, June 17, 2012

Masa Untuk Dijual!


Kita sering diberitahu atau mendengar ayat yang berbunyi “Masa Itu Emas”. Malangnya ayat tersebut hanya sedap didengar oleh telinga. Tidak lebih daripada itu. Kalau kita hendak tahu sama ada seseorang atau sesuatu bangsa itu cekap atau maju, malas atau rajin, kita lihat pada setakat manakah mereka menghormati atau patuh kepada masa dan cekap menguruskan masa dalam kehidupan dan kegiatan mereka. 

Nilai masa bagi orang yang sibuk, rajin dan cekap disamakan dengan nilai emas. Mereka sentiasa mengejar masa. Masa tidak menunggu mereka. Bagi orang yang malas atau tidak cekap, masa dilihat sebagai angin yang lalu: Dipegang tak dapat, dibiarkan lepas. Mereka menganggap masa boleh menunggu mereka. Orang yang sibuk selalu berkata, mereka ada masa. Orang yang malas selalu berkata, mereka tidak ada masa.

Dalam Islam orang yang menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dianggap orang itu beriman dan beruntung. Dalam Surah Al-'Asar, Allah berfirman: Demi Masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati untuk menetapi kesabaran. Surah ini mengingatkan manusia bahawa jika mereka tidak menggunakan masa dengan sebaik-baiknya, mereka akan rugi.

Masa banyak terbuang atau dibazirkan melalui pelbagai kegiatan yang tidak produktif dan tidak cekap. Orang yang tidak cekap sering membazirkan masa, tetapi mereka tidak menyedarinya. Kerja yang dapat diselesaikan dalam masa satu jam diselesaikan dalam tempoh yang panjang, mungkin berjam-jam lamanya, boleh jadi juga sampai dua tiga hari baru siap. Itu pun belum tentu hasilnya bermutu.

Di pejabat kerajaan, cuba kita kaji berapa banyakkah kerja produktif yang dilakukan berbanding kerja yang membazir, dan berapa banyak masa terbuang melalui kegiatan yang tidak produktif, yakni yang tidak menghasilkan apa-apa yang dapat dinilai dari segi sumbangannya kepada kecekapan dan keberkesanan prestasi organisasi itu kepada masyarakat atau dalam pasaran yang kompetitif. Orang selalu tidak dapat membezakan antara kerja dengan kegiatan. Kegiatan bukan kerja dalam erti katanya yang sebenarnya berdasarkan ilmu pengurusan. Kegiatan selalunya bersifat 'pesta-pestaan', hasilnya tidak dapat diberikan nilai yang konkrit.

Sipakah yang harus dipersalahkan dengan pembaziran masa ini? Jawapannya ada pada diri kita sendiri, yang tidak sedar-sedar walaupun rumah kata pergi, kubur menjemput ke mari...


Sebaiknya Maskot Euro 2012

Perbezaan bukan semestinya satu pertentangan. Perbezaan adalah rahmat kerana sudut pandang yang berbeza itu memberikan satu perspektif yang lebih holistik. Setiap individu, kelompok… pasti ada titik butanya masing-masing. Apa yang dilihatnya jelas, mungkin kabur pada pandangan orang lain. Manakala ada yang dilihatnya kabur, jelas pula pada pandangan orang lain. Dengan menggabungkan pelbagai sudut pandang, ufuk pandangan kita akan lebih luas. Dan ini mengurangkan sikap prajudis dan ketaksuban. Manfaatkan persamaan. Uruskan perbezaan. Apapun, adab dan akhlak dalam berbeza pandangan itu sangat penting dan utama dipertahankan.



Adab itu lebih utama dipertahankan berbanding ‘perkara ranting’ yang sedang dipertikaikan. Ramai orang yang bijak, tetapi masih sedikit orang yang berakhlak. Hanya dengan kebijaksanaan dan kasih akung kita dapat mencari kebenaran… Jika tidak yang kita cari cuma kemenangan. Biar kalah hujah, asalkan ‘menang’ akhlak. Justeru, selamanya manusia  ’dont care how much you know untill the know how much you care’.

