Sejak beberapa malam ini, saya teruja untuk mengikuti perkembangan politik tanah air melalui tweeter. Dengannya, saya boleh mengetahui setiap perkembangan terkini hanya dengan mengikuti twitter pak menteri kerajaan, mahupun pak pembangkang.
Alhamdulillah, perkembangan teknologi memudahkan segala-galanya dan terpulanglah kepada pertimbangan kita seterusnya untuk menilai apa-apa jua segalanya, sama ada yang melibatkan isu politik mahupun isu lain.
Yang menarik perhatian saya dalam twitter pada malam ini ialah mengenai kegusaran, kebimbangan dan kemarahan amat sangat Tan Sri Tony, pelopor syarikat penerbangan murah Airasia, ahli lambaga pengarah penerbangan Malaysia dan pemilik pasukan Premire Legue QPR.
Ceritanya begini, Malaysia Airport Berhad (MAB), yang selama ini kerap kita dengar berhubung isu pembesaran Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) telah membuat keputusan untuk membina KLIA2 bagi menggantikan (LCCT). Hal ini sekaligus meningkatkan lagi kos pembinaan daripada RM2 bilion kepada RM3.9 bilion.
Hal ini tidak menyenangkan Tan Sri Tony, kerana menurutnya, beliau sedaya upaya untuk memberikan tambang yang murah untuk rakyat menggunakan perkhidmatan Airasia. Namun, bila kos membina KLIA2 meningkat, maka kos sewa yang akan dibayar oleh pihak Airasia kepad apihak MAB juga akan meningkat.
Logik dari segi akal, jika Airasia yang terpaksa membayar kos yang mahal sewa KLIA@, maka pihak Airasia yang akan bertapak di KLIA2, tidak akan ada pilihan lain selain masukan caj sewa tempat dalam harga tiket, dan seterusnya menaikkan harga tiket kapal terbang Airasia.
Itu yang membimbangkan Tan Sri Tony, sebab, menurut beliau, diakhirnya tambang murah Airasia hanya akan tinggal nama dan kenangan sahaja.
Bila memikirkan hal di atas, ada kebenaran juga hujah Tan Sri Tony. Pada masa yang sama, mungkin pihak MAB memikirkan kesan jangka panjang. Ada pro dan kontra berhubung hal ini.
Namun, jika rakyat yang menjadi keutamaan, kenapa harus tiket tambang murah berubah menjadi tiket mahal? Sudah pastinya masyarakat akan menghentam Airasia, banding MAB.
Akhir kalam, saya tidak mahu memberi jawapan atau pandangan. Terpulangkan kepada para pembaca untuk membuat keputusan sendiri siapakah yang benar dalam isu ini, Airasia atau MAB.
Saya hanya menulis untuk update blog ini sahaja. Yang jelas, nama saya zaid zaidel, dan saya bukan anti kerajaan Barisan Nasional atau parti pemerintah.
No comments:
Post a Comment