(Ini adalah ulasan berdasarkan tulisan Dato A.Kadir Jassin)
Selepas DN mengambil alih kerusi PM, perbincangan dan tulisan yang seumpama ini kurang atau tiada lagi disiarkan dalam akhbar mahupun diwacanakan secara terbuka, sama ada di stesen tv mlik kerajaan, atau swasta.
Berdasarkan semua nukilan yang saya baca dalam talian semalam dan hari ini, hal berkaitan perkauman seolah telah menjadi isu yang diperjuangkan oleh setiap individu. Mereka melihat isu yang diperjuangkan itu, untuk menunjukkan sensitiviti mereka sendiri terhadap kaum masing-masing, tanpa mengambil kira faktor sejarah.
Bagi individu yang berilmu dan berfikir, mereka dapat menerima secara berfakta, dan dapat menerima hakikat bahawa Malaysa adalah dunia melayu. Tetapi tidak kepada individu yang lain, yang bersifat penentang dan sememangnya tidak mahu menerima hakikat.
Pendirian kerajaan akhir-akhir ini secara tidak langsung menyemarakan lagi akan hal berhubung perkauman ini, bila mana isu-isu itu dipolitikan. Misalnya isu Interlok. Isu yang seharusnya dibincangkan secara ilmiah, akhirnya diputuskan mengikut kehendak kaum tertentu, yang dilihat oleh banyak pihak sebagai berunsur politik. Begitu juga dengan tuntutan pelbagai pihak agar kaum ini, kaum itu dan kaum seterusnya diberikan kerusi untuk menduduki jawatan itu, ini dan seterusnya.
Saya yakin, jika kerajaan kita kembali kepada persoalan ilmu, menghargai ilmu lebih daripada segalanya, soal perkauman tidak akan menjadi persoalan ramai. Namun kekadang atas faktor pollitik, semuanya berubah dan boleh diubah.
Dasar 1Malaysia, menjadi pegangan kepada kaum lain dalam berhujah untuk menuntut hak sama rata. Pada masa yang sama bagi kaum melayu, dasar ini bermaksud melayu menerima seadanya bangsa lain yang hidup bersama dalam negara Malaysia.
Timbul persoalan saya dato', adakah semasa kosep 1Malaysia diperkenalkan, golongan pemikir kepada pm tidak mengambil kira akan hal tersebut? Dimanakah think tank yang bijaksana ketika itu sehingga terlepas perhatian akan persoalan berkaitan?
Seharusnya, wawasan 2020 diberikan perhatian dan dijadikan pendirian kerajaan dalam hal berkaitan perkauman ini. Dengan memperkenalkan 1Malaysia, yang saya faham akan niat baik tersirat didalamnya, menambah huru-harakan keadaan dan pelbagai tuntutan kaum yang mahu keseragaman, atas alasan 1Malaysia.
Saya yakin, jika persoalan seumpama ini berterusan, dan dengan ketidak jelasan konsep 1Malaysia yang masih banyak yang tidak faham, maka akan sukar untuk kita hidup dalam perpaduan yang sebenar. Perpaduan yang kita nampak hari ini adalah perpaduan lakonan semanta-mata, dan bukan realiti sebenar. Ianya umpama bom jangka, yang boleh meletus bila-bila masa.
Buktinya, jika kita baca respon berkaitan isu pemindahan rakyat Malaysia di mesir, akan ada juag post yang berbau perkauaman. Apatah lagi dalam facebook! Bezanya isu ini belum sampai dipolitikan oleh parti politik yang melihat ruang dan peluangnya untuk pengaruh politik.
Untuk meredakan hal perkauman ini dato, saya suka mencadangkan agar kerajaan yang sedia ada agar kurangkan politik dan lebihkan kerja kepada rakyat tanpa mengambil kira fahaman politik. Media pun sama, paparkan isu masyarakat, sosial atau rakyat, dan kecilkan ruangan politik. Plotik hanya pada menjelang pilihanraya sahaja. Maka tidak perlulah lagi ada papan iklan mengatakan "projek ini adalah projek kerajaan bla..bla..bla..". Sebabnya projek membuat ground zero di New York, tidak ada pun tertera "projek ini adalah projek kerajaan Democrat atau Republican."
Dengan masalah sosial Melayu & Bumiputera yang parah sekarang, sewajarnya, semua pihak bermula semula dengan memperbanyakkan wacana, forum dan prbahasan juga pedebatan yang bersumberkan ilmu, dan bukannya hanya cakap-cakap ceramah kosong pemimpin yang tidak berfakta dan bersumber.
Mungkin, hari ini untuk kita sudah terlambat, namun biar geneasi masa hadapan yang memahami akan merealisasikan Bangsa Malaysia.
No comments:
Post a Comment