Bila aku mula menulis, kebanyakkannya adalah disebabkan luahan yang ingin dikongsikan. Walaupun menyedari, setiap luahan adalah bersifat peribadi, namun aku merasakan hanya melalui luahan dalam bentuk tulisan maka orang mungkin akan memahaminya. Jika ad yang tidak mahu memahaminya, itu adalah pilihan peribadi. Aku tidak memberikan apa-apa kepada yang ingin memahmi hanya ilmu pengetahuan bersifat peribadi dan pengalaman hidup yang semakin mendeawasakan kita.

Kita kerap diberitahu, impak menulis amat besar kesannya. Kerana pengaruh penulisan, sebuah kerajaan boleh tumbang. Lantaran itu, perpatah Arab ada berbunyi, kuasa menulis seumpama pedang yang tajam. Boleh melukakan, menyakitkan dan membunuh! 
Aku yakin, memang banyak yang menulis untuk melahirkan rasa tidak puas hati atau menegur. Aku sedar akan hakikat itu. Tapi bagaimana pula nasib yang diterima seorang yang menulis hanya semata-mata untuk tujuan menegur? 

Bukan suatu yang rahsia, malah sudah menjadi fakta, bahawa banyak kalangan ulama pada zaman dahulu yang hayatnya berakhir di hujung pedang kerana kelantangan menyuarakan kebenaran, sama ada melalui penulisan ataupun lisan. Dan bukan menjadi rahsia juga, pihak yang berkuasa juga tidak akan mudah menerima apa-apa teguran. Teguran itu untuk kebaikan piak berkuasa atau sebaliknya, sudah menjadi resam tidak akan didengari mahupun diberi perhatian. 

Lantaran itu, jalan penyelesaian paling mudah bagi pihak yang berkuasa dan berkepentingan ialah "tutup mulut" individu yang berkenaan. Kaedahnya adalah pelbagai. Selain memberi tekanan, keluarga juga dijadikan ugutan. Selain itu dalam keorganisasian pula, langkah senari hitamkan untuk peningkatan kerjaya di peringkat tertinggi juga akan dilakukan.

Sememangnya itu realiti sekarang. Individu yang berkuasa bebas melakukan apa-apa sahaja. Pasti ada yang akan mempertikaikan. Itu adalah lumrah pada masa sekarang. Yang mempertikai pastinya kalangan atau puak yang berkenaan juga.
 
Adab itu lebih utama dipertahankan berbanding ‘perkara ranting’ yang sedang dipertikaikan. Ramai orang yang bijak, tetapi masih sedikit orang yang berakhlak. Hanya dengan kebijaksanaan dan kasih akung kita dapat mencari kebenaran… Jika tidak yang kita cari cuma kemenangan. Biar kalah hujah, asalkan ‘menang’ akhlak. Justeru, selamanya manusia  ’dont care how much you know untill the know how much you care’.

Mudahnya sikap melabel, mempertikaikan akidah, malah hingga ketahap meragui keislaman orang lain yang berbeza disiplin ilmu dengan kita, seharusnya dapat dielakkan. Kekadang aku melihat, soal peribadi sudah mengelabui soal prinsip. Agama di jadikan bukti hujah tetapi kedengkian bersalut dunia itu jugalah yang menjadi motif utamanya. Bukan menuding orang lain, tetapi satu muhasabah buat diri sendiri dan mengingatkan yang lain. Pandanglah manusia lain dengan pandangan agung. Semua muslim bersaudara. Selagi bersaudara kita umpama satu jasad. Melukai hati mereka samalah melukai diri kita sendiri. Sakitnya mesti terasa kerana saraf iman kita sama. Iman itu akar, buahnya kasih akung. Jika mereka  bersalah sekalipun, mereka masih berhak mendapat kasih akung kita. Apatah lagi jika sekadar ‘ter’salah.